Usah mengeluh jika anda ada masalah dark spot dan kulit kusam, boleh cuba masker telur yang digaul dengan limau nipis ini sesekali dalam seminggu.
Menurut Ohana.hq
, hasilnya kulit akan kelihatan lebih cerah dan halus jika diamalkan secara konsisten.Telur
Limau nipis
Ambil bahagian telur putih sahaja, kemudian perah limau nipis.
Kemudian kacau sebati dua bahan tersebut untuk hasil terbaik.
Terus sapu pada wajah menggunakan berus wajah untuk ratakan keseluruhan kulit.
Biarkan selama 10 minit dan boleh basuh.
Anda boleh amalkan dua kali seminggu masker telur limau ini untuk dapatkan kesannya.
Haaa… mudah bukan? Jangan lupa cuba amalkan petua orang lama jaga kulit ini. Yang penting selamat dan jimat!