Masih ada lagi tak orang yang sapu minyak zamzam untuk atasi masalah rambut gugur? Okay, kalau anda mempunyai masalah rambut yang kurang lebat dan selalu gugur, elok lah cuba tips mudah ini tanpa perlu mengeluarkan bajet besar.
Sapu Minyak ZamZam, Ini Rahsia Wanita Dulu-dulu Rambut Lebat
Kalau kita tengok rambut orang dulu-dulu tahun 70-an dan 80-an, rambut mereka memang lebat dan teramat cantik. Lihat lah dalam filem-filem melayu lama seperti filem P. Ramlee, rambut pelakon wanita mereka lebat, panjang dan boleh didandan pelbagai gaya.
Nak tahu tak apa rahsia yang mereka amalkan?
Ads
Minyak ZamZam ini legend dipakai orang dulu-dulu untuk mengurangkan rambut gugur dan melebatkan rambut.
Kongsi netizen yang sudah mencubanya, “Alhamdulilah sejak pakai konsisten dah 3 bulan memang berkesan”.
Ads
Kelebihan Minyak Zam-zam
Merupakan minyak rambut yang dihasilkan dari herba dan tumbuhan semula jadi untuk kecantikan dan kesihatan rambut.
Ads
Mengurangkan keguguran rambut
Membantu pertumbuhan rambut yang sihat dan bersinar
Menebalkan akar-akar rambut
Menyelesaikan masalah gatal kepala
Menyelesaikan masalah kudis di kulit kepala
Merapikan rambut kusut
Struktur rambut menjadi lembut, sihat dan tidak bercabang
Kulit kepala menjadi sihat dan bersih
Minyak tradisional untuk kegunaan luar
Haa.. produk ini sesuai digunakan untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak juga. Memang jimat banyak kalau beli, seisi keluarga boleh guna. Jadi jika anda salah seorang yang mempunyai masalah rambut nipis, sila lah cuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali melihat orang lain berpenampilan langsing, hati terdetik kenapa diri tidak boleh jadi seperti itu.
Dek kerana mahu berubah dan menjalani hidup lebih sihat memberikan azam kepada wanita ini untuk tampil dengan berat badan ideal.
Sememangnya niat Nadia Ismail, 32 tahun untuk kurus adalah kerana mahu menjalani gaya hidup lebih sihat. Maklumlah ada sedikit rasa cemburu tatkala melihat penampilan rakan-rakan lain yang kurus dan langsing.
Tidak menunggu lama untuk berubah, bermula 1 Januari 2021 lalu bermulalah perjalanan diet bagi dirinya.
Justeru dia terus mengubah minda terlebih dahulu jika mahu kurus kena bermula dengan menjaga yang diambil.
“Saya start diet bermula 1/1/2021 dengan berat ketika itu 85 kilo. Dan sekarang berat saya sekitar 59 kg. Untuk tempoh setahun berdiet ini saya telah berjaya melenyapkan hampir 26 kg.
“Sebaik memulakan diet, saya memang terus menjaga pemakanan. Saya amalkan diet suku-suku separuh, cut terus air manis dan segala macam kuih-kuih dan juga kek.
“Bukan itu saja, saya tinggalka terus fast food, tidak ambil roti canai dalam tempoh 6-7 bulan itu.
“Kalau teringin sangat nak makan, saya ambil sikit saja sebagai kata orang rasa-rasa,” katanya yang sekarang bila berat sudah turun, barulah berani ambil sekali sekala makanan berkenaan.
Menurutnya, kuih-muih dan air minuman manis inilah penyumbang utama badan seseorang itu menjadi gemuk.
“Permulaan diet itu memang saya buat dengan cara kira kalori makanan diambil. Selain itu, saya juga buat senaman workout seperti skipping, tabata, walking, hiking dan sekarang lebih gemar aktiviti berbasikal.
“Aktiviti berbasikal pula kini sudah jadi hobi yang menyeronokkan. Setelah hampir setahun amalkan gaya hidup sihat, alhamdulillah saya berjaya dapat berat ideal. Kalau boleh mahu kurang lagi,” tambahnya yang berkata minum air kosong juga menjadi amalannya sehinga kini.
Jelas Nadia, dia mahu kurus bukan untuk sihat semata-mata, tetapi mahu kelihatan cantik untuk suami.
Pesannya lagi untuk menjalani proses diet ini minda dan jiwa kena kuat. Selain itu seseorang juga perlu sentiasa berdisiplin terutama dalam menjaga pemakanan. Ini kerana jika tidak segara usaha dilakukan hanyalah sia-sia.
Ramai wanita tidak ambil peduli tentang kepentingan memilih bra yang betul. Keterujaan memilih bra kerana rekaan semata-mata sebenarnya bakal mengundang kesihatan payudara dan bentuk tubuh seorang wanita.
Persepsi wanita terhadap payudara adalah subjektif kerana ada yang mahu menonjolkan payu dara tidak kurang juga mahu menyembunyikan payudara.
Namun, faktor utama yang perlu diambil kira ketika memilih bra adalah ukur lilit tulang rusuk dan saiz payu dara itu sendiri.
Fungsi bra itu sebenarnya adalah untuk menyokong dan memberi perlindungan kepada payu dara. Adalah penting untuk memilih bra yang memberi keselesaan bukan yang menyakitkan.
Jika masih ragu-ragu dengan saiz yang betul, sebaik-baiknya berbincang dengan pakar kerana mereka lebih arif tentang saiz dan ukuran yang betul.
Ini perkara yang perlu ada ambil tahu untuk pastikan bra dipakai selesa.
Rasa tidak selesa timbul ketika memakai bra apabila tali bra kelihatan ‘tenggelam’ di atas bahu. Ini kerana mangkuk bra yang digunakan mungkin terlalu kecil dan tidak padan dengan saiz payudara.
Lebih-lebih lagi apabila memakai bra berdawai dan ‘mencengkam’ payu dara. Payu dara yang terlalu merapat sehingga menimbulkan rasa tidak selesa juga adalah kerana mangkuk bra yang dipakai terlalu kecil. Bahaya mengundang akibat ketidakselesaan ini boleh menyumbang kesakitan di bahagian belakang, leher dan bahu.
Mengetahui ukuran yang betul sangat penting dalam memilih bra. Peningkatan usia, perubahan saiz badan, perubahan gaya hidup dan kehamilan menjadikan saiz dan ukuran payudara berubah-ubah.
Jadi anda tidak boleh mengikut saiz yang sama sejak mula membeli bra dahulu sehingga sekarang. Buang jauh-jauh rasa malas untuk mencuba bra baru di fitting room. Hampir semua pengeluar pakaian dalam memberi pelanggan mencuba dahulu bra dan nasihat memilih saiz bra yang betul. Mendapat saiz bra yang betul kadang-kadang memberi kejutan!
Mengikut statistik setiap wanita memiliki sekuarang-kurangnya 19 helai bra tetapi hanya memakai empat bra yang selesa. Biasanya bra yang mahal mempunyai reka bentuk yang khusus dan selesa berbanding dengan bra yang murah.
Manakala bra yang murah tidak mempunyai pakar untuk mengira saiz bra yang sesuai. Membeli bra tanpa mencuba dahulu adalah cara yang salah kerana setiap rekaan mempunyai mangkuk dan tali bra yang berbeza.
Ada di kalangan wanita yang menganggap memilih saiz bra yang betul adalah membazir. Bagi mereka lebih baik membeli bra yang cantik tetapi murah. Setiap wanita sepatutnya memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli bra yang terbaik dan sesuai mengikut keperluan. Cantik tidak semestinya elok.
Mungkin memakai bra yang betul tetapi asyik memakai bra yang sama sepanjang masa. Ini akan mempercepatkan jangka hayat bra tersebut. Mungkin tali bra menjadi cepat longgar dan tidak anjal dan cangkuk mudah tertanggal. Sekurang-kurangnya ada empat bra untuk dipakai secara bergilir-gilir.
Tidak kira anda memakai bra yang betul atau tidak tetapi mencampak bra di dalam mesin basuh boleh merubah reka bentuk asalnya. Ambil masa sedikit dengan membasuh bra dengan tangan dan sabun yang lembut agar bra tahan lama. Jangan jemur terus di bawah cahaya matahari untuk mengekalkan ketahanan bra tersebut.
Selaras dengan persedaran masa tubuh anda juga turut berubah. Saat akil baligh, mengandung, merancang keluarga, peningkatan usia dan stres fizikal tubuh juga berubah. Payu dara anda boleh membesar dan mengecil mengikut perubahan tubuh. Oleh itu, tukar bra mengikut perubahan tubuh anda.
Siapa yang tidak mengenali pelakon Rozita Che Wan. Sisi wajahnya yang sedikit rare dan kekal cantik walau usia sudah mencecah 48 tahun menjadikan dirinya antara selebriti yang sentiasa jadi buruan pengarah.
Malah susuk tubuhnya yang kekal langsing walaupun sudah melahirkan tiga orang anak menjadikan figura yang dikenali dengan nama Che Ta sentiasa jadi inspirasi orang lain untuk sentiasa menjaga kecantikan.
Ketika di tanya petua bagaiaman menjaga kecantikan dari dulu hingga sekarang, Che Ta hanya tertanya sambil memberitahu dia sangat menitik beratkan penjagaan kulit wajah mengikut aturan ditetapkan.
Menurut wanita berusia 48 tahun ini dia tidak pergi membuat facial sebaliknya hanya memakai skincare dan membuat masker sendiri di rumah.
“Sebenar ada kisah lucu kalau ditanya mengenai sisi kecantikan saya. Menurut Zain, kecantikan saya inilah yang menambat hatinya. Mula-mula dia lihat saya tidak bermekap dan dia lihat saya memang cantik tanpa mekap.
“Tambahnya lagi, bentuk wajah saya ini jenis sharp feature. Nampak nakal tetapi nakal-nakal cantik.
“Nak kata jenis eksotik tidaklah eksotik tetapi diibarat melihat muka si ratu cantik dan itu yang membuatkanya terpikat. Pendek kata Zain nak bagi tahu muka saya ini special dan rare,” ujar Che Ta yang memberitahu Zain tidak lihat kecantikan luaran dirinya semata-mata.
“Mungkin cantik bagi Zain ini bila saya pandai menguruskan diri dan rumah tangga. Jadi bila tengok waktu malam atau baru bangun tidur, dia akan cakap ‘Cantiknya isteri I”. Sikapnya yang jujur ini juga menjadikan perkahwinan kami sudah bertahan selama lapan tahun,” jelasnya yang turut memakai produk Mylea untuk menjaga kecantikan wajah.
Baru-baru ini Che Ta dan suaminya, Zain bersanding lagi sempena meraikan sambutan ulang tahun perkahwinan mereka dalam sebuah majlis keraian di sebuah lokasi eksklusif di ibu kota.
“Cuma majlis kali ini memang cukup sederhana kerana situasi semasa pandemik. Tapi tetap nak rasai mood jadi pengantin dengan mengenakan gaun rona putih.
“Tahun ini sempat juga melaram denganbaju songket warna maroon rekaan Man Kajang untuk sesi fotografi. Kalau tahun lalu dilakukan di Pulau Langkawi,” jelasnya yang memberitahu sambutan ulang tahun kelapan mereka baru baru ini terganggu apabila suaminya disahkan positif COVID-19bulan lalu.
Che Ta mendedahkan sehari selepas Zain kena serangan virus itu, anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana juga turut terpalit sama.
Kerana situasi tak terduga itu, pelakon drama Tahyul di TV3 menerusi watak Detektif Mazni iniberkata perancangan bercuti ke sebuah pulau persendirian di Langkawi juga terpaksa ditunda.
“Ikutkan dalam seminggu juga saya, suami dan Aaisyah ditemani jurugambar menikmati percutian di pulau itu.Kami patut pulang daripada percutian itu sehari sebelum ulang perkahwinan kelapan yang diraikan pada 11 Disember lalu.
“Apa nak buat, kita tak mampu menghalang semua ini. Suami saya patut menjalani penggambaran sebuah drama bulan lalu, tapi akhirnya kena tolak tawaran itu.
“Suami memang bergejala seperti batuk, selesema dan demam. Cuma dia sendiri kurang pasti terkena virus itu di mana. Kemudian berjangkit pula kepada Aaisyah.
“Bagaimanapun Aaisyah hanya demam saja, tetapi deria rasanya masih ada. Tapi saya dan dua anak lelaki bersyukur kerana kami sebaliknya disahkan negatif. Syukur suami dan Aaisyah sudah pulih sepenuhnya,” katanya lagi yang bernikah pada 11 Disember 2013 selepas berkenalan ketika membintangi drama Kiah Pekasam pada 2009.
Che Ta dalam pada itu, tidak menyangka masa seakan berlalu hingga usia perkahwinannya terus bertambah.
“Pejam… celik mata, sudah masuk lapan tahun saya berkahwin. Tempoh itu bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui. Biasalah dalam tempoh itu ada gaduh ‘manja’ dan rajuk. Tetapi tak lama, lepas itu sejuklah.
“Pandemik ini juga menguji, tapi baik saya dan suami cuba mengharunginya sebaik mungkin. Pernah ada ketika saya terguris hati dan sentap dengan suami, dia datang buat kejutan bawa jambangan bunga ketika saya menjalani penggambaran di Kedah.
“Pendek kata pada fasa sekarang memang kena kuat bertahan dan bertolak ansur,” katanya. Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana, tujuh tahun, selain Che Ta turut memiliki dua anak lelaki daripada perkahwinan terdahulunya.