Setelah melalui pelbagai dugaan, akhirnya pasangan penyanyi popular Ernie Zakri dan Syamel sah disatukan sebagai suami isteri pagi tadi.
Pada majlis yang diadakan secara tertutup itu, Syamel atau nama sebenar, Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 27, dan Ernie Zakri dinikahkan Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Puncak Alam, Abidin Sulaiman berwalikan bapa pengantin perempuan, Zakri Ahmad di Masjid Puncak Alam.
Dan pastinya paling menjadi tumpuan pada majlis ini adalah pengantin perempuan Ernie Zakri yang dilihat sangat cantik dan manis di hari bahagianya.
Pada majlis pernikahannya itu Ernie Zakri yang baru saja menang vokal terbaik di Anugerah Juala Lagu ke 35 kelihatan sangat anggun menggayakan kurung moden dari Amaze.
Persalinan ini dipanggil Kirana Kurung Kemanten. Dalam perkongsian dari Instagram AMAZE ini memberitahu keistimewaan busana digayakan Ernie hari ini.
KIRANA KURUNG KEMANTEN
Kurung berpanel beserta godet di sisi untuk potongan kembang lebih ‘seamless’. Kombinasi sulam tebuk dan diinspirasikan oleh Sulam Tekat yang lebih ‘3-dimensional’ menjadi perincian utama gaya kali ini. Tidak perlu sarat renda, hanya sekadar memaniskan rupa.
Ads
Rona putih polos dipilih, beserta sulaman perak kusam, untuk gaya lebih klasik. Layah juga disulam motif lekuk yang sama, agar tampil lebih senada.
Sementara itu wajah polos Ernie pula mendapat sentuhan jurusolek terkenal, Sahirsabri yang sebelum ini banyak menata rias wajah selebriti popular seperti Dayang Nurfaizah, Aina Abdul, Wany Hasrita dan beberapa lagi nama lain.
Menonjolkan imej fresh look menggunakan @yslbeauty menjadikan wajah Ernie sangat cantik dan berseri-seri sepanjang majlis pernikahannya. Ditambah dengan senyuman yang yang lekang dari bibirnya.
Malah mekap Ernie turut dipuji warganet yang memberitahu wajahnya sangat cantik dengan pilihan mekap cukup sempurna.
Ada sesetengah wanita yang hidup dalam tekanan kerana bulu-bulu halus seperti misai tumbuh di atas bibir. Kurang selesa jadinya!
Keadaan ini menyebabkan mereka malu untuk menonjolkan diri sehingga sukar untuk berkenalan dengan lelaki dan bertemu jodoh.
Bagi kaum Hawa yang berdepan masalah itu, apa kata cuba tiga petua mudah yang dikongsi menerusi laman Facebook Sis Beautysecret.
1. Susu Kunyit
Campur satu sudu serbuk kunyit dan satu sudu susu untuk membentuk pes. Sapu pes pada bahagian atas bibir dan biarkan kering, kemudian baru dibilas.
Lakukan dengan kerap sehingga bulu hilang.
2. Putih Telur
Masukkan satu sudu serbuk kunyit dalam telur putih yang sudah dipukul. Sapu pada misai dan biarkan antara 45 hingga 60 minit, baru tanggalkan masker tersebut. Lakukan empat kali seminggu.
3. Tepung Jagung
Campurkan 10 mililiter (ml) jus lemon, 150 ml air, dengan 30 gram tepung jagung. Ia akan menjadi larutan yang likat.
Sapukan pada bahagian muka dan biarkan sampai kering dalam 15 minit. Peel off dan bilas dengan air bersih.
Paling penting, kaum Hawa dinasihatkan agar tidak mengambil jalan pintas dengan mencukur misai kerana khuatir ia akan tumbuh lebih lebat.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai lagi yang tak sedar buat kesilapan cuci muka, itu yang tetiba bangun esoknya naik jerawat.Kemudian, salahkan produk yang dipakai!
Sebenarnya punca wajah bermasalah bukan sahaja disebabkan oleh produk yang digunakan, tetapi cara kita cuci muka pun memainkan peranan penting.
Ada 6 kesilapan yang kita sering buat ketika mencuci muka yang boleh mengakibatkan timbulnya jerawat, kulit mengelupas kemerahan serta rasa kering.
Kesilapan Cuci Muka Yang Orang Selalu Buat, Sebab Itu Jerawat Muncul
Berikut 6 kesilapan menjaga wajah perkongsian daripada Puan Farain Mohammad sebagai panduan;
Tanpa sedar kadang-kadang kita sebenarnya silap menjaga muka. No .6 tu ramai tak yang buat .
Kesilapan 1 : Cuci Muka Terlalu Kerap
Ada 2 sebab kenapa kita tak boleh cuci muka terlalu kerap:
1. Boleh menyebabkan kulit terlalu kering dan hilang kelembapan selepas dicuci.
2. Kulit akan cenderung jadi lebih berminyak dan berjerawat.
Kesilapan 2 : Gosok Muka Terlalu Kuat
Ramai yang ingat bahagian yang ada jerawat atau bermasalah kena gosok dan sental lebih kuat untuk keluarkan sebum dan kotoran dalam liang roma. Sebenarnya kira dilarang mengosok kulit terlalu kuat kerana boleh menyebabkan kulit menjadi kemerahan dan men’cederakan’ kulit dari dalam.
Kesilapan 3 : Skrub Muka Terlalu Kerap
Skrub selalunya mempunyai tekstur berbiji yang agak kasar. Elakkan menggunakan scrub terlalu kerap kerana boleh menyebabkan kulit menipis, lebih sensitif dan boleh menyebabkan gatal.
Kesilapan 4 : Membiarkan Syampu Rambut Terkena Kulit Muka
Syampu rambut mengandungi bahan pelembab atau minyak untuk melembutkan rambut. Kalau terkena pada muka, minyak tersebut boleh meresap ke dalam kulit muka dan boleh menyebabkan jerawat.
Kesilapan 5 : Biar Peluh Kering Sendiri Tanpa Dilap
Jangan dibiarkan peluh kering sendiri di muka tanpa dilap. Sebaiknya lap muka dengan kain yang bersih untuk mengelakkan peluh anda kering dan menyerap kedalam kulit muka anda. Peluh anda mungkin mengandungi kotoran bersamanya.
Kesilapan 6 : Berkongsi Tuala Badan Dan Tuala Muka
Ramai yang buat ni kan? Lap muka menggunakan tuala badan. Sebaiknya asingkan tuala untuk muka dan badan. Jika tuala badan mempunyai kotoran, sangat mudah ia merebak ke muka juga. Lagipun tuala badan kita lebih banyak melekat kotoran atau kuman berbanding tuala muka.