Pantang 100 Hari, Rahsia Siti Nurhaliza Kembali Langsing & Hilang 20 KG Lepas Lahirkan Anak Kedua

Share

Ramai yang kagum melihat penampilan terbaru penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kini sudan semakin langsing selepas melahirkan anak keduanya.

Walaupun masih mahu turunkan 10 kg, namun sebaik lepas melahirkan Muhammad Afwa, Siti berjaya lenyapkan 20 kg berat badannnya.

Menyedari dia perlu jadi sihat dan kekal berpenampilan cantik, Siti akui perlu menjalani kehidupan sihat selepas bersalin.

Penyanyi berusia 42 tahun ini berkata dia cukup mementingkan pemakanan sihat selain rutin senaman yang dilakukan setiap hari.

“Selepas bersalin anak kedua, saya kerja keras untuk kekal cergas dan cerdas. Kalau kebiasaannya orang berpantang selama 44 hari, saya lanjutkan kepada 100 hari.

“Bila nak kembali bekerja, kenalah jaga bentuk badan semula agar penampilan diri di pentas nampak cantik.

“Jadi perlu kerja keras dengan bersenam dan jaga makan. Memanglah takkan boleh nak dapatkan balik bentuk badan asal tapi apa yang penting saya boleh mengekalkan tenaga bila kembali bekerja nanti,” ujar penyanyi lagu Anta Permana ini.

Selain itu, beliau juga sering mengingatkan dirinya sendiri supaya bersikap positif terutama kala berdepan dengan tekanan.

Malah beliau yakin setiap cabaran dan dugaan itu Allah sedikakan hikmah dan kebaikannya.

Siti yang berkahwin dengan Datuk Khalid Muhammad Jiwa menunggu 11 tahun sebelum dikurinakan dua orang cahaya mata, Siti Aafiyah 3 tahun dan Muhammad Afwa, 3 bulan hasil melalui kaedah rawatan In-Vitro Fertilization (IVF).

Sumber: SinarPlus

Artikel Berkaitan:

Turun 20KG Lepas Lahirkan Anak Kedua. Siti Nurhaliza Tekad Hilangkan 10KG Lagi Untuk Capai Berat Ideal!

Zizi Kirana Pilih Petua Tradisional. Amal Minum Jus Kunyit Untuk Kekal Cantik Kala Usia Cecah 40-an!

Berdarah Campuran Melayu-Kanada, Patut Farah Ann Sering Tumpuan. Ini 10 Fakta Menarik Ratu Gimnas Negara!

Published by
Siti Zurina Mat Saman