“Sebenarnya saya tidak terlalu mengikut rules sangat. Ramai juga yang tanya saya mengenai tip-tip kecantikan.
“Jawapan saya mudah saja iaitu kena rajin dan paling ‘wajib’ tahu jenis kulit kita sendiri. Untuk badan pula saya aktif melakukan aktiviti bicycle lean class dan hit boxing,” itu sahaja jelasnya.
“Saya pernah alami masalah jerawat yang sangat besar. Sebelum ini saya jarang ada masalah seperti ini. Kalau ada pun hanya jerawat kecil-kecil.
“Masalah jerawat besar itu agak menduga kesabaran kerana ia ambil masa untuk pecah. Kemudian ia meninggalkan kesan parut yang tidak cantik di wajah.
“Untuk mengatasinya saya buat rawatan laser di samping memakai serum dan masker secara konsisten. Alhamdulillah lama kelamaan ia hilang. Kulit saya kembali sihat dan bersih.
“Selepas itu saya lebih peka dengan penjagaan kecantikan kulit. Saya juga tidak suka memakai produk yang menyebabkan kulit berminyak terutama ketika tidur.”
Menyentuh soal jodoh yang masih belum tiba, Sherry tenang memberikan jawapannya, “jika saya tiada jodoh di sini (dunia), mungkin jodoh saya di syurga nanti.”
Demikian antara doa yang dipanjatkan pelakon Sherry Ibrahim sewaktu menunaikan umrah di Tanah Suci pada penghujung tahun lalu.
Sherry atau nama lengkapnya Syarizad Ibrahim berkata, setiap kali menziarahi tempat-tempat yang dikatakan mustajab untuk berdoa, dia tidak akan terlepas meminta daripada Allah untuk dipertemukan jodoh suatu hari nanti.
“Bukan tak nak kahwin, tetapi tidak berkahwin juga bukan satu dosa kerana Allah SWT mahu jadikan kita yang terbaik.
“Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk menunaikan umrah pada hujung tahun lalu. Saya tidak nafikan, setiap tempat yang dikatakan mustajab untuk berdoa di Mekah dan Madinah, saya akan selitkan juga soal jodoh.
“Apa-apa pun, saya berserah pada Allah,” katanya lagi.
Meskipun jodohnya lambat tiba, perkara itu tidak menjadi sebab untuk dia berasa sedih kerana percaya, semuanya telah diatur Tuhan.
“Mungkin ada hikmah saya belum bertemu jodoh sehingga hari ini. Saya kena perbaiki diri sendiri dahulu dan jaga ibu bapa. Kita kena tengok juga daripada sudut positif.
“Kalau orang bertanya (tentang jodoh), memang saya terasa juga. Sebab siapa yang tidak mahu berkahwin?
“Percintaan saya sebelum ini semuanya tidak menjadi, belum sampai waktu. Nak buat macam mana?” katanya lagi.
“Saya sudah mencecah usia 41 tahun, sudah biasa hidup begini (solo).
“Saya ada keluarga dan rakan-rakan yang sayang dan menyokong saya. Peminat saya juga sentiasa ada,” ujarnya.
Pada masa sama, dia juga menolak dirinya dikatakan cerewet dalam memilih pasangan.
“Ciri-ciri yang penting adalah Islam. Kalau ada yang masuk meminang, keluarga bersetuju dan saya pun rasa okey, saya terima.
“Saya sudah doa semua itu. Saya mahu mencari orang yang betul-betul ada bersama saya ketika susah dan senang.
“Wanita yang sudah mencecah usia 40-an perlukan lelaki sebegitu. Saya tidak minta lebih, cukup jika dia boleh menjaga saya. Nak nikah nanti bawa cincin sahaja. Saya pun pernah ‘date’ dengan orang biasa-biasa sahaja,” katanya.
Begitulah sedikit perkongsian Sherry Ibrahim tentang kecantikan kulit dan soal jodoh yang masih belum tiba. Apa pun, kita doakan yang baik-baik buat pelakon wanita ini.