Rupanya Amal Jamu & Beras Kencur, Rahsia Cantik & Awet Muda Pengasas Mustika Ratu Di Usia 94 Tahun. Setiap kali mendengar nama produk ini, pasti terbayang susuk tubuh pengasasnya yang kelihatan sangat cantik, anggun dan wajah kekal awet muda.
Malah produk yang duusahakan iaitu Mustika Ratu juga begitu sinonim dengan wanita yang mementingkan kecantikan diri dan penjagaan dalaman sentiasa terjaga.
Produk seperti Perawatan Remaja Putri, Perawatan Wanita begitu popular dan banyak dijual di toko jamu dan salun kecantikan.
Artikel Lain: ‘Buat Sampai Separuh Nyawa’. Rajin Muaythai, Penampilan Tokti Semakin Cantik & Langsing
Ramai menginginkan untuk jadi cantik dan anggun seperti pengasasnya, Ibu Mooryati Soedibyo yang menjadi tulang belakang memperluaskan empayar jamu ini di serantau Asia termasuk negara kita Malaysia.
Jika dilihat dari susuk tubuhnya ramai tidak menyangka usianya sudah mencecah 1 abad iaitu 94 tahun kerana dilihat seperti wanita berusia 50an.
Berkongsi rahsia awet muda dan kekal bertenaga di usia 94 tahun, Ibu Mooryati mendedahkan dia cuma mengamalkan jamu dalam kehidupan harian.
Malah, cucu kepada Raja Jawa yang juga digelar pahlawan nasional Indonesai iaitu Sri Susuhunan Pakubuwana X mengatakan dia rajin membuat beras kecur secara alami di rumah.
“Dari masih muda, saya rajin minum jamu, saat ini pun saya masih rajin. Saya biasanya minum beras kencur yang saya buat sendiri di rumah,”ujarnya.
Melihat kepada wajah Ibu Mooryati yang masih licin dan jelas menunjukkan jamu adalah rahsia awet muda yang sangat mujarab.
Difahamkan, beras kencur ini mempunyai banyak manfaat buat kesihatan tubuh badan mereka yang mengamalkannya.
Bahan untuk membuat beras kencur ini sangat ringkas iaitu beras, kencur (atau sinonim dengan cekur), gula merah, air dan daun limau purut yang melalui beberapa proses.
Beras hendaklah dicuci lalu direndam dalam air sekurang-kurang enam jam. Selepas itu, kupas kulit cekur dan potong gula merah menjadi ukuran lebih kecil.
Kemudian, kesemua bahan tersebut dimasukkan dalam mesin pengisar, blend sehingga halus. Setelah itu, tapis air tersebut sebelum dipindahkan ke dalam gelas lain untuk menikmati air tersebut.
Sebenarnya, ada pelbagai jenis resepi dan kegunaan beras kencur ini mengikut citarasa seseorang sama ada mahu secara asli mengikut Jawa atau sebaliknya.
Artikel Lain: Kulit Dah Memang Cantik Di Usia 53 Tahun. Jurusolek Dedah Maria Farida Tak Suka Pakai Foundation!
Tapi, apa yang boleh dikatakan, pengamalan beras kencur sedikit sebanyak dapat membantu memberikan kesihatan tubuh yang sihat mengikut petua orang dulu-dulu.
Untuk pengetahuan, Ibu Mooryati juga bukan sahaja cantik dan berketurunan darah pahlawan, bahkan beliau juga seorang yang bijak. Beliau merupakan alumni Universitas Saraswati, Univesitas Terbuka dan Universitas Sebelas Maret Surakarta.
Bahkan gelaran Doktor diperoleh dari Universitas Indonesia dalam jurusan ekonomi. Tak cukup dengan itu, nama beliau tercatat dalam The Indonesia World Records Musuem (MURI).
Artikel Lain: Tolak Pembedahan Plastik, Minum 2 Gelas Air Lepas Bangun Tidur. Rutin Cantik Syafinaz Di Usia 49 Tahun!