Baru-baru ini kecoh isu ketiak gelap disebabkan seorang selebriti Indonesia buat live tetapi nampak ketara bahagian itu dengan rupa yang kurang cantik!
Jadi ramai yang kecam sehingga jadi isu panas dan artis tersebut membalas kritikan itu dengan menyatakan punca ketiaknya jadi gekap.
Jangan Biarkan Ketiak Gelap
Ads
Namun buat anda yang mahu cuba rawat masalah ketiak gelap, boleh cuba tip ini untuk mendapatkan ketiak bersih dan cerah.
Ads
Jom baca!
Ads
Jangan biasakan tabiat mencukur kerana ini boleh akibatkan kesan melecet yang akhirnya meninggalkan kesan di bahagian ketiak.
Skrub di sekitar kawasan ketiak dengan lembut, sekurang-kurangnya 2 kali seminggu untuk membuang sel kulit mati yang terkumpul.
DIY masker menggunakan bahan seperti yogurt, secubit kunyit dan sedikit jus lemon. Sapu di sekitar ketiak dan biarkan kering sebelum bilas, lakukan sebanyak 2-3 kali seminggu.
Semua wanita nak cantik tetapi tak amal doa waktu bersolek, ruginya! Sebenarnya istilah indah pada rupa perlu lah selari dengan dalaman.
Tidak bergantung kepada penjagaan kulit semata-mata, sebaiknya anda boleh amalkan doa-doa terbaik untuk naikkan seri wajah.
Ini antara dua doa yang terbaik yang sememangnya mempunyai maksud yang baik dan bagus untuk dijadikan amalan sewaktu selepas solat.
Bukan sembarangan, doa ‘pemanis’ wajah ini adalah doa Nabi Yusuf a.s. Doa ini mempunyai banyak keistimewaannya dan salah satunya adalah jadikan wajah lebih cantik berseri.
1. Baca potongan ayat 4, dalam surah Yusuf sebanyak tiga kali.
2. Kemudian teruskan membaca potongan ayat 39 dalam surah Thaahaa sebanyak tiga kali dan sapu ke seluruh wajah.
3. Lakukan setiap kali sudah solat atau sebelum bersiap.
Doa ini bukan sahaja menyerikan wajah, tetapi boleh juga kalau sang isteri mahukan suaminya terus menyayangi dan sejuk mata memandangnya.
Haaa.. jangan baca saja, pastikan anda amalkan doa-doa ini setiap kali selepas solat atau tengah bersolek.
Selamat beramal!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lama tidak kelihatan pelakon, Datin Fouziah Gous di kaca Tv, agak rindu nak melihat aura jelita wanita ini yang sebelum ini aktif dalam bidang lakonan.
Fouziah atau nama penuhnya Noh Fouziah Mohd Gous, sekarang agak selektif dalam pemilihan lakonan sebab tidak mahu muncul dengan karakter sama seperti pernah dibawa sebelum ini.
Tidak dinafikan, penampilan Datin Fouziah Gous sering menarik perhatian peminat sejak pembabitan awalnya dalam industri seni. Bukan hanya dikurniakan rupa paras cantik bahkan dia juga dikagumi kerana bakat yang ada dalam diri.
Biarpun sudah berumah tangga dan berstatus isteri, pesona Datin Fouziah tetap memukau. Apatah lagi dia juga ibu kepada dua anak!
“Saya seorang yang sangat simple dan tak ada nak keluar duit banyak-banyak atau every month nak pergi facial dan pusat estetik. Memang jarang sangat. To be honest, sebelum kahwin saya akan pergi ke spa dan buat facial setiap bulan atau sebulan dua kali.
“Tapi sejak ada anak, saya sacrifice. Dari segi pemakanan, diet ‘ketat’ tak ada. Cuma saya kurangkan minuman yang sangat manis dan saya minum FG Walet setiap hari, amalkan pengambilan sarang burung serta exercise setiap minggu.
Kalau sebelum kahwin dulu almost everyday exercise. Saya kira penjagaan tubuh badan dari muda dulu banyak membantu kesihatan saya sekarang. Saya juga seorang yang tak suka makanan yang sangat berminyak dan kalau saya masak sendiri pun saya akan pastikan ia kurang minyak.”
Menyentuh soal perkahwinan, Datin Fouziah dan suaminya memilih jalan bercinta lepas kahwin. Jadi cabaran bercinta lepas kahwin lain sedikit. Ceritanya, “apa yang saya belajar adalah kita kena fokus pada benda yang sepatutnya. Contoh, bila suami kita ada kelebihan, alhamdulillah.
“Itu adalah bonus kita tapi kalau pasangan ada kekuarangan, di situlah ‘resipi’ rumah tangga dan kita kena ‘cintakan’ kekurangan dia. Jangan kita create satu kebencian atau fokus kekurangan dia. Kalau kita terima kekurangan dia dan support dengan kelebihan yang kita ada, kita terima each other, kita tak akan rasa kurang.
Saya tak ada masalah dengan itu dan selalu fikir positif. Kena faham macam mana nak toleransi dengan suami,” kongsinya lagi.
Begitulah kemanisan rumah tangga yang dirasai oleh selebriti ini sepanjang berada dalam industri. Apa pun, doakan yang baik-baik untuk kehidupan Datin Fouziah Gous. Tetapi jika teruja nak cantik macamnya, anda boleh cuba aktif bersenam dan rajin jaga kecantikan dari awal usia.
Kalau serius nak kecilkan liang pori yang terbuka, anda kena disiplin pakai set penjagaan wajah. Boleh guna petua tertentu yang sesuai tetapi kalau nak mudah, ikut cara ini.
Menurut saudari Zalea, dia hanya mengamalkan dua produk ini dan hasilnya memanh ketara. Puas hati dan jom kita cuba tip cantiknya!
Tips kecilkan pori-pori dengan mudah adalah kena ambil tahu bahan dalam produk yang diguna, membantu atau tidak jika anda pakai.
Kemudian boleh terus ikut cara ini dengan jadikan rutin:
1. Pakai claymask 2x seminggu. Cari original mask tanah liat yang ada benefits untuk kecilkan pori-pori.
2. Pakai serum Niacinamide. Yes, Niacinamide boleh kecilkan pori-pori. Kena pakai 2x sehari. Untuk anda yang baru mula, cari niacinamide yang % rendah dulu.
Konsisten buat 2 cara ini, anda akan dapat keputusan yang memuaskan hati dalam masa terdekat. Percaya kepada proses!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.