Terganggu Dengan Kulit Kering, Ini 6 Tip Rawat Elak Wajah Tua Dari Usia Sebenar!

Share

Kulit wajah yang cantik merupakan kulit wajah yang sihat. Apakah ciri-ciri kulit wajah yang sihat?

Kulit wajah yang sihat dan cantik ialah kulit yang lembut dan lembap tanpa sebarang cela. Bagaimana pula dengan kulit wajah yang kering?

Mereka yang mempunyai kulit wajah yang kering pasti merasakan penampilan terganggu dengan keadaan itu.

Ini kerana mereka yang mempunyai kulit wajah yang kering akan membuat wajah lebih tua daripada usia sebenar.

Benarkah begitu? Benar kerana bila mereka yang mempunyai kulit wajah yang kering terdedah begitu lama di bawah cahaya matahari akan mudah gelap dan berkedut.

Kesan Kepada Kulit Kering

Dalam dunia kesihatan, masalah kulit kering lebih dikenali sebagai gangguan kulit manusia yang dipanggil iktiosis. Iktiosis ini adalah hilang lembapan pada lapisan epidermis yang dapat mengakibatkan kesan negatif iaitu hilang keanjalan kulit. Kesan biasa yang berlaku kepada kulit yang kering adalah seperti kulit menjadi kusam, kemerahan, lebih sensitive dan tidak tahan kepada panahan sang suria.

Punca Kulit Kering

• Faktor keturunan atau genetik.

• Kesan sampingan dari ubat-ubatan yang diambil.

• Jangkitan kulat pada kulit wajah.

• Kurang mengambil mineral yang menjadi punca kulit kering kerana hidrasi.

• Kurang mengambil nutrisi daripada sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi vitamin yang baik untuk tubuh seperti vitamin B2 da E juga mineral.

• Penggunaan produk kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit serta menyumbang kepada kulit yang kering.

Cara Atasi Kulit Kering

Cara yang terbaik untuk merawat kulit yang kering adalah dengan memberi lembapan di bawah lapisan kulit. Berikut adalah tips untuk menyegarkan semula kulit yang kering;

1. Guna krim pelembap

Krim pelembap adalah bahan yang mudah didapati untuk merawat kulit kering. Amal tabiat menyapu krim pelembap di keseluruhan tubuh selepas mandi setiap pagi dan selepas mandi di waktu malam. Guna krim pelembap yang berfungsi untuk mengawal jumlah lembapan di bawah kulit. jika anda bekerja di dalam bilik berhawa dingin pastikan memakai krim yang berasaskan air untuk mengunci tahap kelembapan kulit.

2. Banyak minum air mineral

Sebagaimana yang diketahui air merupakan sumber kehidupan baik untuk manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Begitu juga denga kulit kita. Mengambil air mineral yang cukup dapat membantu mencegah terjadi kulit yang kering dan kusam. Minum air sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari atau lapan gelas air sehari untuk kulit yang lembap dan lembut.

3. Makan buah yang mengandungi vitamin E

Vitamin E merupakan kandungan vitamin yang sangat baik untuk menjaga kelembapan kulit wajah. Vitamin E juga boleh membantu mengekalkan keanjalan kulit dan menegangkan semula kulit wajah. Pengambilan vitamin E yang diperoleh daripada sumber makanan seperti kacang badam dan jenis kekacang yang lain.

4. Mandi dua kali sehari

Biasakan diri membersihkan diri atau mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Mandi akan membantu kulit terhindar daripada masalah kulit kering dan kusam. Apabila jumlah lembapan cukup di dalam tubuh maka kulit akan menjadi lebih lembut dan segar.

5. Bersenam secara teratur

Bersenam adalah kegiatan yang banyak memberi manfaat kepada tubuh. Bersenam dapat mengeluarkan peluh dan peluh tersebut membantu sel-sel kulit mati serta kotoran yang terdapat pada kulit ikut keluar. Ini akan menjadikan tubuh lebih sihat dan segar. Selepas bersenam jangan membiarkan kulit tidak dibersihkan kerana kotoran akan ikut serta keluar.

6. Pengambilan lemak yang cukup

Tidak semua lemak tidak baik untuk kulit. mengambil lemak yang cukup sangat penting terutama lemak omega. Selain membantu menjaga kesihatan jantung dan otak lemak omega juga mempunyai sifat anti radang yang dapat membantu menjaga lembapan kulit. Lemak omega boleh diperolehi daripada kekacang, ikan salmon, buah kelapa dan avocado.

Artikel Berkaitan:

Selain Senaman & Jaga Diet, Ini Rupanya Amalan Mudah Boleh Dilakukan Untuk Jaga Jantung

Ini Senaman Perlu Dilakukan Sebelum Mula Aktiviti Pendakian, Persediaan Untuk Kuatkan Otot Kaki

Published by
Siti Zurina Mat Saman