Liza Hanim Buang 20kg Tanpa Pil Pelangsing, Terus Selesa Berjalan

Share

Manis orangnya dan sekarang terpesona melihat Liza Hanim yang nampak slim berbanding badannya sebelum ini.

Tak mudah tetapi hasilnya memang ketara dan apa yang menarik dia langsung tidak mengambil jalan pintas iaitu tanpa mengamalkan pil langsing dan pembedahan.

Liza Hanim Buang 20kg Dengan Cara Sihat

Haa… kalau anda teringin nak dapat bentuk badan langsing seperti ini, jemput baca perkongsian Liza Hanim.

Liza mengetahui dirinya mengalami masalah berat badan selepas merasakan dirinya tak selesa ketika berjalan. Malah dengan saiz kaki yang kecil itu, badannya tak dapat menampung berat dan menyebabkan kesukaran untuk bergerak.

“Sebenarnya ketika anak dara dan baru berkahwin, berat saya hanyalah sekitar 58kg. Tetapi selepas melahirkan anak, berat saya mencecah 78kg.”

Tidak mengambil sebarang suplemen termasuklah pil pelangsing, Liza berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kg secara semula jadi dan sihat. Antara perkara yang dilakukan olehnya adalah:

  • Mengira setiap pengambilan makanan yang diambil.
  • Kerap bersenam dengan lakukan larian di atas treadmill dan berjoging.

Owh ya, Liza sangat menjaga pengambilan makanan selepas memahami cara untuk kuruskan badan secara teratur mengikut keadaan badan. Bukan itu sahaja, baginya pengambilan makanan perlulah mengikut keperluan dan bukan kehendak diri.

Amal Senaman Mantapkan Otot

Selain daripada pengambilan makanan, Liza turut bersenam. Baginya senaman dapat memantapkan lagi otot dan mengurangkan berat badan dengan lebih efektif.

Jadi kita pun boleh ikut cara sihat Liza Hanim turunkan berat, baru selesa nak bergerak dan beribadat. Begitulah…

IKLAN