Rawatan sengkak wajah? Sekali dengar terasa ngeri sebab membayangkan suatu yang amat menyakitkan.
Dan biasa kita hanya dengar sengkak rahim untuk menaikkan peranakan bagi wanita selepas bersalin.
Namun tahukah anda, sengkak wajah juga sama pentingnya dengan sengkak rahim. Kedua-duanya memberi manfaat yang sama namun pendekatannya berbeza.
Rawatan sengkak wajah mempunyai pelbagai manfaat untuk wanita yang mementingkan penjagaan dan penampilan wajah seseorang wanita itu.
Artikel Lain:Air Garam Terbaik Untuk ‘Penjagaan Peribadi’ Wanita. Dr Hamid Arshat Kongsi Cara & Manfaatnya!
Menurut Pakar Kecantikan & Spa Tradisional Safah Herbs, Puan Foziah Mohd Foad atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Gee berkongsi teknik urutan sengkak wajah yang dikatakan mampu menjadikan wajah berbentuk tirus dan runcing, menaikkan pipi sekaligus tampil awet muda.
“Sebenarnya ramai yang bertanya boleh ke muka kita ini disengkak atau ada ke rawatan untuk itu. Sebenarnya muka kita ini sama juga seperti anggota badan.
“Yang mana kita akan rasa penat, lesu, letih. jadi facial sengkak adalah satu satu teknik rawatan paling bagus untuk kembalikan seri wajah untuk kekal awet muda,” katanya yang turut menunjukan teknik rawatan ini yang mengambil masa hampir sejam bermula dengan pembersihan dan penyentalan wajah.
Ini adalah untuk membuang kotoran, sisa mekap serta mendapat minyak pori, bahan yang digunakan adalah cleansing milk serta scrub kacang bijan.
Proses seterusnya dilakukan adalah pengewapan untuk melembutkan urat saraf limfatik dan melembutkan kulit wajah.
Kemudian dilakukan pula proses laser frequency yang bertujuan untuk matikan kuman dan bakteria pada muka.
Artikel Lain: Banyak Penyakit Datang Menyerang, Wanita Akhirnya Setuju Buat Prosedur Bariatrik Untuk Jadi Sihat
Puan Foziah juga turut menunjukkan proses berikutnya iaitu proses pembuangan bintik hitam/putih bagi memastikan wajah licin dan memastikan pori tidak tersumbat.
Dan langkah berikutnya adalah jurus sengkak wajah yang bertujuan untuk mengaktifkan saraf di titik limpatik pada wajah agar berseri dan segar.
Turut dilakukan proses jurus pipi membutlat bagi melancarkan aliran darah sekitar wajah terutama pipi. kemudian dilakukan pula jurus pipi bersilang untuk membentuk dan menaikkan tulang pipi.
Selain itu turut dilakukan jurus rahang bersilang bagi memastikan dapat membentuk muka tirus dan runcing.
Manakala jurus pipi berkait pula adalah untuk membentuk tulang pipi yang tinggi dan montok. Sementara jurus sinaran mata pula dilakukan bertujuan untuk mengurangkan lingkaran gelap, bengkak dan sembap mata.
Akhir sekali dilakukan jurus sengkak bertaut untuk mengaktifkan saraf limpatik, sel kulit dan kolagen pada wajah.
Dan proses ini ditutup dengan proses berpupur wajah bagi membantu mengembalikan vitamin kulit, menganjal dan mencerahkan kulit wajah. Tidak dilupakan jurus tepuk getar untuk membangkitkan saraf, menyegar dan menegang otot wajah.
Boleh Tonton Video Penuh Di Sini
Artikel Lain: Wanita Ajar Teknik Rawatan Double Cleansing Ikut Jenis Rambut. Elak Kotoran Minyak & Habuk!