Serum Yang Sesuai Ikut Peringkat Umur, Pastikan Tak Salah Pilih

Kalau ikutkan umur, anda kena cari serum yang sesuai dengan masalah kulit yang semakin kekurangan kolagen. Tak boleh beli ikut orang ya, paling panting ketahui dulu kandungan bahan yang ada dalam serum itu.

Jadi nak tahu serum jenis apa yang sesuai untuk anda dan jenis kulit, baca perkongsian di bawah.

Serum wanita 20-an

Dipetik daripada The Zoe Report, Dr. Kan Cao mendedahkan wanita 20-an berpotensi untuk boleh terdedah pada masalah jerawat yang disebabkan oleh banyak faktor, salah satunya hormon.

Jadi bagi anda yang mahu gunakan serum, dinasihatkan untuk pilih kandungan Vitamin C. Tujuannya adalah untuk lindungi kulit daripada radikal bebas, cegah bintik hitam dan rangsang pengeluaran kolagen.

Dan kalau sesuai, kamu juga boleh mula gunakan retinol. Selain dapat rawat jerawat, kamu turut dapat atasi penuaan pramatang.

Serum wanita 30-an

Pada usia 30-an, kebiasaannya anda akan mula ada garis halus, kulit jadi kusam dan mudah kering. Dan untuk atasi masalah kulit tersebut, serum yang anda perlukan adalah jenis anti-aging.

 

Menurut Women’s Health Mags, antara bahan dalam serum yang disyorkan untuk cuba adalah retinol, ceramide, Vitamin C, PHA/BHA/AHA, hyaluronic acid, salicylic acid dan ferulic acid.

Apa-apa pun, sesuaikan dengan keadaan dan jenis kulit kamu dulu okay.

Serum wanita 40-an

Dalam Today, Dr. Mona Gohara mendedahkan wanita 40-an akan alami penurunan kadar estrogen. Penurunan ini mempengaruhi penghasilan kolagen, ketebalan dan hidrasi kulit secara tidak langsung.

Dan antara bahan serum yang kamu perlukan ketika ini adalah Vitamin C, Vitamin E, Vitamin B5, hyaluronic acid, peptides serta retinol.

Haa.. dah tahu rahsia nak dapatkan serum terbaik kan? Jadi selamat bercantik-cantik mengikut tahap umur, semua!

Nadia

Rutin Kecantikan Datuk Syafinaz – Rahsia Awet Muda & Kulit Sihat Sejak Remaja

Tak puas tengok air wajah penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat, walaupun sudah berusia…

11 bulan

Rutin Urut Wajah, Daripada Chubby Berubah Jadi V-Shape

Setiap pagi atau sebelum tidur, elok urut wajah untuk hilangkan masalah dagu berlapis dan jadikan…

11 bulan

Maintain Kecil Molek, Nora Danish Tak Memilih Bab Makan, Telur Pun Cukup!

Semakin jelita dan tubuh badannya maintain kecil molek, Nora Danish memang salah seorang artis wanita…

11 bulan

Kurangkan Masalah Gelap Bawah Mata, Perlukan 2 Barang Sahaja Dan Hasilnya Wow!

Stress juga kalau hadap masalah gelap bawah mata, nak-nak kalau mahu keluar ke majlis tertentu…

11 bulan

Rupanya Beauty Hack Ini Semua Mitos, Jangan Cuba Kalau Tak Nak Kulit Rosak

Masih ramai yang terpengaruh dengan beauty hack dikongsikan di media sosial, ada yang kononya membantu…

11 bulan

Cara Ketahui Warna Sesuai Dengan Kulit, Senang Nak Pilih Baju Raya Nanti

Ini cara ketahui warna sesuai dengan kulit sebelum beli baju cantik! Raya Aidilfitri pun semakin…

11 bulan