Penjagaan Diri

Jangan Biarkan Ketiak Gelap, Rawat Dengan Tip Ini Segera!

Share

Baru-baru ini kecoh isu ketiak gelap disebabkan seorang selebriti Indonesia buat live tetapi nampak ketara bahagian itu dengan rupa yang kurang cantik!

Jadi ramai yang kecam sehingga jadi isu panas dan artis tersebut membalas kritikan itu dengan menyatakan punca ketiaknya jadi gekap.

Jangan Biarkan Ketiak Gelap

Namun buat anda yang mahu cuba rawat masalah ketiak gelap, boleh cuba tip ini untuk mendapatkan ketiak bersih dan cerah.

Jom baca!

  • Jangan biasakan tabiat mencukur kerana ini boleh akibatkan kesan melecet yang akhirnya meninggalkan kesan di bahagian ketiak.
  • Skrub di sekitar kawasan ketiak dengan lembut, sekurang-kurangnya 2 kali seminggu untuk membuang sel kulit mati yang terkumpul.
  • DIY masker menggunakan bahan seperti yogurt, secubit kunyit dan sedikit jus lemon. Sapu di sekitar ketiak dan biarkan kering sebelum bilas, lakukan sebanyak 2-3 kali seminggu.

  • DIY toner menggunakan madu, jus lemon dan sedikit gula untuk mencerahkan kulit ketiak serta hilangkan bau badan.
  • Setiap kali mandi, guna batu apung (pumice stone) untuk gosok perlahan-lahan di ketiak bagi melicinkan dan membuang lapisan kulit gelap di ketiak.

Selamat beramal!

Published by
Nadia