Rahsia Perut Kempis Guna 3 Bahan Dapur. Selain Buang Lemak, Boleh Kurangkan Selera Makan!

Share

Kaum wanita pastinya tidak dapat lari daripada masalah perut buncit. Meskipun pelbagai cara telah dilakukan, namun hasilnya amat mendukacitakan.

Sebenarnya masalah ini boleh diatasi tanpa menggunakan produk mahal, sebaliknya hanya mendapatkan tiga bahan dapur yang mudah didapati.

Perkonsian dari Suhaniza Isenen

memberitahu cara mengempiskan perut dengan tiga gabungan bahan yang sangat berkesan membuang lemak terkumpul di badan terutamanya bahagian perut.

Bukan itu sahaja, ia juga dapat membuang angin dan mampu mengurangkan nafsu makan. Jadi apa kata menjelang Syawal kita lakukan dengan mengamalkannya selepas berbuka puasa.

PETUA RAHSIA KEMPISKAN PERUT BUNCIT DENGAN BAHAN MUDAH DAPUR

Bahan-bahan:
Teh hijau
1/2 inci halia
2 batang serai
1 sudu halba
Air panas

Cara-caranya
1. Rendam teh hijau, halba, halia dan serai dengan air panas. Biarkan dalam 10 minit.
Kalau tiada teh hijau kat dapur, teh biasa pun boleh. Cumanya, teh hijau lebih berkesan daripada teh biasa.

2. Seeloknye minum tiap kali sebelum makan. Dan nak lagi sedap boleh tambahkan sesudu madu.

Selamat mencuba!

Artikel Berkaitan:

Sejak Remaja Dah Hidap Bipolar Disorder, Janna Nick Ambil Ubat Atasi Masalah Kemurungan

5 Tahun Alami Bipolar Disorder, Wanita Ini Kongsi Simptom Cakap Seorang Diri, Menggigil & Kerap Penat

Diserang Rheumatoid Arthritis Sejak Kecil, Wanita Akui Sukar Buat Kerja Rumah. Mohon Diberi Kesembuhan!

IKLAN