Selena Gomez Guna Penyepit Bulu Dan Maskara Lebatkan Bulu Mata, Senang!

Share

Tular satu video daripada Selena Gomez yang menggunakan penyepit bulu dan maskara untuk cantikkan bahagian matanya. Jadi kalau anda jenis bulu mata pendek, boleh lah cuba!

Dia menggunakan TikTok sebagai platform untuk berkongsi petua dan helah kecantikan dalaman yang dibinanya sepanjang kerjaya dalam industri hiburan.

Selena Gomez Guna Penyepit Dan Maskara Lebatkan Bulu Mata, Senang!

Salah satu rutin solekan yang mencuri tumpuan sehingga viral adalah trik menggunakan maskara dan penyepit bulu untuk membentuk mata yang lebih galak dan lebar.

@selenagomez @rarebeauty ♬ Crazy – Patsy Cline

Dalam video, Selena mengambil penyepit, hujungnya disalut dengan maskara, kepitkan di bulu mata biar bergumpal untuk menghasilkan kesan bulu mata anak patung.

Rata-rata yang mencuba, menyukai trik genius yang memudahkan mereka serta memberi rupa paras lebih menawan.

Haaa.. mudah, bukan? Nampak berseri terus bahagian mata.

Kredit video: Selena Gomez

Published by
Nadia