Kalau anda suka pakai masker kunyit, inilah salah satu cara yang anda boleh amalkan setiap malam. Banyak kelebihan masker ini, terutama kulit muka tegang semula dan segala jenis jeragat ke pigmentasi semua pudar.
Bak kata seorang wanita yang bekerja sebagai cikgu, Afy Al Habibi, “kulit ni kalau tak putih pun takpa. Licin dah cukup. Atas dahi pulak tak nak jerawat kecik halus tumbuh melata.”
Sambungnya lagi, “nak tak nak kena rajin tepek maskerlah untuk dapatkan kulit idaman cikgu tu. Main tepek-tepek masker cara murah ni cikgu dah pernah amalkan dulu-dulu.”
Menurutnya, bukan secara tetiba dia membuka cerita. Berkesan tu memang terbukti ada hasilnya. Cuma biasalah, nak cantik dengan bahan murah makan masa sikit. Bahan pun cari kat dapur saja.
Segala campuran bahan kimia tak ada. Jadi inilah cabaran utamanya. Kena konsisten jadikan rutin harian.
Ada Perubahan Pada Kulit
Setakat ini nak masuk dua minggu dah dapat rasa perubahan kulit muka. Empat bahan je guna. Kesannya, licin sikit kulit sendiri.
Jerawat pun dah segan nak naik sebab cikgu perasan lepas bangun tidur kurang sikit kulit berminyak.
Paling best kita boleh rasa kulit makin jadi lembap sangat. Itu yang macam konfiden tepek gambar muka cikgu tak pakai pondation.
Ads
Cara Pakai Masker Kunyit
Masa tepek masker ni kena basahkan dulu muka. Lepas tu tepek rata. Tebalkan pun takpa. Biar sampai mengering. Masa awal tepek, masker warna kuning terang macam kat pipi cikgu tu.
Dah mengering sepenuhnya, muka tak boleh senyum dah. Nak bercakap lagilah payah.
Kulit rasa tegang. Haa inilah fungsinya. Jadi biar dalam 15-20 minit ya.
Ads
Nak Buat Masker Cantik, Ini Bahannya:
1 sudu besar tepung pulut
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil madu
Sedikit air suam
Kacau rata semua bahan. Campuran air jangan banyak ya. Cuba dulu tambah 2 sudu. Kalau cair masker tak berapa nak lekat.
Yang ini muka selepas dicuci dari pemakaian masker. Tertiba dia mari feeling macam ‘Waa syoknyaaa. Kulit muka rasa licin dan anjal.’
Ads
Kemudian cikgu sapukan toner dan pelembap. Urut-urut muka masa proses pemakaian ni.
Cikgu suka sebab baru cuba jenama tu. Tapi rasa macam serasi je dengan kulit.
Tak melekit. Sejuk je. Takda macam kulit rasa panas terbakar pun.
Haa walaupun lain sikit muka tak mekap, yang penting cikgu konfiden nak tunjuk kulit rasa segar lepas buat rutin setiap pagi. Petua murah tapi berkesan.
Tak putih takpa. Janji kulit makin sihat.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahu tak, sebenarnya teh hijau padat dengan antioksidan yang melawan bakteria, bertindak sebagai pengelupasan yang akan membantu menghilangkan minyak berlebihan, mengecilkan pori-pori dan merawat jerawat sederhana.
Bahan-bahan:
1 sudu kecil serbuk daun teh hijau kering
1 sudu kecil Yogurt
Cara membuat dan menggunakan:
Campurkan 1 sudu kecil serbuk teh hijau, 1 sudu kecil yogurt. Sapukan pada muka anda secara merata dan gosok perlahan-lahan.
Biarkan selama 10 minit dan kemudian basuh dengan air. Gunakan skrub ini sekali dalam seminggu untuk hasil terbaik.
Ini berfungsi sebagai pengelupasan lembut yang membuang sel kulit mati kerana tekstur daun hijau kering.
Hah, jangan lupa cuba sapu teh hijau pada kulit wajah ya. Kalau konsisten pakai, elok semula kulit wajah anda yang ada masalah liang pori terbuka dan jerawat.
Kalau nak kulit glowing dan bersih, jangan sesekali ada rasa malas buat semua ini ya. Elok bermula dari zaman anak dara, malah rutin kecantikan patut dilakukan dengan konsisten untuk memastikan kulit wajah terus kekal berseri dan cantik.
Nak Kulit Glowing Dan Bersih, Jangan Malas Buat Semua Ini!
Tahu tak, sinaran UV tidak bagus pada kulit. Bukan sahaja ia menyebabkan kulit menjadi kering, malah ia juga menjadikan kita tampak lebih tua. Jadi amalkan harian dengan menyapu krim perlindung matahari SPF minimum 15 hingga 30 perlindungan setiap hari.
Jika anda tidak suka mengambil masa untuk meletakkan kedua-dua pelembap dan pelindung matahari, beli sahaja pelembap yang mengandungi pelindung matahari.
Jangan Malas Cuci Muka
Ini bukan mitos ya! Ramai yang beranggapan bawaha jika sering membasuh muka, muka akan sentiasa bersih dan berseri. Salah belaka! Sebenarnya, anda disarankan untuk membasih muka 2 kali sehari.
Jangan kerap membersihkan wajah kerana kulit anda akan menjadi kering. Apabila kulit menjadi kering, maka muka akan menghasilkan lebih banyak minyak dan berkemungkinan akan menyebabkan jerawat timbul dengan mudah. Boleh jadi juga jeragat akan keluar disebabkan kulit terlalu kering!
Skrub Wajah
Antara salah satu rutin yang harus anda lakukan ialah skrub wajah anda. Gunakan skrub wajah dua kali seminggu untuk membuang sel kulit mati pada wajah. Tapi kalau kulit jerawat, dengar kata Doktor kulit dulu.
Banyak produk skrub dijual dipasaran dengan jenis tekstur dan fungsi yang berbeza. Jadi, pilihlah produk skrub yang betul mengikut jenis kulit anda!
Tahu Jenis Kulit
Untuk memudahkan anda membeli produk kecantikan yang berkesan pada kulit, pastikan anda memahami jenis kulit anda. Kenal pasti tentang masalah kulit anda supaya anda dapat memilih produk yang bersesuaian. Cara ini juga dapat menjimatkan kos dan masa anda dari membeli produk yang tidak sesuai dengan kulit anda.
Pilih Gaya Hidup Sihat
Bukan sekadar mengharapkan kepada produk kecantikan, tetapi gaya hidup anda juga harus sihat dan berkualiti. Berhenti merokok kerana tembakau membuatkan kulit anda menjadi kusam. Amalan diet yang sihat dengan perbanyakkan makan buahan dan sayuran. Dan jangan lupa buat senaman!
Adakah apa-apa kesan sampingan sekiranya makan durian selepas mengambil vaksin covid19? Ada apa-apa makanan yang perlu dielakkan sejurus selepas ambil vaksin? Terima kasih
Jawapan:
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui kenyataan anda diatas, anda ingin mengetahui adakah terdapat kesan sampingan makan durian selepas suntikan vaksin COVID-19. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Untuk makluman anda, pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang adalah digalakkan sebelum dan selepas mengambil vaksin. Hal ini kerana diet yang berkhasiat boleh mengekalkan dan meningkatkan tahap kesihatan seseorang.
Manakala untuk makanan yang boleh mendatangkan kemudaratan yang menyebabkan anda mengalami masalah alahan adalah tidak dibenarkan.
Sehingga kini masih belum terdapat sebarang laporan mengenai sebarang kesan sampingan makan durian selepas individu disuntik vaksin.
Gambar sekadar hiasan.
Kami menasihatkan anda untuk mengelakkan ataupun mengurangkan pengambilan buah ini bagi tujuan langkah berjaga-jaga.
Namun begitu, kami memerlukan lebih banyak maklumat kesihatan anda bagi tujuan penilaian sebelum menentukan samada buah ini dibolehkan ataupun tidak selepas anda disuntik vaksin. Dibimbangi kandungan buah ini akan mengganggu keberkesanan vaksin didalam badan .
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.