Pilih Nama Arabella Mia. Dr Amalina Selamat Bersalin, Tak Lokek Tayang Wajah Anak Dari London! Selepas hampir 9 bulan dalam debar menunggu kelahiran anak pertama, Pakar Bedah kelahiran Malaysia Dr Nur Amalina Che Bakri akhirnya selamat melahirkan cahaya mata sulung minggu lepas.
Tidak menunggu lama, berita gembira ini dikongsi di laman Instagramnya hari ini dengan memperlihat fotonya memangku si kecil.
Artikel Lain: Gayakan Dress Putih Di Majlis Nikah, Dr Amalina Selebriti Kedua Tersiar Dalam Majalah Vogue Britain
Dalam perkongsian itu, Dr Amalina meemberitahu dia sangat berbesar hati untuk berkongsi berita gembira kepada semua pengikutnya di laman sosial mengenai kelahiran puteri sulungnya ini.
Bukan itu sahaja Dr Amalina tidak lokek berkongsi wajah serta nama bayinya yang dilahirkan di sebuah hospital di United Kingdom.
“Kami ingin memperkenalkan puteri cantik kami, Arabella Mia, yang dilahirkan minggu lepas di Hospital St. Thomas.
“Kami mengagumi dan menghargai setiap saat dengan kegembiraan kecil kami. Kami teruja untuk melihat apa yang akan datang, Alhamdulillah. lots of cinta – Amalina & Alex,” katanya.
Artikel Lain: Miliki Bibir Sempurna & Hidung Terletak. Pelakon Jodie Comer Diiktiraf Wajah Paling Cantik Di Dunia
Dalam perkongsian fotonya bersama anak pertamanya itu sambil menghadap jendela turut mendapat perhatian netizen. Rata-rata mengucapkan tahniah atas kelahiran si kecil yang jadi pelengkap keluarga pasangan ini.
Sebelum itu wanita berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu menjadi bualan hangat warga netizen apabila memilih status kewarganegaraan British untuk anak pertamanya.
Dia juga sebelum ini turut mendedahkan boleh mendapat cuti bersalin setahun dengan lima bulan bergaji penuh.
Dr Amalina mendirikan rumah tangga bersama jejaka Inggeris, Alexander Charles dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London pada 31 Mac, tahun lalu.
Artikel Lain: ‘Pretty Mommy’ – Bukan Je Cantik Bergaya. Dapat Pula Cuti Bersalin Setahun & 5 Bulan Gaji Penuh