Senyum Cara Terbaik Sembunyikan Rasa Sedih. Guna 5 Teknik Ini Jadikan Senyuman Lebih Menawan!

Share

Kata orang senyumlah walau dalam apa jua situasi. Senyuman yang manis sememangnya mampu menjadi penawar kepada kedukaan hati sekaligus memancarkan aura bahagia buat orang yang melihat atau menerimanya.

Ada beberapa situasi menggambarkan senyum seseorang. Untuk lebih berkeyakinan, senyumlah dengan seiklhlas hati. Jika senyuman dilemparkan adalah sia-sia sahaja.

Ini Cara Senyuman Perlu Tahu

1. Senyum Ala Puteri Diana

Tiru cara senyuman mendiang Puteri Diana, beliau adalah insan yang pemalu dan sering menundukkan pandangan apabila berhadapan dengan orang ramai. Oleh itu untuk menangkap perasaan orang supaya jatuh cinta dengan anda, gunakan taktik senyuman ini kerana ia bersifat manja berbanding senyuman biasa.

Tundukan sedikit kepala sambil ukir senyuman kecil manakala mata pula melirik ke arah orang yang melihat dan mememrhatikan kamu.

2. Jangan Senyum Dengan Mengetap Bibir!

Senyuman jenis ini biasanya akan dilemparkan kepada orang yang kita baru berjumpa dan adakalanya didorong oleh perasaan malu, takut, cemas, marah atau dijadikan sebagai tanda sindiran.

Senang kata, senyuman yang dilakukan dengan perbuatan mengetap bibir ini adalah tidak ikhlas seolah terpaksa.

3. Senyum ‘Terkejut’

Senyuman cara ini mungkin agak sukar dilakukan oleh kebanyakan orang kerana tidak semua memiliki susunan gigi yang cantik. Akan tetapi jika seseorang itu berlatih, senyuman ini bisa menggambarkan kecerian yang tulus.

Senyum sambil mulut ternganga umpama ketawa adalah teknik paling mudah untuk kita sebarkan aura kebahagiaan diri. Barulah nampak ikhlas!

4. “Smizing”

“Smizing” adalah istilah yang dicipta oleh Tyra Banks membawa maksud senyum menggunakan mata (smiling with eyes).

Taktik ini boleh digunakan jika anda mahu mengambil foto ala model iaitu dengan merelakskan muka, kecilkan sedikit mata sambil ‘gelak dalam hati’. Hasilnya, korang  kelihatan seksi persis supermodel!

5. Senyuman Sinis Terbit Karakter Misteri

Ada orang tetap akan kelihatan cantik meskipun senyuman yang diberikannya ‘tawar’. Seperti It-Girl dari Itali ini, Chiara Ferragni sering dilihat meleparkan senyuman sinis menerusi foto-fotonya yang dimuat naik ke Instagram. Jika kena pada cara, memang nampak menggoda.

Amaran, senyuman ini bukanlah untuk diberi kepada orang tetapi hanya sesuai untuk dimanfaatkan dalam foto rakaman peribadi. Caranya… senyum kecil (pastikan hujung bibir di kedua-dua belah meregang sedikit) sambil pandang tepat ke arah lensa kamera.

Fakta Tentang Senyuman

1. Senyum merupakan satu senaman berbentuk joging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.

2. Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

3. Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.

4. Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.

5. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stres yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

Oleh itu, kunci yang paling utama untuk menyembunyikan kejahatan serta kesedihan diri adalah dengan memberi senyuman paling ikhlas terhadap lawan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.

Artikel Berkaitan:

Nak Wajah Cantik & Glowing, Buat Sendiri Masker. Guna Bahan Alami Lebih Selamat & Jimat!

Nak Pastikan Solekan Jadi Cantik & ‘Glowing’, Kena Pandai Pilih Bedak Asas Sesuai Dengan Kulit

Published by
Siti Zurina Mat Saman