Nak cantik cara jimat, boleh cuba masker asam jawa yang dicampur dengan tepung beras pada muka anda. Petua daripada Rubiey Redzuan ini dikatakan dapat menghilangkan beberapa masalah kulit.
Menurut wanita ini, dia pun baru tahu betapa mujaratnya petua kecantikan kali ini. Kongsinya lagi, sebelum ini dia ternampak ada seorang perempuan yang kulitnya berparut berkongsi petua ini sampai hilang dan licin.
Dalam hatinya terdetik, “…boleh cuba ni, sebab muka aku pun ada lah sikit parut jerawat. Mana lah tahu boleh hilangkan jeragat keturunan aku ni sekali.”
Terkejut dengan hasilnya, selepas pakai masker ini, parut jerawat pudar, jerawat kecut, muka cerah, jadi putih lah senang cakap. Bila sentuh pipi pula, ya Allah lembutnya, macam sentuh pipi baby.
Namun dalam posting perempuan itu, dia guna bedak sejuk. Tapi kat rumah ni mana ada bedak sejuk. Disebabkan perasaan tidak sabar hendak cantik, saya hentam tepung pulut je.
Alah, bedak sejuk pun dari beras juga, cuma cara penghasilan itu lain dari bedak sejuk. Bagi sesiapa yang nak cuba hilangkan masalah parut di wajah, boleh cedok petua ini dah amalkan ya.
Masker Air Asam Jawa
Bahan-bahannya:
1sudu makan asam jawa.
1 sudu makan tepung pulut/tepung beras
Bancuh dahulu asam jawa dengan sedikit air, buang biji dan kemudian masukkan tepung pulut. Kacau dan kalau nampak cair sangat tambah tepung pulut. Kalau pekat sangat tambah air.
Lepas itu, boleh lah sapu ke muka. Hah, sebelum pakai baca bismillah dulu. Ketika sapu tu, selawatlah ke atas nabi Muhammad S.A.W tiga kali, pahala pun dapat, cantik pun dapat.
Bila dah kering, boleh cuci muka dan rasa kelembutan bak kulit bayi tu.
Selamat mencuba.