Pelakon Fazura dikenali sebagai seorang selebriti yang sangat menjaga penampilan dirinya sejak zaman sebelum berkahwin dan bergelar ibu.
Penampilan yang sentiasa kelihatan cantik dan anggun ini terus dibawa sehinggalah Fazura bergelar seorang ibu kepada cahayamata.
Ternyata pengalaman selepas melahirkan anak tidak menjadikan alasan untuknya tidak menjaga saiz badan agar kembali langsing.
Namun begitu, pelakon yang sentiasa mengukir senyuman paling cantik ini mengakui proses mendapatkan berat badan ideal bagi dirinya bukan satu perkara yang mudah lebih-lebih lagi selepas bersalinkan anak sulung lebih setahun lalu.
“Ada ketikanya saya bersenam cuma tidaklah macam dulu. Sebelum ini dalam seminggu dapat tiga kali bersenam. Sekarang satu atau dua minggu dapat buat sekali sahaja.
“Cuma bila ada peluang untuk ‘workout’ dalam sejam dua tu, saya akan betul-betul fokus. Selebihnya saya elakkan ambil menu berat selepas jam 6 petang,” katanya lagi.
Isteri kesayangan pelakon Fattah Amin ini juga sering menerima banyak pandangan mengenai soal pemakanan demi anak yang dikandung.
“Pada sebelah pagi, saya minum air kosong dan lemon bersama oat, kemudian tengah hari saya akan ambil hidangan berat seperti nasi dan sebagainya. Makan malam jam 6 petang dan sekiranya lapar akan makan buah sajalah.
“Ketika hamil, saya mendengar nasihat orang luar yang minta saya makan apa sahaja demi mendapatkan bayi comel dan gebu. Minum pula Milo Ais Tabur boleh dikatakan setiap hari.
“Kata mereka makan saja, nanti lepas bersalin mesti cepat kurus. Ketika hamil, berat badan saya sekitar 76kg.
Ads
Apabila bersalin berat badan turun ke 65kg dan sekarang 54kg. Wanita bila bersalin perubahan berat badan itu akan berbeza-beza,” katanya lagi yang kini turut bergelar usahawan.
Terdahulu, Fazura teruja dan bersyukur atas kerjasama bersama Profesor Datuk Dr Che Muhaya Mohamad.
“Alhamdullillah, syukur kerana termakbulnya hasrat saya untuk berkolaborasi bersama insan yang dikasihi, Bonda Muhaya untuk koleksi telekung bersama jenama beliau, Muhayya Magical.
“Koleksi Fazura x Muhayya ini menampilkan dua koleksi, Rindu Ramadan dan Sayang Syawal yang terdiri dari pelbagai warna menarik sempena Ramadan dan musim perayaan yang bakal menjelang ,” katanya sambil tersenyum.
Walaupun berdepan larangan PKP namun tidak membataskan untuk kita bersenam.
Senaman ringan ini boleh lakukan dirumah untuk menjaga kesihatan selain dapat membakar lemak yang terkumpul.
Antara lain kebaikan senaman juga dapat membentu otot sekiranya melakukan gerakan yang betul.
Ini antara señaman yang dicadangkan boleh membentuk otot boleh dilakukan secara konsisten. Barulah kita terus bertenaga sepanjang untuk lakukan kerja dari rumah.
1. Push Up (Tekan Tubi)
Tekan tubi adalah senaman paling sesuai untuk membantu membentuk otot lengan dan bahu. Caranya sangat mudah dan boleh dilakukan baik lelaki atau perempuan.
Bagi mendapatkan kesan lebih baik, lakukan tekan tubi secara berulang mengikut kemampuan dan tingkatkan jumlahnya setiap hari.
2. Squats (Mencangkung)
Squats atau mencangkung dapat membentuk otot pada punggung, lutut dan paha. Gerakan itu mudah kerana ia tidak memerlukan bantuan alatan lain untuk melakukannya.
Tetapi bagi mendapat kesan yang ketara – punggung perlu dalam posisi tegak selari dengan paha sebelum naikkan tubuh ke atas dan turun mencangkung.
Untuk permulaan, anda dinasihatkan melakukan senaman ini secara perlahan-lahan agar tiada sebarang kecederaan yang berlaku.
3. Pull Up
Senaman ini lebih kurang sama dengan push up tetapi ia lebih kepada menguatkan otot lengan, bahu serta punggung.
Sama seperti senaman lain, gerakan ini perlu dilakukan secara berulang bagi mendapatkan kesan ketara.
4. Lunges
Gerakan lunges boleh menguatkan tulang punggung dan kaki selain ia mampu memperbaiki keseimbangan.
Gerakannya juga sangat mudah – Anda hanya perlu berdiri tegak dan membuka kaki seperti ingin melangkah. Condongkan tubuh sehingga keadaan lutut berada dalam posisi 90 darjah.
5. Bench Press
Senaman ini dapat menguatkan otot dada, bahu dan trisep. Caranya anda perlu mengangkat bebanan mengikut kemampuan.
Lakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kecederaan. Gabungan kesemua lima gerakan ini dapat memberikan kesan maksimum dalam usaha menambah berat badan dan membina otot.
Pelakon cantik Uqasha Senrose yang sebelum ini bertunang dengan Kamal Adli rupanya telah selamat diijab kabulkan sebulan yang lalu.
Majlis pernikahan dilakukan secara tertutup hanya dihadiri ahli keluarga kedua belah pihak.
Pasangan mempelai dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin di sisi jurunikah Tuan Izzuddin Abdul Mutalib tepat jam 9.39 pagi di Janda Baik.
Pada majlis bertemakan dalam taman itu, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35, menyerahkan wang tunai RM22.50 sebagai mas kahwin.
Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, menerima tujuh dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak Kamal.
Dalam majlis yang diadakan seawal 7.30 pagi itu, beberapa wajah popular turut menjadi saksi upacara pernikahan mereka antaranya adik-beradik Uqasha, Idayu, Datin Nina Juren dan Michael Ang.
Hampir 100 tetamu yang terdiri daripada sanak-saudara serta kenalan kedua-dua mempelai turut hadir.
Pasangan pengantin kelihatan cukup cantik dan segak bergaya mengenakan persalinan daripada pereka Shanell Harun.
Menggayakan kurung moden rona putih menyerlahkan lagi keanggunan dan ketampanan seri mempelai.
Keduanya juga saling tak tumpah seperti putera dan puteri klasik tatkala menggayaka busana tradisional daripada kain songket berona ungu busana rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini dalam majlis dalam sesi memotong kek lima tingkat yang disaksikan oleh para tetamu yang hadir.
Sebaik mendapat tahu sudah berkawin, keduanya turut menerima ucapan tahniah daripada warga netizen.
erulsamah So sweet
rawdahbulat Lawanyeee, love sgt
kamal.uqasha2 Alhamdulilah semoga bahagia hingga ke jannah kamal & uqasha love both of u so muchhhh
cintai_aku_dgn_bismilah Cantik nya so pretty..” tahniah
Ramai antara kita yang menggemari jus buah-buahan. Lebih-lebih lagi jika dicampurkan dengan pelbagai jenis buah-buahan.
Malah dikatakan segelas jus menggunakan buahan segar dapat memberikan rasa enak dan kesegaran pada diri.
Walaupun begitu menurut pakar pemakanan, bukan semua jus baik untuk kesihatan. Ini kerana dikatakan terdapat jus yang hanya lebih baiksedikit berbanding air gula.
Dan ini antara pilihan jus yang baik untuk kesihatan
Jus Sayuran
Menghasilkan jus daripada sayuran adalah mudah dan baik untuk anda. Lycopene dalam jus tomato boleh membantu mengurangkan risiko kanser prostat. Jus bit (beet) pula dapat mengawal tekanan darah.
Walaupun tidak sebanyak mengambil sayuran secara mentah, namun masih terdapat serat dalam sari (pulp) jus sayuran dan ia berfungsi menyingkirkan rasa lapar. Malahan kandungan gula dan kalori juga adalah lebih rendah berbanding jus buah biasa. Jangan lupa untuk menyemak kandungan sodium (garam) atau anda boleh memilih jus sayuran versi kurang sodium.
Jus Delima
Jika anda ingin mengamalkan pengambilan satu gelas jus setiap hari, pastinya anda mahukan pilihan yang terbaik. Adakah anda tahu jus apa yang menawarkan kandungan nutrisi paling hebat dan berbaloi untuk diminum?
Jawapannya adalah jus delima. Jenis jus ini adalah tinggi kandungan gula dan kalori tetapi memberikan banyak nutrien baik untuk anda yang dipanggil antioksidan. Kandungan antioksidan di dalam jus delima adalah lebih besar berbanding teh hijau.
Jus Kranberi
Jus daripada buah ini mempunyai kandungan vitamin C yang diperlukan oleh sistem imun badan anda. Mengambil minuman jus kranberi tanpa gula boleh membantu mencegah pembentukan bakteria yang menyebabkan jangkitan saluran kencing.
Jus Acai Beri
Acai beri merupakan buah yang terdapat di Amerika Selatan. Sari buah acai ini mempunyai kepekatan antioksidan yang lebih tinggi berbanding kranberi, beri hitam, strawberi mahupun beri biru. Rasanya masam-masam manis sudah tentu mampu menambat citarasa anda.
Jus Anggur Merah
Mungkin anda pernah mendengar pengambilan wain merah dalam jumlah yang terkawal dan sederhana adalah baik untuk hati. Begitu jugalah kesannya jika anda minum jus anggur merah. Ia kaya dengan flavonoid dan resveratrol.
Jus Prun
Kebanyakan individu yang minum jenis jus ini adalah untuk melegakan sembelit. Ia amat berkesan membantu sistem pencernaan anda kerana prun merupakan sumber serat yang baik dan mengandungi julap (laxative) semula jadi yang dipanggil sorbitol. Jus ini juga mempunyai kandungan antioksidan, zat besi dan kalium.