Kecantikan

Spray Air Timun, Kulit Lebih Anjal Dan Liang Pori Jadi Kecil

Share

Ramai yang berkongsi tentang kelebihan spray air timun untuk kecantikkan kulit. Paling best kalau amal selepas cuci muka, kulit lebih anjal dan liang pori yang terbuka semkain kecil.

Haa… sebab itu kena konsisten pakai dan buat sendiri untuk jimatkan duit poket.  Inilah petua kecantikan kulit yang dikongsikan oleh Huda Seman atau lebih mesra membahasakan dirinya sebagai Mak Tok.

Spray Air Timun

Menurutnya, untuk dapatkan kulit wajah berseri hanya menggunakan dua bahan sahaja dan menariknya kos yang digunakan untuk hasilkan sendiri ramuan tersebut cukup murah. Jadi jom kita lihat petua ini.

Bahan-bahan:

1/2 biji timun

Gel Alovera

Botol kosong

Penyagat buah

Penapis teh

Cara caranya :

Sagat timun dan kemudian asingkan. Perah dan ambil airnya sahaja.

2. Kemudian letakkan di dalam mangkuk dan campurkan dengan alovera. Kacau air timun dengan alovera hingga sebati.

3. Kemudian masukkan dalam dalam bekas spray dan simpan di dalam peti sejuk.

Tip pakai :

Ketika hendak tidur atau ada masa free spraykan sahaja ke wajah. Elok amalkan setiap hari selepas anda cuci muka. Memang berkesan.

 

 

IKLAN