Rahsia Perut Kempis, Guna Bahan Kat Rumah Je. Jadikan Rutin Setiap Hari!

Share

Lepas bersalin perut tak kempis-kempis, dah macam cara buat sampaikan ada yang tegur hamil lagi ke?

Jom cuba petua yang dikongsikan oleh pengguna FB Nana Farhanna untuk bantu dapatkan kembali perut yang flat. Bukan sahaja yang baru bersalin, korang yang ada masalah perut buncit juga boleh cuba.

Guna bahan yang ada kat dapur je seperti halba, lada hitam, bawang putih dan halia. Siap dengan step by step, korang pun boleh cuba ni!

Tips untuk kempiskan perut bagi ibu yang bersalin caesar mahupun normal. Untuk yang perut buncit pun boleh.

Bahan-bahan:

3 sudu besar halba

1 sudu kecil lada hitam

3 ulas bawang putih

3 cm halia

Cara-cara:

  1. Tumbuk semua bahan yang telah dibasuh tadi dan ditoskan. Nak pakai blender kering pun boleh

  1. Kemudian gentel bulat-bulat ikut tekak masing-masing.

  1. Keringkan dalam 30 minit. Simpan dalam bekas kedap udara.

Makan 2 hingga 4 biji sehari pagi dan petang!

Credit: FB Nana Farhanna

 

 

 

IKLAN