Cuma amalkan penyegar semula jadi, kulit akan lebih sihat dan sihat. Okay, bagi anda yang nak wajah licin tanpa parut, bolehlah cuba tip Puan Sarifa Redzuan kerana dia menggunakan 100 peratus bahan semula jadi untuk penyegar muka.
Bukan sahaja kulit berasa segar dan lembap, parut bekas alergi dan jerawat pun cepat pudar. Kulit wajah sensitif pun boleh!
Jadi tak perlu lagi berbelanja mahal untuk jaga kulit wajah, apatah lagi di pasaran pun banyak produk yang mengandungi bahan kimia yang tinggi. Bukan senang nak pilih yang terbaik.
Penyegar Semula Jadi, Kulit Sensitif Dan Jerawat Digalakkan Guna Tip Ini
Bahan-bahan:
1. 1/3 timun
2. 1/8 sengkuang
Ads
3. 1/4 ubi bit
Cara penyediaan:
1. Kisar semua bahan tanpa air atau boleh sagat mahupun tumbuk menjadi halus
2. Perah dan ambil airnya sahaja
3. Simpan dalam peti sejuk
Ads
4. Sebaiknya letak dalam botol semburan
Cara menggunakan:
1. Selepas cuci muka, sapu atau sembur penyegar wajah ni
Ads
2. Kemudian lakukan sedikit urutan pada wajah supaya cecair penyegar tadi dapat meresap masuk ke dalam kulit
3. Amalkan 2-3 kali dalam sehari untuk mendapatkan kesan maksima
Penggunaan ubi bit dapat membantu mencegah masalah pigmentasi di samping memudarkan parut kerana bahan ini diperkaya dengan vitamin C.
Sumber zat besi, fosforus dan protein yang terkandung di dalamnya juga akan membuatkan kulit menjadi sihat ala ‘pinkish’ apabila selalu diamalkan.
Timun pula kaya dengan antioxida dan merupakan ejen pelembap terbaik pada kulit di samping khasiat sengkuang yang sarat dengan vitamin A, vitamin B, vitamin C, vitamin K dan vitamin B1.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Faktor sering berjaga lewat malam boleh menyebabkan seseorang itu mengalami gejala penyakit insomnia.
Jika tidak diatasi segera akan mengganggu rutin harian kerana kita tidak tidur pada waktu kebiasaannya.
Jadi bagi mereka yang mengalami masalah ini, akan dinasihatkan untuk bersenam dan menjaga pemakanan serta tidur pada waktu ditetapkan
Perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad menerangkan lebih jelas gejala lain dan langkah untuk atasinya.
Tidak dapat tidur secara berterusan selama tiga malam dalam tempoh seminggu dan mengalaminya secara berterusan sepanjang tiga bulan, tanda seseorang itu menghidap insomnia kronik.
Ada pelbagai cara merawat insomnia termasuk ubat hipnotik atau ubat tidur tetapi ia hanya untuk jangka pendek kerana boleh menyebabkan ketagihan. Jika pesakit mempunyai penyakit mental, amat penting penyakit itu diubati dengan ubat sepatutnya.
Insomnia terbahagi kepada dua peringkat iaitu primer dan sekunder. Insomnia primer adalah disebabkan gangguan tidur, berlaku bukan disebabkan penyakit, penyakit mental, genetik atau ubat.
Insomnia sekunder pula disebabkan pelbagai jenis penyakit kronik seperti asma, hipertiroidisme, arthritis, barah, pedih ulu hati (GERD), alahan dan sakit belakang. Sesetengah ubat yang diambil juga memberi kesan sampingan insomnia seperti ubat darah tinggi dan demam.
Gaya hidup tidak sihat juga seperti makan lewat malam, mengambil dadah atau alkohol boleh menyebabkan insomnia.
Penyakit mental yang dikaitkan dengan gejala insomnia adalah kemurungan (depression) dan kegelisahan (anxiety) iaitu penghidap sentiasa risau atau sering memikirkan masalah sehingga mengganggu tidur.
Pesakit `Bipolar Mood Disorder’ juga boleh mendapat gangguan tidur yang mana ketika fasa mania, penghidap ada kalanya berasakan sentiasa bertenaga, banyak perkara yang diperlu dilakukan, banyak idea yang perlu diketengahkan sehingga enggan tidur.
Insomnia yang terjadi dalam tempoh antara beberapa hari sehingga beberapa minggu dikenali sebagai insomnia akut.
Serangan ini boleh berlaku apabila emosi terganggu disebabkan kejadian seperti kematian orang disayangi atau mengalami tekanan hidup serta boleh datang dan pergi mengikut keadaan semasa individu terbabit.
Pesakit juga dinasihatkan menjalani gaya hidup lebih sihat termasuk bersenam, makan diet seimbang dan tidur pada waktu tetap setiap hari.
GEJALA INSOMNIA
1. Mengantuk pada sebelah siang.
2. Keletihan.
3. Mudah marah.
4. Sukar memberi tumpuan dan memori.
LANGKAH ATASI INSOMNIA
1. Tidur pada waktu tetap setiap malam.
2. Bangun pada waktu sama setiap pagi.
3. Elakkan tidur di siang hari.
4. Elakkan menggunakan telefon tangan atau membaca menerusi gajet.
5. Elakkan kafein, nikotin dan alkohol di lewat malam.
6. Senaman sebelah petang (elak bersenam tiga jam sebelum tidur).
7. Jangan makan hidangan berat pada lewat malam.
Sekiranya tidak boleh tidur:
1. Baca buku.
2. Lakukan aktiviti yang boleh membuatkan anda mengantuk.
Siapa sangka, Ella Aminuddin yang terkenal dengan keletah manja dan bersahaja kini sudah meniti usia 57 tahun, namun dia kekal ampuh dalam liga sendiri tanpa tergugat oleh sesiapa.
Selain memiliki wajah tidak dimamah usia, pemilik nama sebenar Nor Zila Aminuddin itu memiliki aura dan masih mempunyai stamina yang kuat selain sangat aktif serta lincah setiap kali beraksi di atas pentas.
Ditanya rahsia kekal awet muda dan bertenaga, Ratu Rock Malaysia berkongsi, dia hanya mengamalkan rutin normal sama seperti orang lain. Bahkan tanpa ada sebarang petua ataupun amalan yang khusus.
“Saya cuma amalkan rutin senaman ringkas dan jaga pemakanan, tetapi paling penting ialah kena sentiasa positif dan gembira.
“Pemakanan amat penting dan perlu teratur kerana mampu mengekalkan kesihatan yang baik untuk tubuh kita,” katanya.
Biarpun begitu, sama juga seperti orang lain, isteri kepada juruterbang, Azhar Ghazali itu mengakui adakalanya dia melanggar ‘pantang’ gaya hidup sihat apabila sesekali ‘cheat day’ (hari ponteng).
“Seperti manusia biasa, saya juga ada cheat day iaitu hari menikmati makanan bergoreng.
“Tetapi pada hari lain saya mengambil makanan yang sihat seperti sayur-sayuran hijau dan juga buah-buahan,” katanya lagi.
Begitulah amalan pemakanan dan gaya hidup Ella apabila usianya semakin meningkat. Namun tetap dilihat jelita dengan auranya tersendiri. Jom lah, amalkan tip macam Ella, barulah awet muda!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum ini viral dikatakan isteri kepada pelakon kerdil, Badrol Shah, iaitu Farah Sheila Mazlan telah meninggal dunia tetapi rupanya berita itu tidak benar.
Namun pagi ini selepas 45 hari bertarung termasuk 23 hari ditidurkan akibat positif Covid-19, isterinya telah disahkan meninggal dunia.
Allahyarham yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur mengembuskan nafas terakhir selepas dijangkiti varian Delta awal Julai lalu.
Dalam laporan Mstar Badrol berkata dia sempat membacakan dua kali shahadah untuk isteri tersayang ketika doktor membuat penggilan video sekitar jam 8 lagi.
Pernah alami trauma dengan berita kehilangan isteri sebelum itu, dia berkata kali ini reda dengan pemergían Allahyarham. Sekarang ini (ketika artikel ditulis) pihak hospital akan menguruskan jenazah dan selewatnya dikebumikan selepas solat Zohor.
Menurutnya ketika pertama kali pihak hospital membuat kesilapan mengatakan isterinya sudah meninggal dunia memang dia tidak dapat menerima kenyataan itu.
Tetapi kali ini dia serta seluruh keluarga sudah reda dengan pemergian Allahyarham.
Dia yang juga pelakon filem Busut Bonang barkongsi berita sedih dengan pemergian isterinya yang juga neorang guru agama di Sekolah Rendah Agama Lembah Keramat Kuala Lumpur di laman Instagramnya.
Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga Badrol, semoga tabah menerima berita kehilangan akibat virus Covid-19.