Tular video pelakon Liyana Jasmay tanpa mekap di media sosial yang dilihat sedang makan dengan wajah yang penat.
Dalam video yang dikongsikan, Liyana, 36, turut memberitahu dia tidak cukup tidur kerana sibuk menjalani penggambaran.
Pamer Wajah Tanpa Mekap
“Bila belum tidur lebih dari 16 jam. Dapat makan burger sedap, nak menangis! Semalam penat berlakon, kena rasuk, lebam kaki, telinga berdarah, mata kabur. Tapi alhamdulillah untuk semuanya. Saya sangat bersyukur,” tulis Liyana dalam TikTok.
Video yang dikongsikan pelakon filem Papadom itu kemudiannya meraih perhatian pengikutnya dalam media sosial, apabila rata-rata memuji sifatnya yang bersahaja, malah tidak kisah untuk mempamerkan wajahnya tanpa secalit solekan walaupun berstatus seorang selebriti.
Ads
Liyana Jasmay Dipuji Cantik Semula jadi
Liyana juga tidak menggunakan sebarang ‘filter’ pada aplikasi telefon pintarnya untuk menutup cela dan jerawat yang ada pada wajahnya.
“Antara artis yang berani tampil tanpa solekan. Tidak menipu. Awak sungguh ‘authentic’ (tulen),” tulis seorang pengikutnya.
“Saya nak beritahu awak sesuatu. Awak sungguh cantik walaupun tanpa solekan. Serius, sangat cantik! Sayang awak,” puji seorang peminatnya.
“Elok tak ada ‘control’ cantik walaupun artis. Jadi diri sendiri apa salahnya,” ujar seorang lagi netizen.
Ads
Namun, Liyana tidak terlepas daripada menerima beberapa komen jelik daripada netizen yang mengutuk wajahnya apabila disamakan seperti pembantu rumah atau bibik.
“Ini baru bibik yang sebenar,” kata seorang netizen.
Ads
“Ya Allah macam mana suami dia boleh suka?” ujar seorang lagi pengguna TikTok.
Pernah Dikecam Teruk
Sebelum ini, Liyana pernah dikecam netizen kerana warna kulitnya yang dikatakan semakin gelap berbanding sebelum ini.
Namun, dia tidak marah apabila dilemparkan kata-kata sebegitu malah mengakui takut untuk melalui kesan sampingan sekiranya mengambil suntikan suplimen pemutihan kulit.
Malahan Liyana juga bersyukur, suaminya, Fathuddin Mazlan tetap menerima dirinya seadanya tanpa mengira warna kulit.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Waah, rupanya guna pegaga dan nasi kisar pun boleh cantikkan kulit dengan cara yang lebih selamat ya! Malah kulit akan jadi lebih cerah dan tak kusam.
Eh, kalau dah gabungkan dengan pegaga itu, biasanya bagus untuk kecantikan! Apatah lagi kalau anda makan.
Tak perlu nak membazir duit ratusan atau ribuan ringgit semata-mata nak kulit wajah cerah, bersih dan bebas jerawat, boleh saja guna bahan semula jadi yang sudah tentu mempunyai banyak manfaatnya.
Inilah yang dikongsikan dalam video tiktok teamonmalaysia dengan hanya menggunakan nasi masak dan pegaga untuk disapukan pada kulit wajah. Katanya, petua ini dalah berkesan 100% dan boleh cuba di rumah.
Dalam perkongsian yang hanya menggelarkan diri ‘Abah’. Tip yang diberikan ini adalah 100% berkesan.
“Tip ni 100% berkesan dari kawan abah.”
Dengan mengamalkan petua ini, kulit menjadi cerah, tiada lagi masalah jerawat dan bersih.
2 sudu beras
1 gelas air
Daun pegaga
1. Masak nasi seperti biasa.
2. Selepas masak, masukkan ke dalam blender dan kisar sehingga halus.
3. Kemudian, masukkan daun pegaga dan kisar sekali lagi sehingga halus.
4. Ambil bahan yang dikisar tadi, tapis. Ini untuk mendapatkan pati yang pekat.
5. Masukkan ke dalam bekas dan boleh tahan sehinggga 1-2 minggu apabila di simpan dalam peti ais.
6. Sapukan pada muka dan bilas hingga bersih.
Hah, selepas ini jangan kata orang berduit sahaja boleh cantikkan kulit sebab guna pegaga dan nasi kisar pun elok tau!
Bagi anda yang ada masalah kulit kusam, kering, dan jeragat tebal wajib cuba petua yang dikongsikan oleh Puan Puteri Kasim yang dikatakan jimat tetapi berkesan.
Sebenarnya rawatan ini dipanggil Hydrating Mask Scrub. Anda boleh amalkan hydrating mask ini untuk kelembapan kulit muka agar mulus dan glow, mengecilkan pori-pori, serta sapu sekitar kaki dan tumit kaki yang kering atau merekah.
Cara – caranya:⠀
1. Sediakan sebiji tomato. Tomato ini boleh digunakan sehingga 3 kali. Setelah itu, korek isi tomato tersebut.⠀
2. Masukkan 2 sudu beras hancur untuk dijadikan scrub muka. Anda tidak perlu membasuh beras terlebih dahulu ya. ⠀
3. Masukkan Yogurt asli untuk kesan optimum, anda boleh lakukan detox skin dan detox body.
4. Masukkan 1 sudu madu asli.
5. Campurkan semua bahan di atas dan kacau sehingga sebati. Dia agak cair sikit boleh je nak tambah beras kalau tak cukup.
6. Wrap dan simpan di dalam peti ais selama 30 minit atau 1 jam.⠀
7. Sapukan campuran bahan-bahan tadi dan biarkan 15 minit atau 20 minit.
Kalau nak 30 minit pun boleh. Kemudian scrub sehingga kalian berpuas hati. Sangat elok hydrating mask digunakan dalam suhu yang sejuk.
⠀
Proses ini akan menjadikan pori-pori mengecil. Kulit akan kelihatan mulus dan halus. lebih segar.⠀
8. Selepas 30 minit. Buang semua black head dan white head. Kemudian cuci menggunakan hydrating mask kembali dan bilas.⠀
9. Untuk proses yang terakhir, boleh sapukan ais ke kulit wajah anda untuk menambahkan kesegaran kulit dan mengecilkan pori-pori dengan lebih baik.⠀
⠀
Jika anda memang tak rajin nak pakai skincare yang belum tentu selamat untuk wajah, eloklah cuba petua ini ya. Sekurang-kurangnya anda ada usaha untuk jaga kulit wajah dengan cara jimat!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak dinafikan bila seorang wanita hamil itu akan berkelakuan yang pelik-pelik. Dan sifat ini dikatakan kerana pembawaan budak sepanjang kehamilan.
Jika teringin untuk makan makanan menyihatkan pasti tidak ada masalah. Tetapi bagaimana jika sifatnya ingin mengunyah ais ketika hamil.
Apakah ada kesannya pada bayi dikandung dan bagaimana saat proses melahirkan nanti.
Dalam perkongsian Syaza Nutritionist memberitahu kaitan ais ini dengan sel darah merah dalam badan.
KORANG SUKA TAK KUNYAH AIS SEMASA HAMIL?
Ramai ibu mengandung saya jumpa suka makan ais. Ada juga anak anak yang suka kunyah ais macam gula gula dibuatnya.
Pernah saya berjumpa satu client yg paras Hb (sel darah merah) rendah sangat. Saya pun tanya ‘Boleh saya tahu puan makan apa kebiasaannya?
Rendahsangat Hb puan ni.’ Beliau menjawab, sejak dua menjak ni saya takda selera makan nak muntah je Puan Syaza, saya lalu kunyah ais je, jawab beliau sambil sengih sengih. Saya dalam hati patutlah
APA KAITAN AIS DENGAN PARAS HB?
1) MENGIDAM BAHAN BUKAN MAKANAN (PICA)
American Pregnancy Association menyatakan, jika wanita mengandung mengidam bahan bukan makanan (ais, tanah, sabun, ubat gigi) dan memakannya, ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada ibu dan bayi yang dikandungnya.
Bahan yang diambil berkemungkinan boleh menghalang penyerapan nutrien (vitamin dan mineral) dalam makanan yang diambil oleh wanita tersebut dan boleh menjadi punca berlakunya kekurangan zat yang berterusan.
Selalunya tabiat mengunyah ais (pagophagia) sering dikaitkan dengan ibu hamil yang mempunyai rendah haemoglobin dalam darah (anemia) Jadi sebaiknya pergi periksa ya jika ada kenalan yang suka mengunyah ais ni.
2) KALAU MENGIDAM MAKANAN PULA?
Sebenarnya, penyebab berlakunya mengidam atau penolakan sesuatu jenis makanan semasa mengandung masih tidak diketahui. Terdapat pelbagai faktor yang dikaitkan sebagai punca berlakunya mengidam.
Menurut seorang pengkaji, Siobhan Dolan berpendapat mengidam atau penolakan semasa kehamilan sebenarnya merupakan satu faktor perlindungan, walaupun tiada data saintifik yang mencukupi untuk menyokong teori ini.
Perkara seperti peningkatan keperluan kalori serta zat makanan (nutrien) semasa kehamilan dan keperluan untuk pertumbuhan atau pembentukan janin merupakan alasan mengapa keadaan ini berlaku.
Walau bagaimanapun, ada sesetengah saintis atau penyelidik menyatakan perubahan hormon semasa mengandung turut memberi kesan kepada deria bau. Ini secara tidak langsung memberi kesan dalam pemilihan dan pengambilan makanan.
Mengidam sesuatu jenis makanan semasa mengandung turut dikaitkan sebagai petanda berlakunya kekurangan zat makanan atau nutrien.
Sebagai contoh, seseorang wanita hamil yang mengidam susu atau produk tenusu seperti keju menunjukkan kekurangan kalsium. Manakala mengidam makanan manis seperti coklat menandakan peningkatan keperluan kalori atau kekurangan vitamin B.
JADI APAKAH YG PERLU DILAKUKAN JIKA ANDA MENGIDAM SEMASA HAMIL?
Berikut adalah 6 langkah yang boleh anda lakukan :
1)Makan makanan yang seimbang dan pilih makanan yang kurang lemak serta tinggi serat seperti produk bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran serta kekacang. Sekiranya anda makan secara sihat setiap hari, sesekali anda mengidam makanan yang kurang berkhasiat dan diambil dalam jumlah yang sedikit tidak menjejaskan keperluan zat yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan.
2) Makan secara kerap dan boleh makan enam kali dalam sehari dalam jumlah yang sedikit tetapi mengenyangkan. Ini bagi membantu mengelakkan penurunan paras gula dalam darah sehingga sukar untukmengawal keinginan untuk makan.
3) Alihkan perhatian dengan keluar berjalan, bersembang, membaca atau menjauhi dapur anda atau kedai.
4) Beri tumpuan kepada makanan yang rendah kandungan kalorinya.
5) Sekiranya ingin makan ais krim, pilih ais krim yang diperbuat daripada yogurt rendah lemak yang disejuk beku atau sorbet.
6) Sekiranya mengidam untuk makan kerepek kentang (bergoreng), pilih yang dibakar atau dipanggang dan kurang garam.
Sekali lagi dinyatakan, adalah tidak salah untuk anda mengidam semasa mengandung. Walau bagaimanapun, pastikan anda tidak mengambil makanan tersebut secara berlebihan.
Pengambilan makanan yang tinggi kalori terutamanya yang tinggi kandungan gula dan lemak atau minyak boleh menyebabkan peningkatan berat badan yang berlebihan secara mendadak.
Pertambahan berat badan yang berlebihan akan meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit diabetes semasa mengandung dan masalah tekanan darah tinggi.
Dan jika anda mengidam bahan bukan makanan sila maklumkan pada doktor anda dan sentiasa ketahui status Hb anda.