Kecantikan

Tidur Awal Dan Biasakan Pakai Madu, Bangun Pagi Kulit Glowing!

Share

Perempuan nak cantik kena tidur awal! Itu rahsia utama bagi anda yang nak sangat kulit glowing bila bangun pagi.

Ini kerana seorang pakar kulit iaitu Geoff Wright mendedahkan jika seseorang wanita itu memiliki kulit yang lebih cantik, glowing dan awet muda, itu kerana mereka tidur sebelum pukul 11 malam.

Tidur Awal

Tambahnya lagi, badan setiap manusia memiliki ‘jam biologi’ yang mana kulit akan kekal lembap secara semula jadi bermula dari pukul 8 malam sehingga 11 malam setiap hari.

Manakala pada pukul 11 malam sehingga 3 pagi pula, kulit disetkan kepada waktu penjanaan semula sel kulit dan penutrisian.

11 malam-3 pagi: Penggantian sel kulit terjadi ketika badan sedang berehat atau tidur. Jika tidak, akan terjadi dengan sedikit dan tidak optimum, yang hasilnya kulit jadi semakin menua dan kusam.

Amalkan Petua Pakai Madu Dan Timun

1 batang timun

Sedikit madu

Cara Membuat:

  1. Kisar timun di dalam pengisar hingga hancur.
  2. Campurkan jus timun itu dengan sedikit madu (1: Jus imun dan 2: madu). Kacau rata.
  3. Oleskan campuran ini ke kawasan bawah mata.
  4. Biarkan selama beberapa ketika, lalu cuci muka.
  5. Lakukan secara rutin selama tiga minggu untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

Hah, nanti amalkan tip cantik ini dan jomlah amalkan tidur awal sekitar jam 10:30 malam untuk daptkan kulit wajah cantik semula jadi melalui proses penjanaan semula sel kulit dan penutrisian.

 

Published by
Nadia