Tahu tak kalau kulit kusam wajah akan nampak tak berseri dan gelap. Jadi jom tengok apa langkah yang sepatutnya anda betulkan dan jadikan rutin dalam kecantikan.
Bila kulit kusam, anda nak sesuaikan dengan warna tudung pun susah. Wajah nampak gelap dan tak glowing. Menurut perkongsian daripada Alfinaays
, ada empat kebiasaan yang ramai suka skip.Ini cukup penting sebenarnya untuk membuang kotoran secara maksimum. Nak-nak kalau anda jenis suka mekap pakai foundation.
Anda boleh cuba guna mekap remover atau micellar water untuk membuat kotoran pada wajah, kemudian bersihkan menggunakan pencuci muka agar menjadi lebih bersih.
Cara ini cukup membantu untuk buang sel kulit mati, malah akan memudahkan penyerapan skincare ke kulit secara maksimum. Lakukan exfoliate dengan menggunakan scrub ataupun toner sebanyak 2x dalam seminggu.
Jika anda tidak menggunakan moisturizer menyebabkan kulit menjadi kering dan terlihat kusam, jadi penggunaan moisturizer penting untuk membuat
kulit menjadi lembab dan sihat. Boleh menggunakan
moisturizer yang bertekstur krim untuk kulit kering dan gel untuk kulit berminyak.
Sinar UVA dan UVB bahaya untuk kulit, jadi sunscreen sangat penting dan anda kena pakai setiap hari walau cuma duduk di rumah.
Ini boleh melindungi kulit dari paparan sinar matahari.
Jika beberapa langkah ini anda jaga, insya-Allah hasilnya masalah kulit kusam akan lenyap. Lagi best anda boleh keluar dengan wajah tanpa mekap.