Ramai pakai macam-macam di wajahnya, sebab nak kulit cantik cepat tetapi sila semak dulu sebelum anda buat kombinasi bahan skincare. Risau muka breakout!
Pemilihan skincare kadang-kadang boleh jadi agak mengelirukan, walaupun dah cuba bermacam-macam produk tapi kulit masih terasa macam tak ada perubahan pun, bukan?
Cuba perhatikan balik skincare routine, mana tahu ada tersilap kombinasi yang mengganggu proses pembaharuan kulit atau lebih teruk lagi boleh mengakibatkan iritasi dan ketidakselesaan.
Elakkan kombinasi skincare di bawah:
Ads
1.Retinol dan Niacinamide- BOLEH
For the most part, niacinamide boleh gabung dgn semua serum & krim termasuk retinol, asid Hyaluronik, Vit C, AHA/BHA. Kedua2 berfungsi dengan baik bersama-sama.
2.Retinol dan Vitamin C – TAK BOLEH
Retinol tak elok gabung dengan Vit C sebab kedua-duanya bahan aktif. Gabungan boleh sebabkan lebih banyak kerengsaan. Sebaliknya, gunakan retinol waktu malam dan Vitamin C waktu siang.
3.AHA/BHA dan Ceramide – BOLEH
Boleh gabungkan ceramide dgn AHA/BHA. Sebenarnya sangat bagus gabungan dua ni! Pengelupas AHA/BHA tanggalkan lapisan kulit mati, so lebih mudah ceramide diserap oleh kulit.
Ads
4.AHA/BHA dan Retinol- TAK BOLEH
Gabungan retinol dan AHA/BHA berkesan untuk hiperpigmentasi yang disebabkan oleh jerawat, namun ia boleh menyebabkan kekeringan dan kerengsaan.
5.Benzoyl Peroxide dan Niacinamide- BOLEH
Ya, anda boleh gunakan benzoyl peroxide + niacinamide pada masa yang sama. Malah, ramai pakar mencadangkan penggunan gabungan kedua-dua bahan ni.
Ads
6.Benzoyl Peroxide dan AHA/BHA- TAK BOLEH
Kedua-dua BHA dan benzoyl perokside berkesan terhadap jerawat, tapi bila guna pada masa yang sama boleh sebabkan kulit terlalu kering. Cuba gunakannya alternate days.
Jadi sebelum pakai sila berjaga-jaga ya, jangan sampai tersilap gabung bahan dalam produk!
Anda patut cuba skrub barli campur beras kalau nak kulit cerah tanpa perlu pakai mekap tebal. Nak-nak anda yang ada masalah cela di wajah, sangat sesuai guna petua ini.
Cukup amal dua kali dalam seminggu, wajah akan kelihatan berbeza dari biasa. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Aya Zuki. Nak tahu lanjut, ikuti perkongsiannya di sini.
Amal Skrub Barli Campur Beras, Kulit Jadi Cerah Dan Makin Anjal
Guna barang-barang dapur sahaja, boleh pakai hari-hari. Cukup selesa kulit lepas pakai. Ini antara kesan selepas pakai skrub ini:
Kulit lembut yang amat!
Blackhead dan whitehead hilang dari radar. Hilang rasa hidung berduri.
Kulit licin nak mekap pon rasa smooth.
Cerahkan kulit.
Buang sel-sel kulit mati, berseri-seri muka lepas scrub
Hilang jerawat
Bahan-bahan:
1)Segenggam beras ( basuh dulu)
2)garam
3)barli
Ini Cara Nak Buat:
Step 1 : Ambil segenggam beras dan dicuci.
Step 2 : Masukkan garam ke dalam pengisar.
Step 3 : Masukkan beras ke dalam pengisar.
Step 4 : Kisar halus.
Step 5 : Keluarkan daripada pengisar.
Step 6 : Ambil barli.
Step 7 : Masukkan ke dalam pengisar kering.
Step 8 : Kisar halus.
Step 9 : Keluarkan kisaran barli ke dalam bekas.
Campur Dua Bahan Penting
Step 10 : Satukan kisaran beras dan barli.
Step 11 : Gaul hingga sebati.
Step 12 : Sedia untuk digunakan.
Haaa… jangan malas kalau nak kulit cantik dan cerah ya! Petua orang lama macam ini biasanya berkesan kalau konsisten amal. Selamat mencuba, gais!
Perempuan nak cantik kena tidur awal! Itu rahsia utama bagi anda yang nak sangat kulit glowing bila bangun pagi.
Ini kerana seorang pakar kulit iaitu Geoff Wright mendedahkan jika seseorang wanita itu memiliki kulit yang lebih cantik, glowing dan awet muda, itu kerana mereka tidur sebelum pukul 11 malam.
Tidur Awal
Tambahnya lagi, badan setiap manusia memiliki ‘jam biologi’ yang mana kulit akan kekal lembap secara semula jadi bermula dari pukul 8 malam sehingga 11 malam setiap hari.
Manakala pada pukul 11 malam sehingga 3 pagi pula, kulit disetkan kepada waktu penjanaan semula sel kulit dan penutrisian.
11 malam-3 pagi: Penggantian sel kulit terjadi ketika badan sedang berehat atau tidur. Jika tidak, akan terjadi dengan sedikit dan tidak optimum, yang hasilnya kulit jadi semakin menua dan kusam.
Amalkan Petua Pakai Madu Dan Timun
1 batang timun
Sedikit madu
Cara Membuat:
Kisar timun di dalam pengisar hingga hancur.
Campurkan jus timun itu dengan sedikit madu (1: Jus imun dan 2: madu). Kacau rata.
Oleskan campuran ini ke kawasan bawah mata.
Biarkan selama beberapa ketika, lalu cuci muka.
Lakukan secara rutin selama tiga minggu untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
Hah, nanti amalkan tip cantik ini dan jomlah amalkan tidur awal sekitar jam 10:30 malam untuk daptkan kulit wajah cantik semula jadi melalui proses penjanaan semula sel kulit dan penutrisian.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya minum air rendaman bawang, seorang wanita dapat turunkan berat 3KG seminggu. Menarik bukan?
Menerusi perkongsian daripada Harlinabi Abdullah, dia mengamalkan cara minum air rendaman bawang putih dan hasılnya berat turun 3 kg dalam masa seminggu.
Jadi untuk capai misi kurus tahun ini, anda boleh cuba petua ini. Tak susah pun nak buat, cuma pastikan ada bawang putih.
Turun 3 KG Minum Rendaman Air Bawang Putih
Di sebabkan saya dah berjaya turunkan berat badan seminggu 3kg lebih, saya kogsikan petua ini ya.
Cara Penyediaan:
– Ambil 3,4 ulas bawang putih di ketuk.
– Masuk kan dalam air suam-suam tutup dengan penutup biar udara dalam tak keluar udara luar pun tak masuk biarkan semalaman minimun 6 jam.
– Pagi bangun dengan perut kosong kita minum air rendaman bawang putih.
Menurutnya juga selain turun kan berat badan boleh jugak membantu kawal diabetes kalau selalu menggunakan cara macam ini.
Sebab saya pun tiap pagi minum air rendaman bawang putih dengan cara ini. Banyak lagi kebaikan rendaman bawang putih selain DIABETES,Penyakit jantung,tekanan darah,flu dan sebagainya boleh research di YouTube dan Google.