Petua Awet Muda Guna Cara Jimat Poket, 3 Bahan Pun Dah Cukup

Share

Petua awet muda kali ini tidak memerlukan bahan yang banyak, anda kena sediakan tiga bahan yang memang ada di dapur sahaja, gaul dan sapu pada muka.

Jangan kata tak perlu petua macam ini sangat sebab hakikatnya, semakin meningkat umur, makin banyak garisan di wajah kita.

Petua Awet Muda Guna Cara Jimat Poket, 3 Bahan Pun Dah Cukup

Jadi kali ini Puan Iryani Zaki nak kongsi petua awet muda dan cerah berseri hanya gunakan 3 bahan sahaja.

Bahan-bahannya:

2 sudu makan mayonis
1 sudu makan oatmeal
1 sudu perahan air lemon.

Cara-cara:

1. Perah air lemon dan campur bersama oatmeal dan mayonis
2. Gaul sebati
3. Bersihkan muka dengan air dan oles kan masker pada muka biar sekata.
4. Biarkan 15 minit dan bilas dengan air bersih.

Dah siap. Boleh lakukan 2 atau 3 kali seminggu. Mayonis kaya dengan telur membantu menganjalkan dan flawless pada kulit. Oatmeal bantu serap minyak dan menanggalkan sel mati. Lemon bantu cerahkan kulit wajah.

Senangkan nak awet mudah cerah berseri. Ikut sahaja semua langkah ni. Jom kongsi, supaya ramai wanita cantik berseri tanpa perlu mekap tebal.

Published by
Nadia