Ada yang berani cuba diet telur untuk turunkan berat badan? Haaa… kena disiplin dan anda boleh pelbagaikan cara masak telur jika mahu konsisten dengan gaya pemakanan sihat ini.
Nak cuba, anda boleh ikut cara saudari Vanisha Raja, yang mana dia mengamalkan diet telur sepanjang turunkan berat badannya.
Namun jika memilih program diet kalori telur rebus ini, anda akan mengambilnya tiga kali sehari.
Anda tidak akan mengambil apa-apa makanan ringan dan tiada minuman dengan kalori. Setiap hari, anda makan satu hidangan dengan telur, tetapi boleh disertakan dengan sumber protein lain seperti ayam atau ikan.
Untuk menambah protein pada pinggan anda, anda boleh menambah sayur rendah karbohidrat seperti brokoli atau bayam. Buah sitrus juga kadang-kadang dibenarkan.
Boleh rujuk gambar yang dikongsi untuk melihat apa menu yang dia amalkan sepanjang diet sampai hilang 2kg dalam 3 hari sahaja, menarik!
Hasil 3 Hari
Beginning weight: 64kg
Final weight: 62kg
Sebenarnya ramai yang amalkan diet ini selama 40 hari, tetapi dia cuma 3 hari pun dapat hasilnya. Sangat efektif.
Okay, nanti cubalah! Mana tahu, anda pun dapat hasil dalam masa yang singkat, yang penting kena pelbagaikan menu telur itu. Baru lah menarik.