Penjagaan Diri

Beza Bentuk Kaki Beri Kesan Pada Keselesaan, Pengguna Kena Pandai Pilih

Share

Realitinya setiap orang mempunyai bentuk kaki yang tak sama dan ini memberi kesan pada keselesaan kepada si pemakai. Jadi, haruuslah kena pandai pilih!

Misalnya, kalau anda pakai flatshoes, ada yang akan rasa kakinya cepat melecet. Malah jari jemari jadi kurang selesa sepanjang memakai kasut.

Tip Beli Kasut Ikut Bentuk Kaki

Untuk mengelakkan masalah ini berlaku, jom belajar pilih kasut yang tepat. Nak-nak raya dah makin hampir, nak beli online pun tak risau bila ada ilmu ini.

1. Roman Feet

Untuk anda yang mempunyai bentuk hujung jari kaki yang rata, boleh memilih flatshoes dengan hujung yang bulat sebab bentuk kaki ini memerlukan lebih banyak ruang dibagian kaki depan. Jadi anda wajib elakkan flatshoes dengan hujung runcing kerana kaki anda akan berasa cepat sakit dek kerana tekanan.

2. Egyptian Feet

Jika kaki anda jenis ini, yang mana bentuk jari kaki menurun seperti tangga dari ibu jari ke kelingking, kaki ini merupakan salah satu kaki yang paling selesa dan mudah memakai jenis sepatu apa pun. Namun sebaiknya anda boleh memakai kasutdengan hujung mendatar sehingga memiliki ruang yang cukup untuk ibu jari kaki dan lebar keseluruhan yang selesa agar tidak tersepit.

3. Greek Feet

Bentuk kaki ini biasanya jari telunjuk yang lebih panjang berbanding ibu jari dan yang lain. Jadi anda kena memakai flatshoes berbentuk runcing sehingga ada ruang untuk jari telunjuk agar tidak melecet atau tersepit, sebaiknya elakkan bentuk flatshoes yang bundar dan rata.

OKay, selepas ini anda akan rasa selesa bila tahu kasut jenis macam mana yang sesuai ikut bentuk kaki. Yang penting boleh pakai kasut sampai lunyai!

Published by
Nadia