
Lama tak nampak kelibat penyanyi, Noraniza Idris di kaca TV dan media sosial. Namun baru-baru ini dia ada berkongsi dalam proses menurunkan berat badannya.
Noraniza Idris Gigih Turunkan Berat Badan

Kata Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani itu, dia melakukan mahu mengekalkan staminanya agar tidak mudah penat ketika beraksi di atas pentas nanti.
Berat Berlebihan Ganggu Pernafasan

Menurut penyanyi berusia 56 ini, berat badan berlebihan boleh menganggu pernafasan dan ini akan menjejaskan kualiti nyanyiannya ketika di atas pentas.
“Kak ani sekarang tergolong dalam golongan obesiti, jadi sekarang dalam proses untuk menuju ke arah golongan overweight selepas itu baru saya cuba ke arah berat badan ideal.
“Suami saya pada ketika ini sudah mengajak saya melakukan aktiviti riadah bagi menurunkan berat badan saya.
“Saya amalkan pengurangan kalori, pengambilan protien yang secukupnya dan saya juga tidak mengamalkan pengambilan gula dalam permakanan,” katanya.

Semakin berusia, begitulah sebaiknya. Kawal pemakanan dan kena rajin bersenam untuk kesihatan tubuh badan. Anda di luar sana pun, jangan malas keluarkan peluh ya. Sesekali biasakan diri bersenam walau dalam 30 minit sehari. Itu sudah cukup!
Kredit: mStar
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wanita Hamil Demam Tinggi Boleh Sebabkan Keguguran. Doktor Jelaskan Mudharat Lain Pada Bayi!

Ketika hamil seseorang itu ada kalanya berdepan dengan pelbagai masalah alahan atau sakit lain yang datang menyerang.
Antaranya adalah mengalami demam dan situasi akan jadi lebih teruk jika berlaku di akhir kehamilan.
Apakah risiko bakal ibu dan bagaimana untuk mengatasi masalah ini jika diuji dengan masalah demikian.
Perkongsian Dr Zubaidi Ahmad memberitahu kesannya jika wanita hamil diserang demam di awal dan di akhir kehamilan.

BAHAYAKAH DEMAM KETIKA HAMIL?
Demam yang dihadapi oleh wanita yang hamil, memang merisaukan. Demam ketika hamil adalah sesuatu yang cuba dielakkan namun apabila diuji dengan gejala demam, mahu atau tidak, wanita yang hamil harus menerima dengan hati yang redha.
Demam sebenarnya tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan kuman dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan seseorang mempunyai sesuatu penyakit.
Suhu badan normal bagi seseorang yang sihat ialah 37°C. Jika melebihi tahap ini, anda akan dikira sedang mengalami gejala demam.
Adakah demam memberikan kemudharatan pada wanita yang hamil? Setakat ini belum ada kajian yang sahih mengenai kemudharatan demam dan suhu panas terhadap bayi dalam rahem.
Cuma saya mahu menarik perhatian pada satu penulisan di dalam Journal of Paediatric and Perinatal Epidemiology, yang mengatakan bahawa secara amnya, demam yang dialami oleh wanita hamil tidak memberikan apa-apa risiko kepada anak yang dilahirkan.

Ada kajian yang menunjukkan jika seorang wanita hamil mengalami demam melebihi 39.0 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga kali, yang disebabkan oleh jangkitan kuman pada pundi kencing (urinary tract infection), maka terdapat kemungkinan bahawa risiko bagi bayi yang dilahirkan mudah mengalami sawan adalah tinggi. Namun kajian ini agak lemah.
Walau bagaimanapun, janganlah terlalu risau kerana demam yang rendah (kurang dari 100.4 darjah Fahrenheit) adalah selamat dan tidak perlu dirisaukan walaupun masih lagi di awal kehamilan.
Namun demam yang agak tinggi (melebihi 103 darjah Fahrenheit atau 39.5 darjah Celcius) mungkin boleh memberikan kesan mudaharat pada bayi.
Ini kerana demam yang tinggi pada awal kehamilan, akan menjejaskan proses pembentukan fizikal bayi dan bayi yang dilahirkan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat bayi yang mengalami masalah neural tube defects seperti spina bifida terutama jika demam itu berlaku ketika pembentukan saraf tunjang yang berlaku pada hari ke 20 hingga 28 selepas telur ovum disenyawakan.
Malah ada beberapa kajian yang agak lemah menunjukkan bahawa suhu badan terlalu tinggi akibat demam boleh menyebabkan keguguran. Hal ini juga boleh berlaku pada wanita yang mandi di dalam hot tubs atau sauna ketika hamil.
Di akhir kehamilan, perkembangan fizikal bayi telah terbentuk dengan lebih sempurna, maka gejala demam yang tinggi selalunya tidak membawa mudharat kecuali demam yang disebabkan oleh jangkitan dalam rahem (intrauterine infection).

Saya mencadangkan wanita hamil yang mengalami demam agar mengambil bacaan suhu yang betul. Adalah sukar untuk mengatakan seseorang wanita mengalami demam hanya dengan meletakkan belakang tapak tangan di dahi. Oleh itu gunakanlah thermometer agar dapat mencatat bacaan dengan lebih tepat.
Minumlah air suam kosong yang banyak. Demam akan membuatkan seseorang akan merasa cepat letih dan haus akibat dehidrasi. Oleh itu harus menambah jumlah air yang diambil ketika mengalami demam.
Jika demam bersama-sama dengan loya dan muntah, bolehlah minum air secara sedikit demi sedikit menggunakan sudu.
Selain itu, wanita hamil yang mengalami demam boleh menuam dengan tuala basah. Letakkan tuala basah pada dahi dan dada, membantu haba dari badan dikeluarkan dari tubuh dan mengurangkan demam.
Berjumpa dan berbincang dengan doktor yang merawat. Adakalanya punca demam dapat dikesan dengan pemeriksaan darah dan air kencing. Untuk meredakan demam dengan cepat, doktor mungkin akan memberikan ubat paracetamol yang selamat digunakan oleh wanita hamil dengan dos yang ditetapkan.
Bersabarlah ketika menghadapi ujian demam.
#HealthDrZubaidi
Artikel Berkaitan:
Konsisten Buat Diet Atkins, Seminggu Sekali Cheat Day. Wanita Akhirnya Berjaya Lenyapkan 32KG!
Kulit Putih & Cerah Tak Bermaksud Sihat. Ini Kriteria Wanita Perlu Ambil Tahu Elak Masalah Kulit!
Letak Baby Oil, Cara Selamat Keluarkan Serangga Dalam Telinga. Doktor Ajar Caranya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cuci Mesin Basuh Dengan Modal RM5, Barulah Pakaian Bersih!

Sesekali anda kena cuci mesin basuh pakaian yang sudah lama digunakan, barulah cucian anda lebih bersih dan tak berbau pelik.
Biasanya jarang orang ambil tahu yang ‘drum’ mesin baruh juga patut dicuci. Mungkin ada yang pernah mencuci mesin basuh tetapi terpaksa upah orang dengan modal yang besar sehingga ratusan ringgit.
Cuci Mesin Basuh Dengan Modal RM5, Barulah Pakaian Bersih!

Tak perlu risau lagi jika mahu mencuci ‘drum’ mesin basuh yang sedia ada di rumah anda kerana sudah ada kaedah yang lebih menjimatkan.
Bukan itu sahaja, kaedah ini juga amat mudah untuk dilakukan, menarik bukan? Apa yang cuma anda perlu lakukan adalah mendapatkan serbuk ‘Washing Machine Cleaner’ di mana-mana cawangan kedai ECO Shop di seluruh Malaysia.

Bagi anda yang kali pertama mahu mencuci mesin basuh di rumah, anda disarankan untuk menggunakan dua paket serbuk ‘Washing Machine Cleaner’ tersebut dengan cuma berharga RM4.80 sahaja untuk kedua-duanya.
Lihatlah hasilnya, segala kesan kekotoran terlihat setelah anda menggunakan serbuk ‘Washing Machine Cleaner’ ini pada mesin basuh. Ini terbukti serbuk pencuci ini sememangnya amat berkesan.

Anda juga boleh mendapatkan serbuk ‘Washing Machine Cleaner’ ini dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Foto: Facebook Ceritera rakya
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat 6 Tip Ini Kalau Nak Mesin Basuh Tahan Lama Dan Bersih

Masih ramai yang kurang peka bab menjaga mesin basuh agar tak mudah rosak dan bersih sebelum digunakan.
Malahan, ada dalam kalangan kita kurang arif tentang cara mengendalikan peralatan ini sehinggakan ia cepat rosak meskipun baru dibeli.
Boleh stres jadinya jika mesin basuh ‘buat hal’ dan lebih ralat lagi jika harganya mahal.
Justeru adalah lebih baik untuk kita mengambil tahu mengenai penjagaan mesin basuh agar jangka hayatnya tahan lebih lama.
Seorang pengguna Facebook, Ridzuan Al-Fattani yang mempunyai pengalaman dalam bidang penyelenggaraan, mekanikal dan elektrikal berkongsi tip penjagaan mesin basuh untuk panduan bersama.
Tip Jaga Mesin Basuh Bagi Tahan Lama

Berikut adalah tip yang dikongsikan beliau:
1) Jangan bebankan mesin dengan terlalu banyak pakaian setiap kali membasuh. Ikut rekomendasi syarikat pengeluar mesin.
2) Sesekali matikan suis soket selepas menggunakan mesin basuh. Ini kerana sekiranya terlalu lama di dalam keadaan standby, computer board akan menjadi semakin panas. Seeloknya, selepas keluarkan baju yang siap dibasuh, matikan suis pada soket.
3) Dalam sebulan sekali, masukan air panas ke dalam tub mesin. On mesin dalam mode basuhan minima bagi mencuci tub dan saluran buang air. Langkah ini untuk mengelakkan masalah tersumbat yang boleh merosakkan injap buang.

4) Jika putaran mesin semakin lemah daripada sebelumnya, bermakna belting telah longgar. Boleh cuba baiki dengan menggunakan spanar untuk tegangkan belting di bahagian bawah mesin. Namun, jika tidak, boleh upah tukang sahaja dengan kos sekitar RM20.
5) Jika air masuk semakin perlahan ke dalam tub mesin, buka bahagian paip air masuk, berkemungkinan ada penapis (filter) yang tersumbat.
6) Jika air masuk tiada masalah tetapi tidak boleh mengalir keluar, bermakna injap buang air ‘stuck’. Ini berkemungkinan kerana objek tersangkut seperti duit syiling atau sebagainya.

Menurut Ridzuan, sekiranya tanda-tanda tersebut dibiarkan berlarutan tanpa dibaiki, ini boleh merosakkan computer board.
Tak mustahil melayang duit kerana terpaksa dihabiskan untuk kos baik pulih ataupun akhirnya terpaksa beli mesin basuh yang baharu.
Jadi, beringatlah sebelum mesin basuh rosak!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!


