Tahu tak ini apa? Ini pati tomato yang dah di bekukan menjadi kiub, suka sapu kat muka ni sejuk-sejuk selepas itu tunggu lah dalam 10 minit nanti bilas memang lembut dan segar jadi kulit. Pori pun mengecil.
Ini sedikit khasiat tomato yang Puan Fatihah Afandi kongsikan dibawah. Bacalah, ilmu ni.
10 khasiat dan cara mudah gunakan tomato untuk kecantikan;
1. Bagi yang berhadapan masalah jerawat, cubalah petua ini. Lenyekkan tomato dan sapu pada seluruh wajah terutama di bahagian berjerawat, biarkan ia kering pada wajah selama 30 hingga 40 minit. Kemudian bilas dengan air suam, lakukan dua kali seminggu.
Tomato dapat menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak pada wajah, hasilnya jerawat mengecut dan kulit menjadi licin.
Ads
2. Tomato juga membantu mengurang dan memudarkan bintik hitam pada wajah. Hanya potong tomato kepada dua bahagian dan ambil separuh daripadanya, sapukan pada wajah bermasalah. Jika dilakukan secara konsisten, bintik gelap semakin pudar dan kulit bertambah cerah.
Sapu Pati Tomato Pada Muka Dalam 10 Minit, Habis Semua Masalah Selesai!
3. Campurkan sedikit air perahan tomato di dalam putih telur dan sapu pada wajah, biarkan ia kering. Selepas itu, bilas wajah dengan jus lemon atau limau nipis. Akhir sekali bilas wajah dengan air suam. Kombinasi bahan ini membantu untuk mengecilkan liang pori kulit wajah.
4. Bagi mengatasi kulit kering, campurkan air perahan tomato dengan yogurt asli. Jadikan bahan ini sebagai pupur dan sapu pada seluruh wajah. Biarkan ia kering kira-kira 30 minit kemudian bilas dengan air suam. Cara ini membantu kulit lembap dan berseri.
5. Campuran jus tomato dan madu baik untuk mengatasi masalah ton kulit tidak sekata. Sapu bahan ini pada wajah, biarkan kering. Bilas dengan air suam yang dicampur dengan perahan limau nipis. Hasilnya, kulit cerah sekata.
Ads
6. Amalkan makan buah tomato pada waktu pagi kerana ini membantu menyingkirkan lemak di dalam tubuh. Jus tomato juga disarankan sebagai minuman harian bagi golongan yang mahu menurunkan berat badan.
Minum jus ini 15 minit sebelum makan, ini membuatkan anda berasa kenyang.
7. Bagi mereka yang mempunyai kulit kering dan bersisik, kembalikan kelembapan kulit dengan melenyek tomato dan lumur pada seluruh tubuh ketika mandi. Biarkan kering, kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali untuk melihat hasilnya.
Ads
8. Bagi merawat rambut kering dan bercabang, lumur jus tomato pada rambut dan balut dengan tuala selama 15 hingga 20 minit. Ini membantu rambut sihat dan bersinar.
9. Untuk masalah kelemumur pula, lenyek tomato dan sapu pada kulit kepala. Lakukan selama 15 hingga 20 minit, kemudian bilas dengan air bersih.
10. Bagi menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata, lekapkan hirisan tomato yang disalut dengan yogurt asli pada mata. Ini mengurangkan kesan gelap dan membuatkan kulit cerah.
Nampak tak kelebihan buah tomato untuk muka? Kosnya jimat tetapi memang berkesan kalau anda rajin sapu pada wajah setiap hari. Jadi sebenarnya tak susah pun nak cantik!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wajib dijadikan salah satu rutin, jaga waktu tidur setiap hari untuk mendapatkan kulit wajah yang sihat dan cantik.
Seperti yang kita tahu, waktu malam kulit anda akan bekerja untuk merawat kulit pada kadar maksima. Jadi elok lah anda tidur awal cukupkan tidur selama 8-9 jam setiap malam.
Jaga Waktu Tidur, Kulit Jadi Anjal Dan Lambat Kedut
Jika anda dambakan kulit yang glowing dan mulus, pastikan anda menjaga dengan teliti waktu tidur anda. Waktu yang disarankan untuk tidur adalah diantara jam 9 hingga 11 malam.
Sebab pada waktu ini, paling baik untuk kulit menyerap kandungan yang terdapat dalam produk penjagaan kulit (Skincare).
Malah, pada jam 9 hingga 11 malam ini juga tubuh anda akan mula merembeskan hormon tidur yang dipanggil sebagai melatonin yang meningkatkan rasa letih supaya badan dapat berehat dan dalam masa sama meningkatkan kemampuan kulit memberi rawatan dari dalam di malam hari.
Hormon melatonin juga aktif merawat kerosakan yang berlaku di bawah lapisan kulit akibat terdedah terlalu lama kepada pencemaran udara dan sinaran Ultra Violet (UV) di siang hari.
Jika mengikut waktu tidur yang disarankan dan menjaga kulaiti tidur dengan baik, kulit akan menghasilkan hormon yang baik dan merejubenasi kulit agar kelihatan lebih glowing dan sihat keesokkan harinya.
Segelas Air Masak Sebaik Sahaja Bangun Tidur
Haa.. sebaiknya bangkit sahaja dari tidur, terus minum air putih! Ini kerana setiap pagi kulit akan mengalami fasa yang dikenali sebagai trans-epidermal water loss.
Ini terjadi kerana kehilangan air dalam semalam ketika proses rejuvenasi kulit berlaku, jadi apabila anda bangun tidur di waktu pagi kulit akan berada dalam keadaan kering.
Lebih memburukkan keadaan, jika anda mengabaikan masalah kulit kering ini, ia bakal mengganggu dan merosakkan skin barrier.
Jadi untuk mengelakkan masalah ini berlaku dan mendapatkan kulit wajah glowing di waktu pag, amalkan minum segelas air setiap pagi sebaik sahaja bangun dari tidur.
Owh ya, jangan lupa pakai skincare yang tepat untuk merawat kulit pada waktu malam juga amat penting!
Ini yang sepatutnya:
Pencuci, serum, pelembap, dan bahagian mata boleh sapu krim khas untuk mata. Sesekali boleh amalkan pakai mask juga dalam 2 kali seminggu. Barulah kulit lebih anjal dan lambat berkedut!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekarang ini siap ada jual steam eye mask di farmasi, ini semua punca untuk cantikkan wajah!
Bukan sekadar eye mask atau face mask untuk beri hidrat kepada kulit tetapi boleh dijadikan sebagai suatu terapi. Rahsia wap suam pada masker tersebut meningkatkan kadar kelembapan dan tekanan pada masker boleh menenangkan si pemakai.
Kurangkan Mata Sembap
Apa yang menarik, steam eye mask direka supaya mengurangkan tanda sembap, meredakan ketegangan bahagian mata dan melindungi mata dari sebarang kehadiran lingkaran gelap mata. Wap air suam dan lembap sangat baik untuk masalah mata kering. Akan mengembalikan produksi kelembapan pada sekitar mata secara semula jadi.
Sebelum adanya steam eye mask, ramai yang menggunakan teknik wap tradisional terus dari air. Namun cara ini boleh memberi risiko kepada kulit dan mata. Jadi dengan teknologi terkini seperti steam eye mask, kamu boleh lakukan terapi mata ini dengan mudah. Lebih selamat dengan kadar suhu wap telah dikawal dan masa pemanasan juga sudah ditetapkan.
Beli Yang Selamat
Dari sudut harga pula, steam eye mask dijual pada harga yang berpatutan. Terdapat juga jenama eye mask yang boleh dipanaskan dalam microwave atau guna semula. Bagi kamu yang mahu aktiviti self-care yang menyeluruh, steam eye mask wajib ada dalam rak self-care.
Namun jika anda nak pakai, berhat-hati ketika menggunakan steam eye mask. Pastikan dari jenama yang berkualiti dan dijual di kedai atau farmasi kecantikan yang mempunyai permit. Jika terdapat sebarang reaksi negatif atau tanda alahan sila berhenti guna serta-merta.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!