Luna Maya Pakai Pelembap Sejak Umur 20-an Nak Kulit Cerah Dan Sihat

Share

Memiliki kulit wajah yang cantik dan sentiasa menjadi inspirasi wanita, pelakon Luna Maya berkongsi cara dia menjaga kecantikannya di usia 39 tahun.

Memetik laporan Liputan6, dia mula menjaga kulitnya sejak usia 20-an dan antara benda wajib yang sentiasa dipakainya adalah pelembab wajah.

Menurut pelakon filem Bernafas Dalam Lumpur, dia juga sama seperti wanita lain yang mahukan kulit wajah cerah.

Pakai Pelembap Sejak Umur 20-an

“Menjaga kebersihan kulit sangat penting sebab ramai wanita kerap menggunakan alat solekan dan terkena sinaran matahari.

“Saya mula merawat dan menjaga kulit ketika usia 20-an. Selain mencuci wajah selepas solekan, saya juga sentiasa menggunakan pelembab wajah.

“Sama seperti ramai wanita, saya juga ingin kulit cerah. Bukan putih tapi cerah. Cerah itu tidak semestinya putih,” katanya.

Jangan salah faham pula, maksud Luna Maya bukan pakai sebab nak kulit putih ya tetapi lebih kepada nak cerah dan sihat.

Jadi anda pun boleh bagi pendedahan kepada anak-anak juga tentang penjagaan kulit wajah. Barulah kulit sihat dan bersih tanpa cela!

Published by
Nadia