Melakukan rutin penjagaan wajah yang betul memang sangat dititik beratkan bagi seorang wanita.
Dimulakan dengan membersihkan wajah, mengenakan toner, meletakkan moisturizer atau pelembap dan akhir sekali penggunaan sunscreen.
Lambakan produk seperti moisturizer menjadikan anda buntuk memilih mana yang terbaik. Tidak kira apa jenis kulit wajah pemakaiannya, pelembap ini penting bagi melindungi kulit anda dan juga mengatasi masalah yang dihadapi.
Malah penggunaan pelembap yang betul juga dapat membantu mengawal penghasilan minyak dan sebum berlebihan pada kulit wajah.
Di sini senarai beberapa jenis pelembap untuk mengatasi kulit berminyak.
1. Aiken Tea Tree
Pelembap ini memberi bauan dari minyak pokok teh dan mudah meresap ke dalam kulit anda. Ia membantu mengawal minyak dan memastikan kulit muka anda dalam pH yang sepatutnya dan yang lebih menarik ia tidak mengeringkan kulit.
Selepas beberapa kali penggunaan, anda akan merasakan kulit terasa lebih ringan, bebas jerawat dan kekal segar walaupun setelah seharian berada di luar.
Krim pelembap yang mengandungi perlindungan UV tambahan iaitu SPF20, berkesan dalam melindungi kulit daripada cahaya yang merbahaya. Ia turut membantu memberi kesempurnaan kepada kulit wajah yang mempunyai masalah seperti garis penuaan, kulit berminyak, kusam dan tidak sekata.
Produk dari Korea ini mengandungi 99% ekstrak Aloe Vera dari Kepulauan Jeju di dalam gelnya untuk melindungi kulit daripada radikal bebas dan sinaran UV. Ianya dapat memberi kelegaan dan selesa sepanjang hari buat kulit anda. Pelembap ini juga dapat mengekalkan lembapan dan hidrasi tanpa membuatkan kulit anda bertambah kering.
Diperkaya dengan 7 bahan semulajadi seperti ekstrak Barley Grass dan Deep Sea Water, kulit anda akan kelihatan bersinar dan bermaya. Walaupun bertekstur gel, pelembap ini jenis tidak melekit.
Himalaya Herbals Oil-Free Radiance Gel Krim adalah krim gel ringan dan tidak berminyak, ia sesuai untuk digunakan setiap hari agar kulit kekal licin. Diperkaya dengan ramuan istimewa yang memberi tiga manfaat penting iaitu menyerap dengan pantas ke dalam lapisan kulit, menghidrat serta membuatkan kulit bertambah licin dan sempurna.
Pelembap dengan tekstur gel memberikan penghidratan yang tahan lama untuk wajah anada. Mengandungi arbutin yang membantu meringankan nada kulit dan bintik-bintik gelap bagi memberikan kulit yang lebih licin. Tambahan dengan Vitamin C untuk memulihkan kembali penampilan kulit kusam yang disebabkan oleh sinaran UV.
Kalau nak jadi cantik, cara nak lap muka pun kena ada teknik. Ya, ini semata-mata kita nak elakkan muka dari berkedut pada usia yang muda.
Jadi jom kita ambil peduli dan ikuti tip daripada saudari Tira Joe ini, cara mudah untuk lap muka dan paling penting teknik dermatologist-approved tau!
Cara Lap Muka
Sebenarnya nak lap muka, ada pelbagai cara. Sama ada kita nak cuci makeup, pakai toner dan sebagainya. Teknik yang Tira tunjukkan ini mesra alam, jadi anda boleh pakai kat mana-mana.
Dahi
Untuk bahagian dahi, kita bahagi dahi kepada dua bahagian. Mulakan dari tengah ke kanan kemudian dari tengah ke kiri.
Jangan tekan terlalu kuat supaya kulit kita tak mudah rosak.
Tulang Hidung
Untuk kawasan tulang hidung, dari kawasan bawah kening, tarik dengan perlahan dengan arah lurus ke bawah hidung.
Pipi
Untuk bahagian pipi, anda kena lap dari tepi tulang hidung dan bawa ke atas tulang pipi. Pastikan tidak gosok terlalu kuat atau patah balik bermula dari tulang pipi ke tepi tulang hidung.
Dagu
Bahagian akhir sekali ialah dagu. Untuk dagu, lap dari bawah bibir ke bawah. Tidak perlu gosok kiri ke kanan tepi dagu.
Itu sahaja, anda dapat sesuatu daripada teknik ini? Pastikan cuba lap dengan sehala. Jangan patah balik lawan arah pula sebab nanti kulit muka mudah berkedut.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sering berkongsi wajah polos tanpa mekap di laman media sosialnya, Sharifah Rose dipuji natural beauty dan memiliki aura tersendiri dalam penampilannya.
Gadis cantik berusia 24 tahun berketurunan Melayu, Pakistan dan Jawa ini memulakan karier awalnya sebagai model dan selebriti media sosial sekitar tahun 2016.
Kenali Sharifah Rose
Tiga tahun kemudian, Sharifah Rose muncul dalam muzik video pertamanya berjudul “Vromm Vromm” nyanyian Nabila Razali.
Sharifah Rose atau nama sebenarnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira kini terus mengorak jejaknya dalam dunia lakonan.
Antara drama yang telah menaikkan namanya sebagai pelakon muda berbakat ialah Kekasih Hati Mr Bodyguard.
Ternyata usahanya selama ini membuahkan hasil.
Memetik kenyataan Sharifah Rose di akaun Instagramnya ketika memenangi anugerah Pelakon Wanita Telenovela Popular 2021 di Anugerah Telenovela:
“Setiap orang ada titik permulaanya di mana sokongan peminat mampu memberi semangat untuk berusaha melakukan yang sebaik mungkin.
“Rose berharap agar bakat-bakat baru dalam industri ini diterima baik dan diberi peluang untuk berjaya bersama bintang-bintang handalan.
“KEJAYAAAN INI ADALAH KEJAYAAN KITA BERSAMA DAN ROSE PASTI DENGAN KEMENANGAN INI KITA DAPAT MEMBERIKAN INSPIRASI KEPADA SATU SAMA LAIN.”
Natural Beauty Itu Miliknya
Sharifah Rose ada berkongsi satu video tutorial makeup di Instagram. Video tersebut telah mendapat lebih 7 ribu tanda suka.
Sambil tersemyum manis, Sharifah Rose memulakan tutorial dengan wajah yang polos. Memang natural beauty!
Ramai yang terpegun dengan kecantikan asli Sharifah Rose. Bertuahnya Sharifah Rose memiliki kulit wajah yang segar, sihat dan bersih tanpa sebarang masalah kulit.
Di ruangan komen, rata-rata para pengikut dan peminatnya memuji kecantikan yang dimiliki Sharifah Rose.
Tak ketinggalan, rakan-rakan artis turut meninggalkan komen-komen pujian buat Sharifah Rose antaranya Mawar Rashid dan Nabila Razali.
Kredit Foto: Instagram Sharifaah Rose
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masih ramai yang memandang remeh tentang sakit belakang, anggap cuma perlukan rehat namun sebenarnya ini berkait rapat dengan slipped disc.
Slip disc selalunya berlaku secara tiba-tiba. Ada yang mengatakan bunyi ‘pop’ di tulang belakang. Bagi yang tertanya-tanya tentang punca dan cara rawatannya, anda boleh mengetahui lebih jelas menerusi perkongsian ilmu daripada Dr Syid ini.
Aduh sakitnya belakang! Terus ada yang jadi doktor segera kata ‘ha itu mesti masalah slipped disc’. Sebenarnya banyak punca sakit belakang yang sebenarnya bukan berpunca daripada slipped disc.
Jadi untuk ketahui adakah benar itu slipped disc ataupun tidak perlu dapatkan nasihat doktor yang bertauliah. Bukannya doktor segera kedai kopi.
70% daripada kita semua pernah sakit belakang. 50% pernah sakit sedikit sahaja mungkin disebabkan oleh salah duduk dan boleh sembuh dalam masa seminggu. Manakala 90% sakit belakang mengambil masa untuk sembuh sekitar 1-3 bulan manakala 10% perlukan rawatan invasif iaitu pembedahan (ini kategori serius).
Apa itu disc?
Secara generalnya tulang belakang setiap manusia itu mempunyai 33 vertebra (tulang).
Di antara tulang itu pula mesti ada satu benda yang memainkan peranan seperti kusyen yang akan menyerap setiap hentakan pada tulang supaya setiap tulang itu tidak bertemu apabila berlaku hentakan.
Rupa bentuknya adalah bulat dan mempunyai dua bahagian utama iaitu bahagian “inti” yang dinamakan sebagai Nucleus Pulposus manakala bahagian luarnya adalah gentian-gentian elastik yang terdiri daripada kolagen yang dinamakan sebagai Annulus Fibrosus.
Apa yang berlaku hingga menyebabkan terjadinya masalah Slipped Disc?
Tulang belakang fungsinya untuk menstabilkan tubuh kita. Peranannya juga adalah untuk memegang unsur utama iaitu saraf tunjang.
Apa yang berlaku membawa kepada slipped disc yang mana disebabkan oleh hentakan ataupun salah pergerakan adalah keran disc berbentuk bulat. Apabila terkena hentakan, ia akan menyebabkan terhasilnya benjolan yang akan menghimpit saraf akar yang letaknya berhampiran saraf tunjang.
Apabila saraf akar tertekan akan menyebabkan terjadinya lenguh-lenguh, tak selesa dan sakitnya akan menjalar hingga ke kaki. Simptom lain yang sering terjadi ialah terasa seperti adanya letrik, panas dan kebas.
Slipped disc ini mempunyai banyak peringkat dan kesakitannya bergantung kepada tahap seriusnya benjolan yang menghimpit saraf akar tadi.
Peringkat Slip Disc
Peringkat pertama – Hanya terdapat benjolan tetapi fiber atau Annulus Fibrosus masih tidak pecah. Pada tahap ini ia masih boleh cepat sembuh dan tiada masalah. Keadaan ini dipanggil sebagai Disc Protrusion.
Peringkat kedua – Apabila disc sudah mengalami luka ataupun ianya sudah pecah akibat benjolan dari Nucleus Pulposus. Keadaan ini dipanggil sebagai Disc Extrusion.
Peringkat ketiga – Sudah pecah dan bahagian “inti” atau Nucleus Pulposus tadi sudah keluar dan masuk ke dalam rongga lain. Ia merupakan peringkat slipped disc yang serius dan saraf terhimpit dengan teruk. Kebiasaannya pada tahap ini, individu akan memerlukan pembedahan. Keadaan ini dipanggil Disc Sequestration.
Punca membawa kepada Slipped Disc
1) Angkat barang berat
– Angkat berat mesti dengan postur yang betul. Iaitu duduk, peluk, berdiri dan baru pusingkan badan.
– Slipped Disc mudah berlaku kepada lelaki yang berusia 35-50 tahun. Apabila usia melebihi 50 tahun, slipped disc jarang berlaku tetapi masalah spinal stenosis pula yang menyerang.
2) Obes
– Individu obes mudah mengalami masalah slipped disc. Ini kerana, berat badan berlebihan akan memberi beban yang tidak sepatutnya.
– Walaupun slipped disc dirawat, individu ini juga berisiko 12 kali ganda untuk mendapat slipped disc ini semula. Jadi, penting untuk turunkan berat badan.
3) Pekerjaan
– Kerja-kerja berat seperti buruh kasar atau pekerjaan yang sentiasa mengangkat benda berat boleh menjadi punca kepada masalah slipped disc.
– Pekerjaan yang terlalu duduk lama seperti driver juga mudah terkena slipped disc. Individu ini memerlukan lumbar support. Bila duduk lama tulang akan terbeban.
4) Sejarah keluarga
– Jika dalam keluarga mempunyai sejarah slip disc, ahli keluarga lain juga berisiko mengalami slipped disc.
5) Tumit tinggi
– Wanita harus berhati-hati. Pada bahagian kaki mempunyai 28 tulang dan 44 sendi.
– Pemakaian kasut tumit tinggi yang lama akan menganggu paksi tulang menyebabkan tulang melengkung. Malah, ia meningkatkan risiko sakit belakang.
– Penggunaan kasut tumit tinggi seperti stiletto adalah tidak digalakkan. Jika ingin memakai kasut tumit tinggi, haruslah memilih kasut yang mempunyai tapak belakang yang lebih besar agar dapat mengimbangi berat badan seseorang.
Bagaimana untuk mengenal pasti adakah anda mempunyai masalah slipped disc?
1. Satu ujian mudah boleh dilakukan, iaitu dengan luruskan kaki dan angkat kaki anda hingga 90 darjah.
2. Jika anda tidak mempunyai sebarang kesakitan, anda bebas slipped disc.
3. Jika angkat kaki dan terasa sakit pada bahagian belakang, anda perlu ke klinik dan membuat pemeriksaan lanjut.
4. Sakit belakang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor lain, contohnya seperti jangkitan kuman yang membawa kepada penyakit tuberculosis (TB), kanser, osteoporosis atau faktor penuaan. Sakit belakang juga boleh disebabkan oleh penyakit batu karang.
5. Oleh itu, pemeriksaan lanjut di klinik atau hospital perlu dilakukan. Jika benar ia adalah disebabkan oleh slipped disc, rawatan susulan seperti X-ray dan MRI akan dilakukan.
Rawatan Slipped Disc
1) Gaya Hidup
– Individu yang mempunyai slipped disc perlu tahu bagaimana cara terbaik untuk baring, duduk atau berdiri dengan betul. Jika perlu berdiri lama, elakkan lenguh dengan mengangkat sebelah kaki dan gilir-gilirkan di antara kanan dan kiri.
– Cara duduk – Elakkan duduk di atas sofa secara sembarangan. Sofa atau kerusi hendaklah mempunyai lumbar support.
– Cara tidur – Perlu teliti pada pemilihan tilam yang betul. Tilam tidak boleh terlalu lembut (spring) dan tidak boleh terlalu keras. Sebaiknya perlu ada lumbar support.
– Berjalan kaki – Elakkan jalan secara mendaki. Jika banyak berjalan dan terasa sakit pada bahagian belakang, perlu berhenti dan berehat seketika. Ia bertujuan untuk merehatkan otot.
– Elakkan letak dompet pada bahagian belakang seluar. – Elakkan kasut tumit tinggi. – Angkat benda berat dengan cara yang betul.
2) Senaman
– Senaman paling disyorkan untuk individu yang ada masalah slipped disc adalah berenang iaitu ‘frog style’. Ini adalah sangat bagus untuk menguatkan tulang belakang. Yoga juga sesuai untuk slipped disc.
– Selebihnya, dinasihatkan untuk berjumpa pakar fisioterapi bertauliah untuk dapatkan nasihat mengenai senaman yang sesuai.
3) Ubat
– Jika terasa sakit jangan sekali-kali untuk tunjuk hero/kuat. Segera dapatkan rawatan dan ubat.
– Ubat yang biasa diberi adalah seperti NSAID iaitu sejenis ubat tahan sakit. Namun, pengambilan ubat tahan sakit tidak boleh diambil secara berterusan selama 6 bulan kerana ia boleh memberi kesan sampingan seperti ulser perut, gastrik dan masalah buah pinggang.
– Selain itu, koyok juga boleh digunakan bertujuan untuk dapatkan muscle relaxion.
4) Kuruskan badan
– Obesiti menyebabkan bebanan berlebihan pada tulang belakang. Oleh itu, individu ini dinasihatkan untuk menurunkan berat badan.
5) Urut
– Kiropraktik boleh dilakukan.
– Selain itu, acupuncture juga disyorkan untuk mengatasi masalah slipped disc.
6) Pembedahan
– Microdiscetomy – Kaedah dimana doktor hanya akan membedah keluar bahagian disc yang terkeluar dari tempat asalnya dan bukan keseluruhan disc tersebut.
– Laminectomy – Potongan bahagian tulang belakang untuk mengurangkan tekanan ke atas saraf atau memberi ruang kepada saraf tunjang.
– Foraminotomy – Pembedahan untuk mengurangkan tekanan ke atas saraf yang ditekan oleh intervertebral foramina.
– Spinal fusion- Pembedahan yang dilakukan untuk menghubungkan satu atau lebih vertebra di bahagian tulang belakang.
– Pembedahan biasanya disarankan bagi individu yang mula mengalami kesan neurologi yang serius (Neurological Deficit). Sebagai contoh, seperti kesan sakit yang amat sangat hingga menyebabkan kaki mula lumpuh atau kebas yang serius. Juga pada situasi apabila buang air kecil dan air besar sudah tidak terasa. Pada tahap ini, pembedahan amatlah diperlukan. Perlu rujuk pakar ortopedik.
7) Nutrisi
– Bahan yang memegang atau menguatkan disc itu sebenarnya adalah kolagen. Dan kolagen ini pula akan menurun sebanyak 1.5 peratus setahun bermula usia individu itu mencecah 25 tahun. Pengambilan kolagen adalah digalakkan untuk menampung dan mengelakkan kemerosotan disc.
– Selain itu, pengambilan nutrisi anti-oksidan semulajadi seperti AstaREAL adalah disyorkan. Ini kerana ia mempunyai unsur yang hebat untuk melindungi disc daripada radikal bebas yang meyebabkan kepada kemerosotan diri.
– Ini boleh diambil sebagai suplemen untuk mencegah dan merawat masalah slipped disc pada tahap awal untuk sembuh.
BONUS untuk anda. KOMPLIKASI PEMBEDAHAN.
– Setiap pembedahan yang dilakukan sememangnya mempunyai risiko dan komplikasi.
– Journal yang membuat meta-analysis menyatakan antara komplikasi pembedahan slipped disc adalah:
a) 1-2 peratus pembedahan mempunyai risiko pendarahan dan menyebabkan jangkitan kuman.
b) 1-3 peratus mungkin boleh menyebabkan saraf calar, rosak atau terpotong.
c) 4-10 peratus yang telah dibedah juga mempunyai risiko untuk tak pulih sepenuhnya.
d) Namun kadar berjaya dalam pembedahan adalah tinggi.
Jadi, ambil langkah pencegahan awal sebelum ianya parah.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!