“Tetap Menawan…” – Tengku Permaisuri Norashikin Cemar Duli Baca Berita RTM, Muncul Lepas 5 Tahun

Sempena sambutan ulang tahun Radio Televisyen Malaysia ke-75, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman mencemar duli membuat kemunculan istimewa di slot Berita Perdana Khas pukul 8 malam tadi di saluran TV1, RTM.

Baginda tampil kira-kira 15 minit dalam slot berita terbabit menyampaikan berita berkaitan isu semasa negara.

Menurut penerbit Berita Perdana Khas, Khairul Azli Rahim, beliau berasa sangat berbesar hati dan teruja kerana Tengku Permaisuri Selangor berkenan untuk menyampaikan berita yang disunting olehnya.

Melalui Instagram Selangor Royal Official memberitahu ini adalah kemunculan julung-julung kali Baginda di saluran RTM sebagai penyampai berita, setelah kali terakhir ke udara lima tahun lalu pada 31 Ogos 2016.

Untuk rekod, DYMM Tengku Permaisuri Norashikin pernah bertugas sebagai Penyampai Berita TV di RTM selama 20 tahun bermula pada tahun 1996.

Baginda pernah diiktiraf sebagai Penyampai Berita TV Terbaik sebanyak dua kali di Anugerah Seri Angkasa iaitu pada tahun 2001 dan 2005.

Dalam pada itu, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj juga berkenan menzahirkan ucapan syabas dan tahniah di atas sambutan ulang tahun ke-75 Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1 April 2021.

Baginda berharap agar RTM terus menjadi wadah penyebar maklumat dan informasi yang tepat dan telus kepada rakyat jelata, serta terus relevan sebagai sumber media utama yang sahih dan berkaliber.

Ternyata kemunculan Bağında Tengku Permaisuri Selangor memang ditunggu-tunggu ramai.

Malah ramai memuji kecantikan Baginda dan aura serta penampilan masih kekal anggun serta dianggap ‘legenda’ dalam dunia penyiaran.

xearoxas Dah jadi permaisuri,skill pembaca berita tetap mentenn!

alif.mishary Masih kekal dengan profesionalisme yang berbisa tapi tetap merendah diri walau bergelar Permaisuri…. Ular menyusur akar takkan hilang bisanya… Daulat Tuanku

caeahmad Terbaik.. maintain mantap bacaanya.. sudah sebati dgn diri. Menjunjung kasih Tuanku.

mzheleen Tetap menawan

tengkuadena_official Beautiful Tuanku Permaisuri ,Moga sentiasa dikurniakan segala Rahmat Allah swt. Barakallah

sitidewi.ismail Bangga dapat Permaisuri yang cantik, humble dan berkarisma..ampun Tuanku.. Masih berbisa membaca berita..

shahniza_95 Aura yang masih terserlah dan tak nampak kekok langsung..masih berkarisma..menjunjung kasih Tuanku..

har_izhere YaAllah, cantiknya DYMM Tengku Permaisuri Selangor .. masih kekal jelita menawan n suara sedap membaca berita..

Kredit Foto: Facebook Selangor Royal Office

Artikel Berkaitan:

Disifatkan Warna Suci & Bersih, Ini Antara Selebriti Cantik Gayakan Busana Putih Di Majlis Neelofa

Akui Kulit Lebih Sensitif & Pernah Ada Masalah Jerawat, Erra Fazira Pastikan Kulit Sentiasa Lembap!

Pernah Alami Jerawat Sebab Guna Pelitup Muka Fabrik, Wany Hasrita Selesa Pilih Jenis Pakai Buang!

Siti Zurina Mat Saman

Rutin Kecantikan Datuk Syafinaz – Rahsia Awet Muda & Kulit Sihat Sejak Remaja

Tak puas tengok air wajah penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat, walaupun sudah berusia…

11 bulan

Rutin Urut Wajah, Daripada Chubby Berubah Jadi V-Shape

Setiap pagi atau sebelum tidur, elok urut wajah untuk hilangkan masalah dagu berlapis dan jadikan…

11 bulan

Maintain Kecil Molek, Nora Danish Tak Memilih Bab Makan, Telur Pun Cukup!

Semakin jelita dan tubuh badannya maintain kecil molek, Nora Danish memang salah seorang artis wanita…

11 bulan

Kurangkan Masalah Gelap Bawah Mata, Perlukan 2 Barang Sahaja Dan Hasilnya Wow!

Stress juga kalau hadap masalah gelap bawah mata, nak-nak kalau mahu keluar ke majlis tertentu…

11 bulan

Rupanya Beauty Hack Ini Semua Mitos, Jangan Cuba Kalau Tak Nak Kulit Rosak

Masih ramai yang terpengaruh dengan beauty hack dikongsikan di media sosial, ada yang kononya membantu…

11 bulan

Cara Ketahui Warna Sesuai Dengan Kulit, Senang Nak Pilih Baju Raya Nanti

Ini cara ketahui warna sesuai dengan kulit sebelum beli baju cantik! Raya Aidilfitri pun semakin…

11 bulan