Pakai Toner Pun Penting, Tak Ada Lah Masalah Kulit Makin Kering Berjeragat

Share

Pakai toner sangat penting untuk kunci kelembapan pada wajah dan ini merupakan salah rutin harian penjagaan kulit wajah.

Kalau ikutkan toner berfungsi untuk memberikan kesegaran pada wajah dan membersihkan kekotoran yang tidak mampu dibersihkan oleh pencuci muka. Melainkan anda pakai berus muka, itu mungkin betul dah betul-betul bersih.

Cara Pakai Toner Yang Betul

Untuk anda yang masih kurang mahir bab pakai toner, jemput baca perkongsian ini supaya anda dapat kulit yang diidamkan.

Guna Kapas Muka
Ramai yang biasa menggunakan kapas muka apabila memakai toner. Tetapi tak semua toner sesuai dengan teknik ini. Teknik ini sesuai untuk toner yang bersifat hydrating

. Contohnya, Simple Soothing Facial Toner.

Toner perlu dituang ke atas kapas muka dan sapu secara menyeluruh ke wajah dan leher. Penggunaan toner mengikut teknik menggunakan kapas muka ini dapat membersihkan kekotoran yang tersisa pada kulit wajah selepas mencuci muka. Ini secara tidak langsung dapat membantu membersihkan kulit wajah.

Guna Tapak Tangan
Teknik yang seterusnya ialah menggunakan tapak tangan. Sebaiknya anda pilih toner yang bersifat hydrating atau soothing yang tidak mengandungi alkohol, AHA atau BHA.

Letakkan toner ke atas tapak tangan, gosok tapak tangan dan sapu ke wajah dengan teknik “dab” atau menepuk wajah. Teknik ini bertujuan untuk menghidrat kulit dan bukannya untuk membersihkan kulit.

Tapak tangan mempunyai haba yang membantu toner untuk meresap ke dalam kulit dengan lebih cepat.

Buat Toner Sebagai Mask
Teknik menggunakan toner dengan betul yang seterusnya ialah jadikan toner sebagai mask. Letakkan toner pada kapas muka sehingga basah di kedua-dua bahagian. Kemudian, pisahkan kapas tersebut sehingga nipis kepada dua bahagian. Seterusnya, letakkan kapas tersebut ke atas kulit wajah yang kering. Biarkan dalam 15 minit.

Teknik ini sesuai dilakukan apabila kulit mengalami kekeringan di sebahagian kecil kulit wajah. Oleh itu, toner yang sesuai digunakan adalah bersifat melembapkan (hydrating).

Jadikan Toner sebagai Face Mist
Teknik yang seterusnya ialah jadikan toner sebagai facial mist. Gunakan botol spray yang kecil seperti botol face mist supaya mudah dibawa ke mana-mana.

Masukkan toner yang bersifat hydrating separuh botol kecil face mist. Kemudian, tambahkan air bertapis separuh botol kecil face mist. Nisbah yang boleh digunakan ialah 50:50. Jika kulit masih kering, lebihkan sahaja toner berbanding air.

Goncang botol face mist yang sudah dicampur toner dengan air bertapis. Kemudian, semburkan pada wajah anda jika wajah terasa kering.

Bilas Wajah Menggunakan Toner
Teknik menggunakan toner dengan betul yang terakhir ialah membilas wajah dengan menggunakan air dan hydrating toner. Masukkan air ke dalam besen kecil sebanyak 250 ml dan campurkan sedikit toner.

Teknik ini amat sesuai untuk kulit yang mengalami kekeringan walaupun selepas mencuci wajah. Jadi, teknik ini dapat membantu mengembalikan kelembapan pada kulit wajah.

Dengan cuaca yang panas dan kering sepanjang tahun, kulit anda pasti jadi kering dan boleh jadi masalah jeragat. Semoga perkongsian cara pakai toner ini dapat membantu anda untuk menjaga kecantikan dan mengekalkan kelembapan kulit.

IKLAN