Kecantikan

Lembutkan Kulit Guna Buah Tomato, 5 Minit Gosok Pada Wajah Dah Cukup!

Share

Sesuai anda yang berkulit sensitif, jom cuba lembutkan kulit dengan menggunakan buah tomato sahaja.

Biasanya tomato sangat membantu meredakan masalah jerawat, jeragat, kemerahan dan kulit yang sakit. Jadi tak salah kalau guna petua yang dikongsikan oleh Shadhiraeyra ini pula, kata nak kulit cantik tanpa mekap tabal, bukan?

Lembutkan Kulit Guna Buah Tomato

Nak kulit cantik, pastikan tomato dan juga tuala muka direndamkan dengan air suam, kemudian terus ke langkah lain.

1. Boleh melakukan dengan merendam sebiji buah tomato yang di potong 4 ke dalam bekas air suam.

2. Rendamkan juga towel tissue ke dalam air suam kemudian biarkan selama 10-15 minit di dalam air suam yang berisi tomato tadi.

3.Setelah direndam, boleh ambil tomato dan sapukan di bahagian muka dalam 5 minit.

Sapukan dengan sekata. Setelah itu korang boleh ambil tissue yang direndam tadi dan lapkan pada keseluruhan muka.

Cara natural ini dapat membantu untuk improve sensitif skin. Kulit menjadi lebih lembut dan sangat cantik.

Ada orang dia tak suka pakai set penjagaan wajah, jadi ini salah satu pengganti untuk anda buat kulit sihat secara semula jadi.Sekurang-kurangnya anda cuba buat sesuatu untuk belai wajah.

Published by
Nadia