Mulianya Niat Daphne Iking Mahu Derma Rambut Pada Organisasi Kanser, Tapi Ada Syaratnya

Share

Sejak Oktober lalu dilihat perubahan pada penampilan pelakon dan pengacara Daphne Iking yang mula mengenakan tudung.

Pada mulanya dia bertudung hanyalah sekadar untuk menutup uban di kepala terutama apabila keluar rumah.

Memberitau Kosmo, dia yang berusia 43 tahun berkata rambutnya mula ditumbuhi uban dan dapat dilihat tengan jelas sehingga membuatkan dia seboleh-bolehnya mahu menutup kepala dengan sesuatu.

Artikel Lain: Jurulatih Kecergasan Kongsi Waktu Sesuai Buat Senaman Bakar Lemak Di Bulan Puasa

Tetapi rupanya selain itu ada kisah tersendiri yang ramai tidak tahu mengenai rambut panjangnya itu.

“Bapa saya meninggal dunia akibat kanser. Sejak itu saya terbabit dengan aktiviti kesedaran kanser dan berniat mendermakan rambut kepada sebuah organisasi kebajikan kanser.

“Rambut saya sangat panjang melebihi paras pinggang. Syarat untuk mendermakan rambut mestilah tak boleh lakukan sebarang rawatan membabitkan bahan kimia selama enam bulan.

“Sepanjang tempoh itu, uban saya semakin jelas kelihatan. Ketika negara diberi kelonggaran keluar rumah, saya perlu menghadiri sebuah majlis bertemakan warna ungu. Sewaktu bersiap, saya cuba tutup uban dengan pakai turban.

“Tetapi saya cuma ada selendang berwarna ungu. Saya cuba gayakan ala-ala pelakon Grace Kelly tetapi tudung yang saya pakai tergelincir ke belakang. Solusinya, saya pakai topi selam warna hitam dan padankan dengan selendang itu,” ujarnya lagi.

Artikel Lain: Elak Jadi Mangsa. Doktor Kongsi Tip Beli Juadah Di Bazar Ramadan Elak Keracunan Makanan

Tambah Daphne, selepas seminggu bertudung menggunakan topi selam, dia ada pergi berenang dengan memakai bikini tetapi mengakui sangat janggal.

Justeru dia yang memeluk islam pada 2010 mengambil keputusan untuk menjual semua pakaian seksi miliknya selepqs mendapat persetujuan suaminya, Azmi Abdul Rahman yang turut memberi sokongan penuh kepadanya untuk bertudung.

Tambah Daphne lagi,dia rasa janggal jika membuka tudungnya. Malah terasa macam bogel jika keluar rumah tanpa tudung.

Ramai memuji penampilan terbaru Daphne Iking dan berharap perubahan ini akan berkekalan kerana dia dilihat sangat cantik dalam gaya seperti sekarang.

Artikel Lain: Konsisten Buat Diet ‘Eat Clean’ & Suku-Suku Separuh, Hasilnya Gadis Ini Dapat Berat Idaman

Published by
Siti Zurina Mat Saman