Khas untuk anda yang nak lembapkan kulit, anda boleh cuba pakai petua ini, sejenis masker kunyit juga tetapi bahannya mungkin berbeza daripada yang lain.
Menurut seorang wanita yang kongsi petua ini, katanya petua ini daripada amalan orang India. Sebab itulah kebanyakan artis Bollywood mukanya bersih dan cantik.
Jom tengok macam mana cara nak buat ya.
Ads
Lembapkan Kulit Cara Jimat, Pakai Je Masker Beras Kunyit!
⠀ Bahan-bahannya:⠀
Segenggam beras (rendam 2jam)⠀
1 inci kunyit hidup⠀
1 sudu jus lemon/limau kasturi⠀
1/2 cawan air⠀
2 biji sengkuang cina (untuk lembabkan kulit). Kalau tak ada pun tak apa.
⠀ Cara-caranya:⠀
1. Blend semua bahan ini.⠀
2. Simpan selama 1 jam⠀
3. Buang air kat bahagian atas. Ambil mendaknya sahaja.⠀
4. Sapu kat muka sambil gosok-gosok seluruh muka kecuali mata.⠀
5. Biar 10-15 minit kemudian cuci bersih.⠀
Ads
Selepas anda bilas muka, anda akan rasa nak pegang muka selalu sebab muka jadi lembut dan gebu. Anda pakai seminggu pun dah rasa perubahan, yang menarik parut nipis-nipis pun boleh hilang.
Ads
Owh ya, kalau pakai masker ni jangan lama sangat ya. Takut kesan kuning tu melekat di wajah anda. CUkup dalam 10-15 minit.
Jadi mudah kan? Sambil masak tu boleh lah buat. Pakai sekejap pun boleh, janji hasilnya kulit lembap tanpa perlu pakai pelembap yang dijual di kedai. Jimat poket anda!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menarik, sesekali anda kena hilangkan kulat dalam almari sebab kalau dibiar nanti pakaian atau barang yang disimpan akan berbau!
Hah, kalau pakai perabot jenis MDF board (medium density fiber bord), particle bord, compressed bord atau seangkatanya, lagi mudah naik kulat.
Masalah ini akan kerap berlaku jika perabot lembap dalam tempoh yang lama dan kedap, biasanya akan kena pada almari baju, rak buku dan sebagainya.
Dah lap dan dibersihkan pun, masih ada lagi kelihatan kulat wujud terutamanya di bahagian yang telah dibersihkan. Ini berlaku disebabkan oleh spora yang tersia dan keadaan atau kondisi ruang tersebut masih lembap.
Namun Bijen Mohd ada cara tersendiri untuk atasi masalah kulat dalam almari.
Ingat lagi dua tahun lepas saya pernah share cara buat DIY dehumidifier menggunakan gel silika? Ada sesiapa yang dah cuba? Macam mana kesannya? Berhasil tak?
Setelah dua tahun menggunakan kaedah tersebut, saya dah boleh tarik senyum lebar sampai ke telinga. Dalam seminggu ni saya buat deep cleaning kat rumah, tak jumpa sehabuk kulat pun.
Kalau diikutkan, dah dua cycle musim winter kat Kertih ni. Saya pun tak ambil cakna sangat keadaan dalam rak tu. Tengok-tengok, kulat langsung tak timbul balik.
Jadi, ini saya kongsi balik cara nak selesaikan masalah habuk kulat yang rajin membiak di perabot rumah. Ikuti langkah-langkah dalam gambar di bawah.
Kulat mudah membiak di permukaan perabot murah sebab sifatnya yang mudah menyerap lembapan kerana diperbuat daripada habuk kayu.
Jadi misi kita adalah memikirkan supaya udara di dalam ini sentiasa berada dalam keadaan kering.
Beli pasir crstal dekat sini je https://invol.co/cl8ey75. 5 liter baru RM 17. Banyak pula tu dapat.
Oleh itu, kita gunakan gel silika yang selalu terdapat di dalam kotak pembukusan barang dan beg. Konsep macam Thirsty Hippo-lah lebih kurang. Tapi nak kumpul gel ni banyak-banyak makan tahunlah jawabnya.
Cara mudah adalah beli gel timbang kilo di Shopee atau alternatifnya beli kristal kucing di kedai haiwan peliharaan.
Kemudian bungkus masuk dalam bekas dan jangan lupa tebuk lubang agar ia dapat berfungsi dengan baik.
Oh ya, kristal ni boleh dikitar semula kalau nak. Setahun atau dua tahun sekali, korang boleh jemur balik di bawah terik mentari atau salainya atas kuali kat dapur.
Kalau korang beli gel silika yang boleh berubah warna bila kandungan air tinggi, lagi mudah nak nampak.
Bungkus banyak-banyak dan gunalah di tempat yang sepatutnya seperti di dalam rak, perabot, storage box, luggage bag dan sebagainya.
Gel silika ni menyerap lembapan di dalam udara. Bukan menyedut air.
Satu lagi tips nak kongsi, kalau korang bungkus wayar, dawai besi atau barang dalam plastik dan diletakkan dalam storage box, pastikan letak sekali gel ni dalam plastik tersebut.
Sebab udara yang terperangkap dalam plastik tu masih ada lembapan. Jadi, kalau biar lama-lama nanti jadi stained wayar tu nak kena cuci balik.
Kalau tak, sila gunakan plastik yang berlubang supaya pengaliran udara baik dan tak terperangkap dalam plastik.
Ini rupanya setelah dua tahun. Masih berkilat macam saya tinggalkan dulu. Habuk-habuk sawang tu adalah sikit. Tapi kehadiran kulat tu langsung tak ada.
Dua tahun lepas lepas bersihkan kulat, saya spray dan lap dulu guna Dettol Disinfectant Spray. Baru saya isi barang dan letak dua kotak gel silika di dalamnya.
Senang bukan? Selepas ini anda pun boleh cuba guna gel silika ini untuk hilangka kulat yang muncul dalam almari. Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan senang nak hilangkan jerawat atau ruam di wajh muka. Nak-nak yang jenis halus sebab di kawasan dahi.
Dengan menggunakan cara alami, Puan Norafiza Mahmud berjaya buktikan hasil yang berkesan. Malah kulitnya nampak sangat bersih dan glowing. Jemput baca tip yang dikongsi ini.
Tip Hilangkan Jerawat Dan Ruam
Cik oya bagi satu rahsia untuk hilangkan jerawat atau ruam dalam masa 3 hari. Suka kan? Dulu, kulit cik oya tidak licin dan gelap sedikit. Jadikan rahsia ini sebagai rutin harian atau mingguan. Mesti kulit anda licin.
Untuk sepanjang rawatan 3 hari, cik oya lakukan setiap hari sebelah pagi sepanjang 3 hari. Jika masalah anda teruk sedikit dari Cik Oya. Lakukan sahaja 5 hari berturut-turut. In shaa Allah akan membantu. Jangan percaya tau, buat dahulu baru rasa.
Ini yang jadi tertekan.
Tolong lah jangan pakai foundation tebal tebal. Macam hantu.
Selepas wap muka, buang kotoran dalam liang roma menggunakan peratan khas ok. Jangan gunakan kuku. Lakukan ini selepas wap muka.
Selepas itu sapu ais untuk menutup kembali Liang roma. Tadaaaa.
Mudah sahaja. Rajin atau Malas je. Ini bahan-bahan wap muka.
Sagat halia dan kemudian campur dengan telur.
Siap. Lumur pada muka dan diamkan selama 15minit atau 20 Minit. Sedikit panas di muka. Jika kurang tahan boleh bilas awal.
Bilas dan biarkan kering.
Nah, senang bukan? Selepas ini kalau nak cantik anda boleh lah sagat halia dan lumur pada wajah. Yang penting jadikan rutin, inshaa Allah ada perubahan pada wajah anda.
Selamat bercantik-cantik!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi mereka yang mengamalkan diet cara sihat ramai membeli oat bagi menggantikan sumber karbohidrat lain.
Sebenarnya pelbagai jenis oat dijual dan perlu tahu mana yang sesuai diambil untuk dijadikan makanan sihat.
Perkongsian Dr Zubaidi Ahmad memberitahu jenis-jenis oat yang perlu kita ketahui
1. Ramai yang membeli oat sebagai makanan sihat, tetapi tidak memilih jenis oats yang betul.
2. Terdapat beberapa jenis oat yang perlu diketahui sebelum membeli oats.
1. Instant oat
Oat yang paling banyak menjalani pemprosesan. Ia dimasak terlebih dahulu, kemudian dikeringkan, digelek, dilenyek dan dipotong kepada kepingan halus bagi tujuan memudahkan untuk dimasak. Ia direndam bersama air panas dan terus boleh dimakan dan boleh dimakan segera.
2. Quick Oat
Quick oat ini adalah oat yang dipotong kurang halus berbanding instant oat. Tempoh masaknya juga lebih lama, lebih kurang 2-3 minit.
3. Rolled oat
Ia adalah oat yang sudah dilenyek, tapi belum dimasak semasa pemprosesannya. Ia lebih tebal daripada quick oat. Ia perlu dimasak lebih lama, lebh kurang 5-7 minit.
4. Steel cut oat
Ia adalah oat yang paling kurang diproses. Ia dipotong kasar dan tidak dilenyek. Bila dikunyah, rasanya kenyal. Cara masaknya agak lama, sekitar 20-30 minit sebelum boleh dimakan.
Cara pemprosesan oat ini hanya melibatkan fizikal saja. Kandungan karbohidrat (nilai kalori) keempat-empat oat ini hampir sama. Yang berbeza adalah nilai Indeks Glisemik (Glycemic Index, GI), iaitu kadar penyerapan ke dalam tubuh. Ini kerana semasa diproses kandungan fiber akan dibuang.
Semakin halus oatmeal, semakin tinggi nilai GI, semakin cepat diserap ke dalam badan dan semakin cepat ditukar kepada gula.
Bagi pesakit kronik terutama diabetes mellitus, elakkan pengambilan instants oat dan quick oats. Ini kerana nilai glisemik indeks (GI) bagi instant oat dan quick oats adalah 83, hampir sama seperti nasi putih.
Saya galakkan pengambilan rolled oat dan steel cut kerana nilai GI adalah sederhana, iaitu 58 sama kategori dengan brown rice.
7. Ambil satu atau dua sudu besar oats untuk setiap hidangan (waktu pagi dan malam) untuk rasa lebih kenyang.