Selain Farah Ann, 5 Lagi Atlet Wanita Paling Hot & Curi Tumpuan Di Olimpik Tokyo 2020

Share

Sukan Olimpik Tokyo 2020, baru saja membuka tirai dan hari ini masuk hari ketiga.

Nampaknya ada beberapa atlit yang telah mencuri tumpuan media dan salah seorang Ratu Gymnastik Artistik, Farah Ann Abdul Hadi.

Bukan saja kerana kelincahannya membawakan sukan berkenaan, tetapi kecantikan dimiliki oleh gadis berusia 27 tahun ini.

Selain Farah Ann, rupanya ada beberapa lagi atlet yang turu jadi tumpuan dalam temasya Sukan Olimpik tahun ini.

1. Zehra Gunes

Atlet kelahiran Turki ini merupakan pemain sukan Volleyball. Dengan ketinggian enam kaki, Zehra bermain pada posisi ‘middle blocker’.

Dengan jumlah pengikut di Instagram sebanyak 338,000, Zehra pasti menjadi tumpuan di Olimpik Tokyo kali ini.

Malah sejak tularnya gambar Zehra di media sosial, ramai membandingkan kecantikannya dengan Farah Ann.

2. Alicia Schmidt

Dapat jolokan atlet paling seksi oleh Media Outlet Galore, pelari Jerman berusia 22 tahun ini turut mencuri tumpuan ramai.

Keistimewaan mempuyai rambut berwarna perang dan sepasang mata biru, Alicia mempunyai 2 juta follower di Instagram dan menjadi duta pelbagai jenama antara bangsa.

3. Vivian Kong

Nama penuhnya Vivian Kong Man Wai berusia 27 tahun dan berasal dari Hong Kong.

Pernah jadi atlet pertama menjuarai Piala World Cup pada kejohanan yang diadakan di Havana Club pada 2019.

4. Latisha Chan

Pemain tenis Taiwan, Latisha terkena dengan kejayaannya dalam pertandingan beregu.

Pernah memenangi 33 kejayaan termasuk satu pada 2017 iaitu Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat untuk beregu wanita.

Pada tahun ini di Olimpik Tokyo, dia bertanding dengan saudaranya Angel Chan untuk beregu wanita dalam sukan tenis.

5. Alex Walsh

Kehadiran dalam sukan renang menjadikan dirinya jadi tumpuan dalam sukan ini. Ini merupaka kejayaan pertama Alex mewakii Amerika Syarikat di Olimpik selepas kejayaan melepasi ujian individu 200 meter di Ohama.

Alex Walsh juga kerap berkongsi gambar-gamar menarik untuk pengikutnya di media sosial.

SUMBER: ASTRO GEMPAK

Artikel Berkaitan:

Turun 20KG Lepas Lahirkan Anak Kedua. Siti Nurhaliza Tekad Hilangkan 10KG Lagi Untuk Capat Berat Ideal!

Gara-Gara Asyik Main Game, Tangan Jadi Kejang & Lenguh. Doktor Kongsi Cara Atasi Bengkak!

Bahaya Varian Delta Boleh Jangkit Tempoh 5 Saat Di Udara. Ini Simptomnya Perlu Kita Beri Perhatian!

Published by
Siti Zurina Mat Saman