Nak Kurus Lebih Cepat & Perut Pun Kempis, Rahsia Wanita Ini Minum Air Lemonade Buat Sendiri. Setiap wanita mengimpikan saiz badan yang langsing untuk keselesaan diri sendiri. Bagi memudahkan pergerakan dan paling penting dapat melakukan ibadah lebih mudah.
Namun bukan mudah untuk mendapat saiz badan diidamkan. Malah ramai mencuba pelbagai cara untuk memastikan badan kekal langsing dan salah satunya amalkan pengambilan air minuman lemon.
Seperti perkongsian wanita ini Ibu Azzah yang memberitahu rahsianya yang berjaya mengekalkan badan yang kurus hanya dengan mengamalkan minum air lemonade dibuat sendiri.
Ramai wasap dan pm ibu tanya apa rahsia ibu kuruh lening. Kurus ker ? Hehe.. Alhamdulillah perjuangan ibu untuk turunkan berat badan semakin nampak ketara hasilnya. Dan sikit lagi nak capai ideal weight. Bukanlah mudah tapi tak susah jika bersungguh nak ubah.
Ads
Bayangkan dari 80 kg, sekarang da capai 60 kg. Siapa student dan followers lama ibu korang tahulah ibu dulu camner. Bila tengok balik video live dan video2 dalam group kelas Pjj, tak sanggup nak tengok diri sendiri yg bulat, kembang setaman hahaha. Dan yang paling sedih bila orang teka umur jauh lebih tua dari usia.
Sebab tulah ibu tekad ubah lifestyle. Cara makan dan mula exercise. Amik masa 3 tahun jugaklah nak capai berat sekarang.
So korang jangan expect hari ni niat nak kurus cam Ibu Azzah, sebulan nak dapat hasil terus memang taklah. Kena sabar, konsisten dan disiplin. Kelaut tu biasa tapi cepat2 naik ke darat, haa gitew.
Cuma yg ibu perasan, dalam seminggu dua ni sejak ibu amal minum hari2 lemonade dari 2 biji lemon, berat cepat sangat turun. Perut pun kempis lain maciam. Suka sangat !
Tapiii, yang paling ketara, selera makan jadi berkurang. Seriyes tak tipu. So ibu nak share lah resepi simple tapi power detox sihat cara ibu.
Ads
Rahsia Wanita Ini Minum Air Lemonade Buat Sendiri
Bahan ; 2 biji lemon 2 sudu gula kelapa – ibu guna jenama ococ 2 sudu madu – ibu guna jenama ococ 750 ml air
Cara : – perah lemon, tapis dan ambil jus. Ibu guna thermomix. Kisar 2 saat jer dgn air. Dapat banyak jus. – pastu capo terus gula kelapa dan madu – taruk ais. – ulang2 minum.
Fuhhh segar anak tekak. Yang penting boleh bikin perut kempis. Tak percaya, cubalah.
Bagaikan tidak menyangka dirinya kini tidak mempunyai rahim. Ini adalah kerana keputusan terpaksa membuang rahim selepas terdapat ketumbuhan pada organnya.
Bagi pemilik nama Nourul Deep ini, keputusan itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga bagi menyelamatkan nyawanya.
Tambahnya lagi, jika dapat mengesan dari peringkat awal, peluang untuk dirawat jadi lebih tinggi.
Penyanyi yang popular dengan lagu Kerana Terluka ini berkongsi cerita itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagramnya miliknya mengenai prosedur menjalani pembedahan membuang rahim.
Ujar Nourul, perkongsian itu dibuat sebagai rasa tanggungjawab sebagai seorang wanita dalam memberi kesedaran kepada umum mengenai betapa pentingnya pencegahan terhadap sebarang ketumbuhan pada tubuh badan.
Tambahnya lagi, dia berasa bersyukur kerana ketumbuhan pada rahimnya itu diketahui pada peringkat awal dan dapat mengambil langkah berjaga-jaga untuk menyelamatkan nyawanya.
Meskipun sudah setahun menjalani prosedur pembuangan rahim itu, Nourul memaklumkan sebarang ketumbuhan yang ada pada tubuh badan harus diperiksa oleh doktor bertauliah.
7 September lalu genap setahun penyanyi popular Nourul Depp menjalani pembedahan pembuangan rahim selepas disahkan mempunyai ketumbuhan.
Menurut Nourul ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai untuk peka dengan kesihatan dalaman. Dia tahu ramai yang takut dengan pembedahan namun ia lebih baik daripada menanggung sakit dalam tempoh lama.
“Cerita setahun yang lalu.. Terpaksa remove uterus (rahim) bila doktor terjumpa something yang boleh memudaratkan di masa yang akan datang.
“Apa yang kami nak cerita kat sini ialah buat medical check setiap 12 bulan. Semua ni gambar 5,6,7 September 2020. Tak akan lupa perasaan bila doktor break the news. Genetically kami memang jenis ada ketumbuhan ni. Memang dari sebelah arwah abah. Sebab tu jaga diri dan bersenam.
“Takut? Siapa tak takut nak bedah. Tapi lebih baik sakit sat (tak lama) dari sakit berpanjangan seperti penyakit kanser dan sebagainya.
Dalam pada itu, Nourul berkata dia tidak berfikir panjang selepas dimaklumkan doktor yang dia perlu menjalani pembedahan. Ujarnya, dia perlu sihat demi anak-anaknya yang masih kecil.
“Kami tak tunggu lama. Kami kata buang!!! Booked date terus jalan! Kami tak tunggu dah. Anak anak masih kecil. I have to live for them. Allah perkenankan Alhamdulillah Allah permudahkan.
“Itulah kisahnya. Kami cerita ini sebab ramai yang takut nak pi bedah bila kena bedah. Takut tu sat ja. Dengan ubat doktor bagi tu, awak akan lena. Best rasa. Dapat rehat. Semua doktor adalah bagus dalam bidang depa. Mereka nak selamatkan nyawa. Jadi mereka jaga kita sepanjang dibedah.
Kata Nourul, selain daripada faktor genetik, antara punca dia mengalami ketumbungan tersebut adalah disebabkan tekanan yang melampau.
“Genetically kami memang jenis ada tumbuh-tumbuh ni. Memang dari belah arwah abah. Sebab tu jaga diri dan exercise. 30% adalah gene kita, 70% gaya hidup.
“Kes kami berlaku sebab stress atas satu perkara berlaku November 2018. Simpan dalam diri bawak penyakit. Tercabar ego dan kebijaksanaan kami apabila ditipu oleh seorang Dato dan wanita untuk album bahasa Perancis kami.
Sekadar rekod, Nourul dan suami, Eric Daniel Depp berkahwin pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 8, Raphael, 6, dan Isabella 2.
Sementera menerusi perkahwinan terdahulu bersama komposer Ajai, Nourul dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ayu Nazirah, 23 tahun.
Terpesona melihat air wajah ayu Tunku Tun Aminah jadi kanvas solekan dari MUA terkemuka Thailand, Babara Beer.
Jurusolek yang berasal dari negara jiran ini cukup terkenal dengan solekan tak berat dan hasilnya glowing.
Kalau sekali tengok reels toturial mekap Babara, memang ralit melihat hasil solekan yang memukau. Tak tebal tetapi nampak semula jadi.
Tunku Tun Aminah yang lebih mesra dipanggil Ku Inah oleh rakyat Johor, dahulu mempunyai akaun peribadi Instagram. Gemar berkongsi gaya fesyen dan pelbagai tips gaya hidup, ramai yang rindu untuk Ku Inah kembali muncul dalam media sosial.
Setelah mendirikan rumah tangga bersama seorang warganegara Belanda dan kini mempunyai seorang puteri cahaya mata, Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim semakin sibuk menguruskan kehidupan peribadi bersama keluarganya dan jarang dilihat di media sosial.
Nah, menerusi Instagram Babara Beer, Ku Inah disolek manis untuk dua resepsi. Babara acap kali mengucap tanda terima kasih dan penghargaan kerana dipanggil sendiri oleh Ku Inah untuk dijadikan penata rias wajahnya.
Terpukau melihat wajah bare Ku Inah. Bersih, berseri dan sesungguhnya memang cantik semula jadi. Ditambah dengan solekan air tangan Babara, lagi naik seri wajahnya.
Antara gambar hasil solekan yang pertama. Boleh jadi idea untuk mekap hari pernikahan akan datang. Bentuk mata bundar dan hidung mancung Ku Inah dirias tipis dan berhati-hati tanpa menganggu kecantikan yang asal.
Solekan kedua pula, tampak lebih glamorous tetapi tetap anggun dengan kelebihan kulit Ku Inah yang sangat licin.
Lengkap dengan gaya rambut high pony-tail, belahan eyeliner lebih tebal serta kilauan glossy bibir. Orang kalau dah cantik, buatlah simple mana pun tetap akan nampak cantik!
Kalau anda nak tengok lagi hasil solekan Babara Beer yang lain, boleh terus ke Instagram @babarabeer_makeup. Nampaknya jurusolek berbakat Thailand bertambah lagi pengikut dari Malaysia gara-gara Tunku Tun Aminah!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum bersolek, ketahui dulu cara pilih bedak asas yang sesuai dengan kulit kerana ini sangat membantu membuatkan wajah anda kelihatan natural dan tak ‘kelabu’.
Jangan pandang remeh sebab sangat penting untuk mengetahui jenis bedak asas yang sesuai bagi membolehkan sapuan tepat dilakukan pada wajah.
Ini juga dapat mengelakkan penampilan kelihatan janggal, kulit wajah nampak kelabu, terlalu gelap atau terlalu cerah.
Cara Pilih Bedak Asas Sesuai Dengan Warna Kulit
Kenali dahulu jenis kulit anda, adakah normal, kering, atau berminyak. Kemudian perhatikan warna dasar kulit wajah anda. Mengetahui jenis kulit dan warna dasar kulit wajah dengan baik akan memudahkan anda untuk memilih bedak asas yang tepat. Barulah segala cela akan tertutup sempurna.
Berikut dikongsikan LIMA tip pemilihan bedak asas mengikut jenis kulit anda.
KENAL JENIS KULIT
Tip pemilihan bedak asas yang pertama adalah anda perlu kenali jenis kulit anda. Setiap orang memiliki masalah kulit tersendiri. Ada yang kulitnya kering, berminyak, normal, dan ada juga yang jenis kombinasi seperti normal cenderung kering atau normal cenderung berminyak.
Kebiasaannya bedak asas sudah tersedia khusus untuk jenis kulit anda. Ada bedak asas yang khas untuk kulit berminyak dan ada bedak asas yang khas untuk kulit berjerawat. Ini akan lebih memudahkan anda dalam memilih bedak asas yang paling tepat dan sesuai.
PILIH TEKSTUR BEDAK ASAS
Perhatikan juga tekstur bedak asas. Tekstur bedak asas ada yang padat, cair, gel, krim dan serbuk (powder). Tekstur berbeza, fungsinya pun berbeza juga. Berikut adalah jenis dari fungsi-fungsi bedak asas tersebut:
Bedak asas padat
Sangat sesuai digunakan untuk kulit berminyak.
Bedak asas jenis cair
Sesuai untuk kulit kering kerana memberi kesan melembabkan. Walau bagaimanapun bedak asas jenis cair juga sesuai untuk kulit normal dan normal cenderung kering ataupun berminyak. Hal ini kerana formulasinya sangat ringan jika dibandingkan bedak asas tekstur lain.
Bedak asas jenis gel
Sesuai untuk kulit kering dan normal cenderung kering, kerana teksturnya agak seakan sama dengan bedak asas cair. Bedak asas jenis ini sesuai digunakan untuk kulit berjerawat.
Bedak asas jenis krim
Bentuknya sama seperti bedak asas jenis padat, hanya testurnya lebih ‘creamy’ dan lembut. Tetapi ada juga yang bentuknya sama seperti krim. Tekstur bedak asas jenis krim ini sesuai untuk segala jenis kulit, hanya kebiasaannya digunakan oleh mereka yang telah mengalami tanda-tanda penuaan. Ini kerana bedak asas jenis krim sangat bagus untuk menutupi parut hitam.
Bedak asas jenis serbuk (foundation powder)
Agak sama seakan dengan bedak serbuk, kemampuannya melitupi lebih baik daripada bedak serbuk biasa. Tekstur bedak asas jenis ini sesuai untuk mereka yang memiliki kulit jenis berminyak.
KENALI WARNA DASAR KULIT
Langkah seterusnya dengan mengetahui warna dasar kulit anda, ini akan mempengaruhi warna foundation yang paling sesuai untuk anda.
Warna dasar tidak ditentukan melalui warna kulit yang terlihat, seperti lebih terang atau lebih gelap, melainkan dikategorikan menjadi tiga dengan warna pembuluh darah sebagai pembandingnya, iaitu: cool, warm, dan neutral.
Warna dasar kulit cool untuk mereka yang pembuluh darah berwarna biru. Warna dasar kulit warm untuk mereka yang pembuluh darah berwarna hijau. Warna dasar kulit neutral untuk mereka yang pembuluh darah yang tidak terlalu berwarna biru mahupun hijau.
Biasanya, jika terdedah sinaran matahari, kulit wajah pemilik warna dasar kulit cool akan terlihat merah muda. Dan untuk pemilik warna dasar kulit warm, warna kulitnya akan terlihat bronze.
PILIH WARNA YANG SEAKAN SAMA
Bila sudah kenali warna dasar kulit, sama ada cool, neutral, atau warm, langkah tip pemilihan bedak asas seterusnya adalah dengan memilih bedak asas dengan warna yang seakan sama atau hampir sama dengan warna dasar kulit anda.
Janganlah memilih bedak asas yang warnanya satu tingkat lebih gelap atau lebih cerah dari warna dasar kulit anda, apalagi jika warnanya jauh lebih gelap atau terang. Sebab kalau anda memilih bedak asas yang warnanya jauh dengan warna dasar kulit, ini akan terlihat berbeza dengan bahagian kulit anda yang lain seperti leher dan tangan.
Kalau warna dasar kulit anda cool atau cenderung pucat, maka pilihan warna foundation yang sesuai adalah yang memiliki shade warna pink hingga merah.
Jika warna dasar kulit anda neutral, maka pilihan warna bedak asas yang sesuai adalah yang memiliki shade warna coklat natural, pilihan ini sesuai juga untuk kulit sawo matang.
Jika warna dasar kulit anda warm, maka pilihan warna bedak asas yang sesuai adalah yang memiliki shade warna kuning hingga coklat muda, pilihan ini sesuai juga untuk kulit gelap.
SAPU PADA KULIT WAJAH
Sering kali jika anda berkunjung ke kaunter mekap di pusat membeli belah ataupun di kedai kosmetik, anda akan diberikan ‘tester foundation’ pada tangan anda. Hal ini kurang berkesan, kerana warna kulit tangan berbeza dengan warna kulit wajah. Cara yang terbaik ialah cubalah bedak asas secara langsung pada kulit wajah anda.
Apa yang perlu dilakukan ialah sebelum mencuba sesuatu bedak asas ialah dengan menanggalkan/mencuci sedikit mekap di sekitar pipi atau dagu. Setelah itu, sapukan bedak asas secukupnya pada pipi atau dagu yang telah bersih daripada mekap.
Anda juga boleh bertanya kepada shop keeper atau lebih baik lagi bertanya pada beauty advisor di sana jika ada. Mereka dapat membantu anda memilih warna bedak asas yang paling tepat dan sesuai dengan warna dasar kulit anda.
Nota: Gunakan penyamar noda (concealer) terlebih dulu terutama untuk kesan parut, kesan jerawat atau bintik hitam, selepas itu barulah sapu bedak asas supaya seimbang. Sapuan bedak asas yang betul ialah dengan cara ke atas atau menarik ke arah luar kiri dan kanan dan bukan menarik ke bawah bagi mengekalkan awet muda.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!