Pilih Jenis Pencuci Muka Sesuai, Elak Kulit Jadi Terlalu Kering dan Berminyak

Share

Sebelum anda teruskan set penjagaan wajah yang lain, pastikan pilih pencuci muka yang tepat untuk elakkan muka daripada masalah jeragat makin meriah dan juga jerawat.

Tahu tak, kalau anda pakai jenis pencuci yang salah, nanti kesannya akan buat kulit terlalu kering dan kadang sampai makin banyak jerawat keluar?

Pilih Pencuci Muka Yang Tepat

Haaa… sebab itu lah kena ada ilmu set penjagaan wajah yang betul sebelum ke langkah seterusnya.

Gel Cleanser

Skin types: Normal, oily, combination, acne prone
Ada sesetengah pencuci muka boleh dipakai anda yang berkulit kering, terutama pencuci yang ada pelembap and hydrating ingredients.

Cream Cleanser

Skin types: Normal, dry, sensitive
Sesuai untuk kulit jenis kering dan ada jeragat. Cream cleanser sangat lembut dan tak buat kulit rasa tegang selepas anda guna. Memang kurang berbuih jadi jangan pakai banyak pula!

Foam Cleanser

Skin types: 0ily, combination, sensitive
This one sangat sesuai untuk yang ada oily skin. Sebab buih-buih itu nanti boleh tolong lift of the impurities on your skin

.

Clay Cleanser

Skin types: 0ily, combination, acne prone
Ramai suka pakai clay cleanser sebab rasa sangat texture. Jangan lupa bilas sampai bersih.

Oil Cleanser

Skin types: All skin types
0il cleanser sangat berkesan untuk remove makeup. Ramai juga selesa dengan oil cleanser sebab selepas bilas, kulit akan rasa lembut dan jangan lupa pakai gentle cleanser lepas oil cleansing.

Cleansing Balm

Skin types: Normal, very dry, eczema-prone, sensitive
Anda perlu pilih pencuci muka jenis balm yang sesuai dengan jenis kulit sebab risau ada yang kesannya clog your pores

. Lagi-lagi kalau bilas tak bersih. Dan kena ingat, selepas pakai cleansing balm, anda tetap kena guna gentle cleanser selepas itu.

Okay, sekarang anda dah tahu pencuci muka jenis mana yang sesuai ikut kulit wajah, bukan? Barulah selesa setiap kali selepas cuci muka.

Sertai Malaysia #QuranHour 2024 30 Ogos Ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Published by
Nadia