
Kurang tahu jumlah set penjagaan wajah yang patut dipakai pada wajah untuk hasil terbaik, ini ramai yang pandang remeh dan ada jenis main sapu sahaja.
Okay jom baca perkongsian daripada Farah Juliana, setakat mana yang anda wajib letak kalau nak kesan terbaik.
Jumlah Set Penjagaan Wajah Patut Pakai

Kalau anda pakai secara berlebihan skincare itu, tak dapat nak resap and akan glide di atas permukaan muka dan akan menyebabkan jerawat.
Sekarang anda boleh refer mengunakan tangan dan senang nak tahu berapa banyak perlu letak di muka.
Eyecream

Untuk eye cream, jangan letak banyak. Cukup perlukan sebesar butir beras sahaja sikit tapi memadai.
Sunscreen

Macam biasa kene apply 2 jam sekali dan hanya perlukan 2 jari
sahaja ataupun lagi senang layer sahaja untuk reapply.
Moisturizer

Hanya perlukan sebesar contact lens sahaja untuk lock semua
skincare yang dah pakai kat muka and mudah resap.
Scrub Muka
Pastikan scrub 2 kali seminggu and hanya perlukan sebesar biji
almost sahaja.
Serum
Hanya perlukan 2 titis sahaja jangan lebih kerana ini adalah jumlah yang sempurna.
Cleanser
Untuk pencuci jangan campurkan dengan air dan perlukan
sebesar biji koin sahaja.
Dapat sesuatu ilmu jaga kulit wajah? Ya, itu sahaja jumlah set penjagaan wajah yang anda perlu tahu. Goodluck semua!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bahan AHA/BHA Buang Sel Kulit Mati, Ini Cara Guna Chemical Exfoliating

Chemical exfoliator seperti AHA/BHA adalah bahan aktif dalam sesuatu produk yang bertindak untuk exfoliate kulit kita dengan lembut.
Jadi pentingnya anda mengambil tahu tentang kandungan bahan dalam setiap produk yang dipakai untuk mendapatkan kesan yang cepat dan selamat.
Namun, kalau anda tengah cari chemical exfoliating toner, Puan Nik Nazirah cadangkan untuk guna antara 3 ini:
1. Something Else Jasmine Green Tea Retexturing Treatment Tonic.
2. thepastelsshop “Jicama” 2% Lactic Acid + 1% Hyaluronic Acid Toner.
3. Wardah Lightening Face Toner.

Jicama tu saya dah pakai 2 botol. Sesuai untuk beginner.
Something Else tu saya baru try dalam sebulan. Minggu pertama tu purging lah juga tapi masuk minggu kedua dah slowly okay. A little bit pedih tapi still tolerable. Baunya sedap macam bunga melur.
Wardah pulak dah masuk botol kedua. Sedikit pedih masa pakai. Tapi buat masa sekarang berhenti pakai sebab nak habiskan Something Else dulu. Purging sedikit je masa minggu pertama pakai.
Ramai tak tahu bahawa toner Wardah ni bukan toner brightening biasa . Bila pakai daily, skin meragam kerana skin barrier dah rosak akibat over exfoliation.
Cara Guna Chemical Exfoliating
Kalau bahan AHA/BHA tu ada dalam pencuci, guna seperti biasa. Aturan penggunaan ada pada label, selalunya langkah penggunaan lebih kurang je untuk kebanyakan pencuci. Basahkan muka, urut guna pencuci bersihkan serata muka dan bilas.
Sama juga kalau AHA/BHA tu ada dalam toner, essence, serum, moisturizer. Guna mengikut fungsi produk tersebut. Sebabnya cleanser, toner, serum tu semua adalah vehicle untuk deliver bahan aktif tersebut kepada kulit kita.
AHA bertindak secara perlahan-lahan untuk melarutkan sel-sel kulit mati. Sebab itu untuk mendapatkan kesan exfoliation yang optimum, anda perlu menggunakan chemical exfoliation dalam leave-on product (yang popular adalah toner)
Ketiga-tiga toner ni menggunakan AHA. Types of AHA:
1. Lactic acid: derived daripada tenusu dan fermented vegetables.
2. Glycolic Acid: derived daripada tebu.
3. Malic Acid: derived daripada apples dan pears
4. Citric Acid: derived daripada buahan citrus.
5. Tartaric Acid: derived daripada anggur.
6. Mandelic Acid: derived daripada bitter almond.
Kongsi wanita ini, antara 3 toner ini, paling suka thepastelsshop Jicama Toner. Sebab itu yang paling gentle.
Owh ya, AHA selamat untuk dipakai pada waktu siang juga, yang penting kena lindung kulit dari sinaran matahari dengan pakai sunscreen.
Jadi kalau anda sedang mencari toner yang sesuai untuk wajah anda, boleh rujuk info ini dan pastikan anda tahu bahan dalam setiap produk yang anda beli.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dipuji Comel & Cantik Di Hari Bahagia. Najwa Latif Pilih Putih Untuk Majlis Nikah!

Dipuji Comel & Cantik Di Hari Bahagia. Najwa Latif Pilih Putih Untuk Majlis Nikah! Dalam diam rupanya penyanyi Cinta Muka Buku, Najwa Latiff kini telah selamat bergelar seorang isteri kepada pasangannya, Akwa Ariffin yang juga seorang penyanyi.
Majlis ringkas dan tertutup itu yang hanya dihadiri sanak saudara dan kenalan terdekat berlangsung di batu Pahat Johor kira-kira jam 8.30 pagi tadi.
Pada majlis itu, Akwa menyerahkan mas kahwin 2.5 gram emas kepada Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latiff.
Dipuji Comel & Cantik Di Hari Bahagia
Artikel Lain: Tampil Cantik & Lebih Kurus. Ini Rahsia Datuk Seri Vida Nampak Slim & Makin Lawa
Berita mengenai perkembangan dirinya itu dimaklumkan menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya pada pagi ini meraih pelbagai reaksi pengikutnya.
Menerusi hantaran tersebut, pasangan ini turut mengenakan persalinan sedondon berwarna putih. Keduanya juga turut memilih tarikh istimewa 11/11/2022 untuk diingati sebagai hari bahagia buat mereka.
Rata-rata warganet turut mengucapkan tahniah atas perkahwinan penyanyi Cinta Muka Buku ini dan masing-masing memuji Wawa cukup cantik dengan persalinan serba putih.

Artikel Lain: Tolak Pembedahan Plastik, Minum 2 Gelas Air Lepas Bangun Tidur. Rutin Cantik Syafinaz Di Usia 49 Tahun!
blqszaki_ aaaaaaa shomelnyaaa
adawiyah_azhan Comelnyaaaa.. congratssss
“Majlis nikah berjalan dengan lancar, permintaan daripada kedua pengantin juga untuk buat secara kecil-kecilan bimbang kes Covid-19 tengah naik,” kata kakaknya, Syafika Latif.

Najwa dan Akwa sebelum ini pernah tampil bekerjasama menerusi dua single duet berjudul Dua dan Tak Kisah Pun.
Najwa Latif Pilih Putih Untuk Majlis Nikah
Najwa juga kini sedang menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Dia juga kini turut menjawat jawatan sebagai pensyarah, sebelum ini merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dari Universiti Antarabangsa Unitar (UNITAR) pada 2017.
Najwa Latif kemudian meneruskan pendidikan tinggi dalam jurusan sama di Universiti Malaya (UM) di peringkat Sarjana.
Artikel Lain: Tak Mekap & Pakai Bawal Je Pun Cantik. Ini Rupanya Rahsia Fit & Awet Muda Nurul Izzah Di Usia 40an!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kulit Dayah Bakar Pernah Bermasalah, Ini Yang Dibuat Untuk Pulihkan

Senyuman pengacara, Dayah Bakar cukup mempersonakan apatah lagi melihat kulitnya yang begitu cantik dengan penampilan bertudung.
Namun semua orang akan ada fasa tertentu sebelum mendapat kepuasan dalam kecantikan kulitnya yang membuatkannya maintain pakai produk tertentu.
Begitulah juga yang dilalui oleh wanita yang aktif dalam bidang pengacaraan ini, kulitnya pernah ada beberapa masalah sebelum nampak mulus dan sihat seperti hari ini.
@dayahbakar Jangan cuba diwaktu malam. Takut orang terkejut #fyp #fypシ #fypdongggggggg ♬ Funny Song
Kulit Dayah Bakar Pernah Bermasalah, Ini Yang Dibuat Untuk Pulihkan

“Jujurnya bila bercakap mengenai skin breakdown. Tipu lah kalau kata tiada, meskipun nampak flawless dan saya tidak mempunyai masalah kulit serius seperti jerawat. Tapi saya punya muka, jenis yang cepat kering, mudah terbakar (Sunburn) dan berjelaga (tiny bumps). Lagi tak best apabila kulit saya akan ambil masa yang lama untuk dia recover semula,” ujar Dayah Bakar.
Tambahnya lagi, antara amalan yang dilakukan apabila mukanya berjelaga atau sedang mengalami fasa terbakar (sunburn) Dayah Bakar akan merehatkan mukanya daripada mengenakan sebarang solekan yang tebal agar kulit dapat bernafas dan kembali seperti sediakala.
“Jadi apa yang saya selalu amalkan, adalah cuba rehatkan muka daripada ‘heavy make-up’ setiap kali saya tiada kerja, sebab kalau kerja kita memang tak boleh nak elakkan,” jelasnya.
Amal Pakai Aloevera

Selain mengelakkan muka mengenakan solekan yang tebal, Dayah Bakar juga mendedahkan bahawa dia akan memakai Aloevera gel pada wajah. Tapi tip yang paling penting tanpa perlu mengeluarkan kos adalah seperti berikut.
“Lepas tu saya akan selalu pakai Aloevera gel daripada Wardah dan juga minum banyak air, sebenarnya Air kosong ini adalah tip kecantikan yang paling murah dan tidak memerlukan kos pun sebenarnya,” dedahnya.

Jangan Guna Produk Sebarangan
Elakkan daripada terus ikut cadangan orang lain untuk menggunakan sembarangan produk kecantikan, itu paling anda kena jaga. Mungkin produk itu berkesan kepada sesetengah individu, tetapi tidak memberi kesan kepada kita.
Sebaiknya kita perlu memberikan masa yang sewajarnya untuk kulit sembuh, tanpa menggunakan terlalu banyak produk yang kita tidak tahu kemampuannya untuk menyembuhkan masalah kulit yang kita hadapi.
“For you to recover your skin and bagi saya satu lagi jangan mudah terpedaya dengan dakyah ‘yang ini elok, yang itu elok’ dan melompat-lompat produk.
“Kalau cuba sesuatu produk tu, ambil waktu lama sedikit, lagi-lagi kita nak bagi peluang dekat kulit kita untuk bernafas kan. Jadi itu je rutin yang saya amalkan,” katanya.
Agak disiplin juga Dayah Bakar dalam bab menjaga kulit wajah ya, jadi selepas ini anda pun boleh ikut tip cantiknya untuk bebas daripada sebarang cela. Paling penting, konsisten!
Kredit video: DayahBakar
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!


