Rahsia awet muda masuk Usia 50. Kakak Kris Dayanti rajin pilates & pakai masker cegah kedut wajah! Seperti adiknya Kris Dayanti, kakak penyanyi popular Indonesia ini, Yuni Shara juga sangat menjaga kecantikan wajah.
Apatah lagi bergelar selebriti, Yuni Shara turut mempunyai rahsia tersendiri untuk kekal jelita dan awet muda walau usia sudah mencecah 50 tahun.
Baik Yuni Shara atau Krisdayanti masing-masing memiliki raut wajah yang cantik dan seakan-akan sama. Keduanya bukan sahaja sekadar cantik, tetapi masing-masing sangat menjaga penampilan diri dan tidak mahu kalah dalam berfesyen.
Artikel Lain: “Cantik Berganda Lepas Berhijab” – Netizen Puji Anak Kris Dayanti, Aurel Hermansyah Tampil Lebih Anggun!
Apa yang menariknya tentang pelantun lagu ’50 Tahun Lagi’ ini, ialah biarpun usianya bakal menginjak 50 tahun tetapi Yuni Shara sering tampil elegan dan gemar berkongsi OOTD di Instagram. Bukan saja penampilan, Yuni Shara juga amat menitikberatkan soal kecantikan.
Bagi ibu anak dua ini, semua wanita dilahirkan cantik dan memiliki kecantikan tersendiri. Lebih senang memilih cara alami dengan menjadikan daun lidah buaya sebagai masker.
Seperti kita tahu bahawa lendir daun lidah buaya mempunyai khasiat yang sangat baik untuk kulit wajah. Salah satu kebaikannya adalah boleh membantu melambatkan proses penuaan.
Menurutnya, masker daun lidah buaya dapat mencegah kedutan termasuk jerawat jika diamalkan secara konsisten. Selain digunakan sebagai masker, Yuni Shara turut memakan isinya pada setiap pagi yang dicampur bersama madu.
Artikel Lain: Dedah Rahsia Awet Muda Lewat 30an, Anne Ngasri Rajin Makan Buahan Untuk Sumber Vitamin C
Dan bagi mengekalkan tubuh badan yang fit dan bertenaga, Yuni Shara juga tak pernah meninggalkan rutin senamannya setiap hari antaranya yoga dan pilates.
Namun sejak pernah mengalami kecederaan, Yuni Shara kini hanya melakukan senaman ringan seperti push up, sit up dan plank.
Wanita jelita ini juga turut berpesan kepada wanita-wanita di luar sana agar mengubah mindset tentang senaman. Tambahnya, senaman bukan semata-mata untuk kurus atau awet muda tetapi untuk jadi lebih sihat.
Yuni Shara atau nama sebenarnya Wahyu Setyaning Budi turut menambah kerjaya turut mempengaruhi agar sentiasa menjaga penampilan diri.
Salah satu gayanya yang sering menjadi perhatian ialah gaya kasualnya yang ringkas tapi stylish. Contohnya, padanan seluar ripped jeans yang menyerlahkan ‘sisi muda’ Yuni Shara.
Bagi Yuni Shara, untuk nampak awet muda bukan hanya bergantung kepada amalan petua saja. Berfikiran positif dan saling memberi motivasi juga salah satu rahsianya. Hal yang kecil tetapi besar manfaat dan ganjarannya bukan saja buat followers bahkan dirinya sendiri.
Sumber: Nona & Instagran Yuni Shara
Artikel Lain: Habis Ribuan Ringgit Tapi Hasilnya Teruk. Rupanya Zara Zya Serasi Guna Skrub Beras Pulut Nak Cantik