Penjagaan Diri

Jaga Makan Untuk Dapat Berat ‘Cantik’ dan Boleh Ikut Cara Wanita Ini

Share

Semakin berusia, anda kena jaga makan kalau nak berat badan cantik dan sihat. Jangan kata main belasah ikut apa yang ada depan mata, itu bahaya!

Malah jika tidak dikawal boleh memudaratkan kesihatan anda, jadi jom cuba cara saudari Suhada Hassan ini pula. Nampak berkesan dan mudah.

Jaga Makan Untuk Dapat Berat ‘Cantik’

Apa langkah pertama yang saya buat adalah cut

gula putih, saya memang tak minum langsung air manis, susu pekat pun saya cut, dessert jangan cakap lah.

Haramkan terus termasuk buah-buahan yang tinggi gula contohnya macam buah tembikai, mangga, pisang dan laici. Kalau ikutkan banyak lagi buah yang tinggi gula.

Kemudian lebihkan ambil protein. Macam mana nak dapatkan protein, sila makan ayam dan telur banyak. Serious ni, saya memang makan ayam dan telur hampir setiap hari. Cuba pelbagaikan menu ayam dan telur supaya tak jemu.

Seterusnya, lebihkan makan sayuran hijau yang tinggi fiber untuk boost metabolisma badan. Saya suka makan broccoli, avocado, Asparagus, zucchini, green beans & lettuce. Itu antara yang jadi kegemaran.

Apa yang paling penting tau, mesti minum air putih yang mencukupi. Minum air ikut berat badan, boleh google “water intake calculator” untuk tahu berapa L air yang badan perlukan. Air putih sangat bagus untuk badan dan buat kulit lebih cerah.

Cara Makan Pagi dan Malam

Sesekali anda boleh buat IF jadi anda boleh skip breakfast atau layan kopi O sahaja.

Nasi pun boleh kurangkan, 2 hari sekali baru saya makan nasi. Ikut mood juga dan cukup penting air masak memang wajib paling kurang 2000ml sehari.

Jadi, kalau benar anda nak kurus, jom lah kawal pemakanan yang masuk setiap hari. Yang penting, konsisten dengan apa yang anda amalkan dalam hidangan.

Published by
Nadia