Kecantikan

Rajin Pakai Mask, Itu Rutin Mimi Lana Kulit Cantik Tanpa Cela

Share

Rupanya ini rutin Mimi Lana berkulit cantik tanpa cela, patutlah jelita! Kalau ikutkan kecantikan asli yang dimiliki oleh pelakon dan bekas peserta Dewi Remaja 2014/2015, Mimi Lana tidak dapat disangkalkan lagi.

Walau tanpa secalit solekan pun, selebriti ini tetap kelihatan manis dan berseri-seri.

Mimi atau nama penuhnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin berkongsi tip jaga kecantikannya menerusi portal Eh!

, bila dengar perkongsiannya, rasa memang patut lah wanita ini berkulit cantik tanpa cela.

Rutin Mimi Lana Kulit Cantik

“Bila anda yakin dengan diri sendiri, auto anda akan nampak cantik. Rutin palimg penting sekali adalah pakai mask. Sebelum tidur Mimi akan pastikan pakai mask setiap malam.

Sebab kulit Mimi jenis kombinasi, jadi tengok pada keadaan kulit. Ada hari kalau kulit terlalu bermimnyak, Mimi akan pakai skincare untuk kontrol minyak. Dan ada hari kulit kering, Mimi akan pakai skincare untuk hydration.

Sebelum keluar, banun pagi Mimi akan minum air, cuci muka, pakai skincare dan paling penting sapu sunscreen. Ini sangat penting.

Owh ya, untuk rambut pula Mimi akan syampu, perapi dua hari sekali dan sapu mask 2 minggu sekali.

Jadi kalau anda orang yang suka tengok penampilan wanita cantik macam Mimi Lana, kuncinya kena rajin jaga dan belai fizikal. Setakat suka tapi malas nak jaga, memang sampai bila-bila kulit biasa-biasa sahaja lah, ya.

Okay, jom berubah jadi cantik!

IKLAN