Sebagai seorang wanita, kita memang sangat perlu menjaga kecantikan dan kesihatan diri.
Tidak perlukan sebarang produk mahal sebaliknya boleh guna cara tradisional untuk kekal awet muda.
Petua yang lebih selamat dan jimat adalah membuatnya sendiri menggunakan bahan dapur sedia ada. Inilah rahsianya untuk mendapatkan hasil kulit awet muda dan pinkish.
Perkongsian dari pengguna laman sosial Facebook Zana Mokhtar
memberitahu caranya. Hanya amalkan minum sebelum tidur dan hasilnya memang mengujakan.Sejenis Kekna ni suka amalkan dengan bahan bahan semulajadi macam ni. Sebab kecantikkan bermula dari dalaman kita kan. Cantik dalam cantik la dekat luar tu.
Resipi ni Kekna dapat dari seorang aunty tau. Terujaaa kot kalau korang jumpa dia. Walaupun umur dia dah mencecah 60 an tapi dia punya awet muda tu nampak terserlah tau.
Bila risik risik dia pun bagi la petua resipi ni dan aunty ni cakap setiap hari minum sebelum nak tidur.
Bahan bahan dia mudah je nak dapat:
Susu rendah lemak
1 inci kunyit di tumbuk
3 Biji Badam di tumbuk kasar
2 Sudu Madu
Cara cara nak buat:
1. Panaskan susu terlebih dahulu dekat atas dapur dengan api yang kecil je.
2. Masukkan kunyit yang dah di tumbukkan. Kacau perlahan lahan dan akhir sekali baru masukkan badam.
3. Tuangkan susu tu dalam gelas. Baru la lepas tu masukkan dua sudu madu. Jika dapat madu asli lagi bagus.
4. Kacaukan dan boleh la minum susu yang sedap rasa lemak lemak manis ni tau.
Ha senang kan nak buat. Rajin tak rajin jee.
Kekna izinkan yang nak SHARE. Lagi bagus bertambah pahala korang tau sebab bantu kengkawan yang lain untuk sama sama nak kulit cantik juga.
#SayaObsesCantikDenganBahanSemulajadi
Artikel Berkaitan:
Sebab PKP, Ramona Layan Senaman Online. Caranya Jaga Kesihatan & Kecantikan Wajah Di Usia 30-an!
Harga Murah & Bau Pun Sedap Macam Jenama Mewah Popular. Ini 7 Pilihan Perfume Berbaloi Dimiliki!