Muka Bulat Dan Tembam Jadi Tirus Lepas Guna Trik Vertical Contour

Share

Ada sesetengah orang, akan rasa kurang yakin melihat muka bulat dan tembam, auto akan rasa badannya turut berisi.

Namun anda patut tahu, mereka yang memiliki wajah bulat ini comel dan awet muda orangnya, contohnya seperti Selena Gomez dan BLACKPINK Jennie.

Sekiranya wajah anda berbentuk bulat, jangan cepat rasa insecure dan kurang keyakinan diri kerana ini solusi untuk jadikan wajah lebih tirus dan tidak lagi berisi. Solusinya adalah trik vertical countour!

Trik ini akan buatkan wajah kamu nampak lebih tirus, terbentuk dengan pengaplikasi kontur di bahagian rahang.

Ini Cara Buat Muka Bulat Nampak Tirus

1. Untuk base, anda boleh guna produk berkrim. Bermula daripada primer, foundation, concealer, colour correcter, hingga ke blush.

2. Blend semua produk base menggunakan span, berus atau jari. Pastikan produk tersebut rata dan menyerap dengan sempurna ke kulit.

3. Untuk trik vertical contour pula, anda boleh guna cream contour untuk mudah diblend. Aplikasikan kontur tersebut di bahagian bawah tulang pipi.

4. Kemudian blend kontur tersebut menggunakan berus atau span sehingga rata dan menghasilkan bentuk tirus di wajah.

5. Kunci kontur anda dengan mengaplikasikan loose powder. Tujuannya adalah untuk kekalkan kontur tersebut nampak lebih semula jadi dan tahan lama.

Tip:

Sekiranya guna powder contour, anda tak disarankan untuk sapu loose powder selepas itu kerana hasilnya nampak tak semula jadi dan tahan lama.

 

Published by
Nadia