Biarpun sudah mencecah usia 40 tahun, Bunga Citra Lestari kekal fit berbanding usia sebenar. Bukan sahaja memiliki tubuh yang slim, malah kulitnya masih tampak tegang dan glowing seolah-olah sama seperti awal pembabitannya dalam industri.
Haaa… nak tahu apa yang Bunga Citra Lestari amalkan pada usia 40 tahun, jom teliti satu persatu.
Kerap Bersenam
Menyingkap beberapa hantaran di Instagramnya, Bunga Citra Lestari sering melakukan senaman Pilates. Dia kerap melakukan senaman ini di pusat kecergasannya sendiri.
Ads
Selain pilates Bunga Citra Lestari juga gemar berenang, berlari dan yoga. Apabila bersukan, dia biasanya ditemani anak lelaki tunggalnya, Noah Sinclair.
Menurut Bunga Citra Lestari, dia mahu membiasakan Noah mengamalkan gaya hidup sihat. Dia mengakui minat bersukan diilhamkan oleh arwah suaminya, Ashraf Sinclair.
Ads
Rawatan Kulit
Bagi seorang artis, melakukan penjagaan kulit di klinik kecantikan adalah perkara ‘wajib’. Apatah lagi Bunga Citra Lestari, amat menitikberatkan kepentingan penjagaan kulit.
Dalam hantarannya di media sosial, Bunga Citra Lestari pernah melakukan rawatan kulit di Amerika Syarikat dan menggunakana khidmat doktor profesional.
Ads
Selain klinik kecantikan, Bunga Citra Lestari turut melakukan rawatan kulit di rumah.
Jaga Pemakanan
Bunga Citra Lestari sentiasa menjaga pemakanan agar badan kekal sihat. Antaranya, tidak mengambil terlalu banyak makanan berlemak atau tinggi gula.
Sekarang Bunga Citra Lestari turut mendidik Noah mengamalkan pemakanan sihat sepertinya, itu sudah cukup bagus untuk hasil kulit dan tubuh yang sihat pada masa akan datang. Jadi, jom kita follow mana yang baik.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Batuk 3 Hari Tanpa Henti, Mujur Paru-Paru Tak Kena Tebuk. Aiman Tino Baru Sedar Bahaya Hisap Vape! Baru-baru ini penyanyi Aiman Tino terpaksa dimasukkan ke hospital setelah mengalami gejala batuk tidak henti.
Malah disebabkan itu juga, telah menjadi punca kepada jangkitan kuman pada paru-paru. Sebelum itu memberitahu dia mula berdepan masalah sakit tekak sejak tiga minggu lalu.
Ini adalah kerana tabiat suka menghisap rokok elektronik atau vape. Kejadian yang menimpa ini seperti memberi peringatan buat penyanyi lagi Ku Rela Dibenci ini.
Dia nekad untuk tidak lagi meneruskan tabiat menghisap vape dan turut memberi nasihat kepada orang ramai supaya menghentikan perbuatan itu kerana boleh memudharatkan kesihatan.
“Sebelum ini hanya dengar kisah orang sahaja tentang akibat penggunaan vape, sekarang ini terjadi kepada diri sendiri. Mujurlah paru-paru saya tidak ditebuk kerana kata doktor masih belum kronik.
“Ketika menerima rawatan doktor juga beritahu ramai yang mengalami masalah sama, ini merupakan satu pengajaran buat saya.
“Jadi kepada semua orang, ambillah iktibar dari apa yang telah berlaku ini. Mungkin saya tidak boleh nak halang semua orang hisap vape, tetapi haruslah beringat soal kesihatan diri sendiri,” katanya kepada Mstar.
Selalunya kaum wanita yang sangat mengambil berat soal penjagaan badan. Maklumlah siapa saja yang tidak mahu tampil cantik di mata suami.
Tetapi bagi wanita ini Darina Sekeri, dia bukan saja mengambil berat penampilan dirinya, tetapi juga suami tercinta.
Perkongsian yang mana dia telah menyediakan pelbagai menu sihat sebagai bekal untuk suami turunkan berat badan sejak tahun 2019 hinggalah 2020.
Lebih menggembirakan dia berkata dengan menu yang disediakan, suaminya kini berjaya turunkan berat sebanyak 20 kgdan kini boleh memakai baju dari saiz baju XL ke S.
Setelah berjaya membantu suami saya lost 20 kg, dari size XL ke size S, dari seluar size 36 ke size 28, dari 85 kg ke 65kg dan maintain dari tahun 2019-2020.
Ini antara menu bekal suami isteri, saya suka bekal ulam sebab lebih senang nak prepare
Ayam/ikan goreng guna airfryer (tanpa minyak)
Nasi itu nnampak putih saja, saya ada simpan budu sebotol kat ofis. Nak mkn letak budu. Letak sikitt tak ada masalah. Asalkan ada rasa
Ini selera org kampung. Kang kata eat clean orang kata salah pulak sebab makan budu
Air dan minuman manis kena stop. Sekali sekala makan karipap itu ok, sekali sekala minum starbucks pun boleh.
Tapi tiap hari kena minum air kosong, kopi o kosong, limau kosong (semua tanpa gula)
Kena juga bersenam untuk badan fit baru la badan tak menggelebeh bila dah kurus.
Sedar atau tidak ada antara kita yang mengalami tulang belakang bengkok. Apa sebenarnya maksud penyakit ini dan apakah bahaya yang akan dialami oleh seseorang.
Adakah jika kita mengalami penyakit yang juga dipanggil skoliosis ini akan menyebabkan pergerakan atau aktiviti terbatas.
Dengarkan penjelasan Dr Zubaidi Hj Ahmad berkenaan skoliosis ini yang boleh terjadi dari peringkat kanak-kanak hingga dewasa.
Tulang belakang membantu menyokong badan berkedudukan tegak. Setiap orang mempunyai bengkokkan semula jadi di mana sedikit daripada bengkokkan itu diperlukan untuk mengimbangi kedudukan badan, bergerak dan berjalan dengan sempurna.
Ia adalah satu keadaan di mana tulang belakang membengkok secara berlebihan pada arah yang tidak betul.
Istilah skoliosis diambil daripada perkataan Greek yang bermaksud ‘bengkok’.
Melalui X-ray tulang belakang akan kelihatan seperti huruf S atau C yang sepatutnya kelihatan lurus.
1. Kanak-kanak
‘Infantile scoliosis’ – Berlaku pada kanak-kanak berumur di bawah 3 tahun. Mungkin disebabkan oleh:
• Kecacatan sejak lahir
• Penyakit saraf dan otot (distropi otot atau cerebral palsy)
• Kecederaan
• Jangkitan
• Ketumbuhan
‘Juvenile scoliosis’ – Berlaku pada kanak-kanak berumur 3 – 10 tahun. Ia jarang berlaku.
2. Remaja
‘Adolescent idopathic scoliosis’ – skoliosis yang tidak di ketahui puncanya. Ia terjadi selepas seseorang itu berumur lebih daripada 10 tahun dan kerap di temui.
3. Dewasa
Skoliosis dewasa berpunca daripada penyakit yang dihadapi semasa kanak-kanak tetapi gagal di kesan atau di rawat pada peringkat awal.
Selalunya ia bermula dengan keabnormalan yang sederhana dan akan menjadi lebih teruk kerana tidak dirawat. Boleh juga berlaku akibat dari proses penuaan.
Jika ada ahli keluarga mendapat skoliosis kemungkinan ahli keluarga yang lain menghidapi skoliosis agak tinggi iaitu hampir 20%.
Jika ada ahli keluarga yang mengalami masalah pembengkokan tulang belakang yang tidak normal, sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
Kebanyakannya tidak di ketahui. Kebanyakan kes-kes berlaku sejak lahir akibat kecacatan tulang belakang kongenital. Ia tidak berpunca dari duduk membongkok, duduk dalam keadaan janggal tau tidur di atas tilam lama/nipis.
Skoliosis selalunya lebih menonjol atau menjadi lebih teruk semasa fasa pertumbuhan mendadak di alam remaja.
Selalunya tidak sakit pada usia remaja dan belia. Kesakitan selalunya berlaku ketika alam dewasa jika tidak di rawat. Aduan utama pesakit adalah kecacatan bentuk badan. Tanda-tanda lain termasuk:
1. Penstrukturan otot belakang yang tidak sama rata
2. Penonjolan tulang bahu
3. Aras pinggul dan bahu yang tidak sama antara kanan dan kiri
4. Kedudukan atau saiz payudara yang tidak sama
5. Panjang jarak tangan di sisi badan kiri dan kanan tidak sama
6. Baju yang dipakai kelihatan senget
Jika dibiarkan tanpa rawatan, Skoliosis dewasa yang teruk akan menyebabkan sakit belakang yang berpanjangan, kecacatan bentuk badan dan kesukaran bernafas.
Bagi kes skoliosis ringan, pemerhatian berkala akan dibuat oleh doktor sehingga tahap kematangan tulang hampir sempurna. Doktor akan memeriksa perkembangannya untuk memastikan pembengkokan tulang belakang tidak menjadi teruk. Pesakit juga akan diminta untuk rawatan ulangan setiap 3 ke 6 bulan.
Selain itu, ada juga peralatan khas untuk menyokong tulang belakang (“Bracing”). Matlamat utama adalah untuk menghalang tulang belakang menjadi lebih bengkok. Doktor akan mencadangkan untuk memakai peralatan khas (braces) yang sesuai.
Rawatan pembedahan akan dicadangkan kepada pesakit yang mengalami skoliosis yang teruk. Pembedahan memerlukan penanaman tulang yang diambil daripada tulang pinggul dan rusuk. Skru, wayar dan besi khas akan digunakan untuk meluruskan kembali tulang belakang tersebut. Selepas pembedahan pesakit boleh berjalan tanpa memakai “braces” badan hari ke-2 atau ke-3. Pesakit akan dibenarkan pulang dalam masa seminggu, seterusnya boleh melakukan aktiviti-aktiviti harian seperti biasa. Untuk bersukan hanya dibenarkan selepas 6 ke 9 bulan selepas pembedahan.
Skoliosis yang tidak di ketahui puncanya (“idiopathic scoliosis”) selalunya gagal dikesan pada kanak-kanak kerana ia tidak sakit pada peringkat awal.
Ibu bapa seharusnya berwaspada dan lebih mengambil berat ketika usia anak menjangkau 8 tahun ke atas. Tanda – tanda yang dapat dilihat pada anak anda:
1. Bahu kelihatan tidak sama tinggi
2. Salah satu bahagian bahu kelihatan lebih menonjol
3. Pinggang kelihatan senget sebelah
4. Pinggul kelihatan tinggi sebelah
5. Struktur badan membengkok ke arah sebelah sahaja
Jika terdapat salah satu tanda di atas, sila berjumpa doktor dengan segera.
Nak peha lebih kemas dan punggung yang mantap? Ketahui kenapa senaman squats adalah rutin wajib untuk setiap wanita yang mahukan bentuk badan impian secara semula jadi dan efektif.