Penjagaan Diri

Kalau Ada Gastrik, Cuba Sahur Menu Ini. Tahan Lapar Dan Boleh Slim!

Share

Khas buat anda yang ada gastrik, jaga makan dan pilih makanan yang berkhasiat dan tepat, insya-Allah tak akan sakit perut dan diserang sakit waktu berpuasa.

Biasanya, ramai yang sudah makan macam-macam tetapi tetap juga rasa lapar.

Haaa… jom tengok perkongsian daripada Farah Farzana, apa menu yang sesuai untuk elak kena serang gastrik.

Pertama sekali, elakkan menu pedas terlampau se,asa bersahur. Nanti baru pukul 10 pagi, anda sudah rasa lapar sungguh!

Malah menurut satu portal kesihatan, Root of Science

, oat cukup berpotensi dalam menghalang berlakunya penyakit-penyakit lain seperti kanser, kencing manis dan gangguan sistem penghadaman.

Jadi, jom cuba buat menu sihat, makan oat sahaja tetapi tahan lapar.

Cara buat overnight oats:

• Rendam rolled oats dalam air panas.

• Toskan dan kemudian masuk ke dalam bekas.

• Tuangkan susu and masukkan sedikit madu and buah.

• Simpan dalam peti ais semalaman.

Mudah, bukan? Jangan tak percaya, menu ini sangat tahan lapar berbanding anda makan nasi. Cubalah!

IKLAN