Kecantikan

Nak Kaki Cantik Tanpa ‘Kerak’, Amalkan Skrub 4 Bahan Ini

Share

Elok sesekali gosok pakai skrub kalau nak kaki cantik tanpa kerak, kulit pun makin cerah dan bersih ya.

Biasanya ramai yang abai bahagian kaki sebab rasa selesa manjakan wajah sahaja, tetapi ketahuilah kaki pun nak dimanjai.

Buat Kaki Cantik

Kesannya kulit semakin cerah tanpa cela. Nak buat ke Spa pun boleh tetapi lebih jimat DIY sendiri di rumah.

Bahan-bahannya:

Tepung beras
Garam himalaya
Kopi
Yogurt

Cara Nak Buat:

Ambil tepung beras sedikit, campur garam himalaya, dan sedikit yogurt. Kemudian gaul sebati.

Anda boleh gosok pada kaki sekali seminggu untuk buang sel kulit mati, barulah cerah tanpa perlu pakai produk. Kulit pun lembut sahaja lepas pakai.

Selamat mencuba!

Kredit: Arsha Armalie

 

Published by
Nadia